Semalam di Radio24 saya kongsikan 3 cara menambahkan keuntungan. Untuk 3 hari ni, saya akan kongsikan ketiga-tiganya… hari ni kita mulakan tip#1, iaitu Mencari pasaran baru
Dalam perniagaan, kita mesti selalu menambahkan prospek kita. Salah satu kaedahnya adalah dengan mencari pasaran baru untuk produk atau perkhidmatan kita yang sedia ada.
Sekiranya anda dapati produk dan perkhidmatan anda kini berjaya di sesuatu pasaran, apa kata kembangkan pasaran tersebut. Bukan mencari pasaran yang segalanya berbeza… tetapi…
Cari demografi yang mempunyai ciri-ciri yang sama seperti pasaran yang berjaya itu, tapi, mungkin di tempat lain.
Contoh kes study:
Sejak 2005, Workshop Jutawan Internet mendapat sambutan hangat di Kuala Lumpur… sampai sekitar 2007 tak silap baru Workshop dijalankan di luar KL. Itu pun setahun 2-3 kali. Masuk 2009, sebulan 2-3 kali pula Workshop di jalankan di luar KL.
Pada bulan depan May, kami akan menjalankan workshop di Kuala Lumpur, Kuching dan juga Kota Kinabalu. Jadi, mereka yang berada di Sabah & Sarawak juga berpeluang menyertai workshop perniagaan Internet ini.
Workshop Jutawan Internet menggunakan tip hari ini, iaitu mencari pasaran baru.
Tak kira apa pun perniagaan anda, anda perlu mencari lebih ramai prospek di pasaran-pasaran baru untuk berkembang. Kalau menjual nasi lemak, sebelum ini di pejabat-pejabat… apa kata anda dapatkan pasaran baru di Kilang. Kalau ada kedai dobi sebelum ini hanya mendapat pasaran pelajar-pelajar universiti, apa kata, approach juga pasaran profesional yang takde masa nak cuci baju. Kalau ada perkhidmatan catering yang selama ni membuat catering majlis perkahwinan di KL sahaja, buka satu lagi cawangan di JB.
Dalam kata yang lain, untuk mencari pasaran baru, tanya pada diri anda sendiri, bagaimana perniagaan anda boleh membuka cawangan lain? (cawangan perniagaan! jangan fikir cawangan lain lak…:))
Esok lusa saya akan tuliskan Menambahkan keuntungan #2 pula…
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Tq for da tips!
Tahniah IK, akhirnya workshop jutawan internet buat kat kuching, maybe Kevin “maxhosting” akan datang ke kuching juga nanti. jumpa nanti 😉
Salam IK,
Mula2 nak ucaapkan terima kasih kerana berkongsi tips ni. Cuma saya ada soalan iaitu bagaimana kita nak pastikan bahawa kita sudah bersedia untuk meneroka pasaran baru? Bukan apa, ada banyak kes dimana usahawan yang terlalu ghairah untuk berkembang, tapi akhirnya jadi seperti kata pepatah yang dikejar tak dapat, yang dikandung berciciran..
Cawangan lain?? haha.. :)Ni belum dapat lagi mula bisnes yg diidamkan. Tapi, rancangan tu tetap “keep warm” lah. InsyaAllah kalau masih ada rezeki,tak kemana..
saya amat setuju dgan ik.dulu saya hanya bisnens offline.tp setelah join work shop ik kat kb.sy dah mampu bina website dan dah mampu buat jualan yang amat meberangsankan.jadi sekarang saya dah dpt menjana lebih pendapatan.tq ik.
memang benar…bila anda inginkan satu pendapatan yang lebih baik, pasaran baru harus dicari dari masa ke semasa.
Jika anda hanya menjalankan perniagaan Interent, pengiklanan di pelbagai tempat mungkin perlu dan lakukan secara berkala.
Harapannya IK dapat luaskan pasaran ke Kedah pulak…
🙂
Sungai Petani tau… :p
-aizat kamal-
Saya setuju dengan Aizat Kamal …Harap luaskan pasaran di Kedah pula ..
ia ..sekarang ini saya akan cuba mencari pasaran baru …tapi masih lagi dalam bidang internet …terima kasih Irfan
Pasaran baru = Keuntungan++++ 🙂
kalau ada kat utara kan best……
tak kira la perlis, kedah atau pulau pinang….
tips2 yg menarik……..
Ya, kembangkan pasaran baru untuk terus berkembang dalam apa jua bidang perniagaan..
Cawangan kedai? Belum mampu lagi kot…banyak kos dan preparation kena buat tu. PakAjiLeha cuma dapat buka peluang bisnes je kpd sesiapa yang berminat…http://pakajileha.wordpress.com/jom-niaga-bersama-kami/
Cuma boleh buka ‘cawangan’ produk je…mungkin boleh dapat juga pasaran baru, ye tak?
Kesimpulannya kita tidak boleh berada di takuk lama untuk selamanya.
Makin kembang dan kembang… err.. cuma kalau boleh nak IK jelaskan sikit apakah kemahiran yang perlu untuk mendapat peluang atau ruang di lokasi baru promosi atau perniagaan yang akan dikembangkan… menarik bukan ? 😉
ya, kalau boleh dari 1 kita kembangkan pernigaan yg sama…
Salam ceria sihat, kaya, bahagia,
Idea berkembamg, bisnes juga pasti berkembang, tq irfan…
Kalau busines internet senang kan nak dikembangkan ke merata-rata. Kalau offline kena kaji dlm2 pasaran baru…..jd onlinekan business offline supaya cepat berkembang.
Berita baik untuk IM Sabah/Sarawak nie .. Jumpa kat KK nanti yer hehe 🙂
Btw, thanks for the tips 🙂
Sekarang barulah saya nampak konsep dan tujuannya.
Terokai pasaran baru + tambahkan bilangan prospek = Keuntungan pun meningkat
p/s: Kalau saya salah tolong betulkan yer. 🙂
makin byk cawangan…makin untung bisnes kite….heheh…
Dalam maksud cawangan lain.. Huhuuuhu…
APa pun, ia sebenarnya bergantung kepada permintaan bro. Thanks for sharing. Huh!!
Bergantung pada permintaan iyanya lebih baik..dengan permintaan lebih tinggi,kita akan mendapat keuntungan dengan lebih baik!untuk style saya la!!hehehe..yang penting diri kita perlu menjadi produk terlebih dahulu..thak gitu irfan?
Betul tu banyak cawangan banyak untung lah …
contoh bank betul tak … ?
kalau salah jangan marah yerrr…
tahniah…
beruntung la org Sabah dan Sarawak. tapi bila pulak untuk org Negeri Sembilan?…den nak yo…
perniagaan kelapa muda aja ne ir yg ada pd aku.tu pn kecil2an saja.gmana ya