Soalan: Apakah lawan/opposite kepada perniagaan yang hebat?
Kebanyakan akan menjawab: “Perniagaan yang tidak hebat… atau perniagaan yang lemah… atau perniagaan yang kurang menarik”
Tetapi, disitulah satu kesilapan!
Jawapan: Sebenarnya, lawan kepada perniagaan yang hebat adalah “Perniagaan yang baik!”
Aik? Mengapa begitu?
Ini kerana, perniagaan yang baik, tidak akan mendapat promosi mulut-ke-mulut (word of mouth). Ianya dikatakan 60% pelanggan perniagaan anda datangnya daripada word of mouth. Perniagaan yang baik adalah satu kesederhanaan. Semua pelanggan expect yang terbaik. Tetapi, sekiranya perniagaan anda adalah hebat, maka, di situlah pelanggan akan recommendkan kepada orang ramai!
Zaman ini dalam keadaan persaingan perniagaan yang amat tinggi, “Perniagaan yang baik” tidak mencukupi. Sekiranya anda ingin benar-benar berjaya, pastikan anda menjalankan perniagaan dengan hebat!
Zaman dulu 10…20 tahun dulu, di mana tiada banyak persaingan, “Baik” adalah mencukupi. Tetapi tidak lagi sekarang, ianya memerlukan anda menjadi “HEBAT”. Kalau tak hebat, di situlah perniagaan anda akan menjadi perniagaan yang sederhana.
ps: Workshop Jutawan Internet terdekat akan dijalankan. Sekiranya anda ingin menjalankan perniagaan Internet yang hebat, sertai kami. Klik di sini…
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Bagaimana menjadikan perniagaan kita hebat?
1.Produk kita hebat
2.’PR’ dan servis kita hebat
3.Tukar pendekatan daripada ‘traditional selling’ kepada ‘relationship selling’
Ini sekadar pendapat saya.Boleh IK nyatakan tip-tip untuk meng’hebat’kan bisnes kita?
macam mana lak bleh jadi macam tu..hebat mestilah lawan nya tak hebat. baik mesti lah lawannya buruk..huhuhu
Salam,
Tips kali ni menukarkan permahaman kita yang lawan untuk hebat ialah baik. Untuk konteks perniagaan, tips IK ni memang hebat untuk menyedarkan kita bahawa being good is not enough, we should be GREAT, macam buku bestseller oleh Jim Collins “Good to Great” . Dalam buku ni, mengikut kajian yang dibuat, ada beberapa faktor yang akan melonjakan pernigaan dari baik menjadi hebat iaitu:
– kepimpinan level 5 iaitu kepimpinan macam ditunjukan oleh Rasululallah (S.A.W)
– dapatkan pekerja yang hebat dahulu sebelum menentukan tugasnya
– faham kedudukan perniagaan dan buat perubahan
– permudahkan system perniagaan
– mesti berdisiplin
– melaksanakan system perniagaan secara consistant.
InsyAllah, impian di hati mahukan kehebatan..
http://www.resumeweassist.com/blog
Tips for effective career marketing
Perbandingan yang baik…IK,
Sekadar baik tidak akan membawa perniagaan kita ke mana!
Kerana dunia perniagaan hari ini telah dipenuhi dengan mereka yang TERBAIK..
Buatlah yang TERBAIK!
Salam kekayaan,
THINKERICH
Walauapapun persaingan tetap ada.persaingan sihat akan menyebabkan mereka berlumba-lumba untuk menjadi yang terhebat. Fikir-fikirkanlah……ARB Dagang
Wah satu idea yang berlainan.
Tapi saya setuju dengan dr.. untuk perniagaan perlu jadi lebih hebat..
Baik tidak cukup..
mencabar minda juga nak faham artikel di atas…
bila di baca dua kali baru faham…
promosi mulut ke mulut adalah promosi yg paling power sekali dlm perniagaan…
*bro IK dulu saya ada beli ebook promosi 101, nak buka link tu tak boleh..maybe dulu buka kat office lama tak unregister balik…
Untuk menjadi hebat, mestilah ditanamkan niat.
CD motivasi bahasa Melayu favorit saya, by Dr Fadzillah Kamsah, menyebutnya sebagai ‘CEMERLANG’.
Kalau bahasa Inggeris pula, by Anthony Robbins, dia syorkan that we ‘Get the Edge’, maksudnya samalah juga iaitu kita harus berusaha menjadi Outstanding atau lebih baik drp yg terbaik.
Terimakasih IK kerana mengingatkan. Perkara mcm ni kenalah diingat-ingatkan selalu supaya motivasi sentiasa berada di tahap teratas, atau Motivasi Hebat!
http://www.wealthinspiredbooks.com/
…inspiring wealth into your life
tip yang hebat..
saya sentiasa berfikir tentang hebat
yes ur words are right dr.irfan.bisnes yang baik akan menghasilkan income yang ‘baik-baik’ aje@’just nice’ aje.tapi kalau bisnes yang hebat incomenya pun lebat@masyuk):
wow gre8 tip! tapi hebat saja pun tak cukup IK… kena jadi LUAR BIASA HEBAT! 🙂
Bagi saya perniagaan kita akan jadi hebat bila kita yakin kita hebat mind is power
dear sir,
boleh tak bagi contoh perniagaan yg hebat?
saya menjalankan perniagaan makanan, apakah antara ciri2 yg perlu ada utk menjadikan perniagaan makanan itu hebat? selain drpd makanan itu enak.
terima kasih
macam mana nk memulakan bisnes?
Apakah saya boleh jadi hebat macam tuan