Minggu Memulakan Perniagaan Internet

Oleh sebab Strategy X tertunda buat seketika, perancangan produk RahsiaInternet pun tergendala. Bila tergendala, perlu ada plan B. [klik di sini]

Mulai hari ini, sini saya ingin membawa anda kepada proses membina sebuah perniagaan Internet. Dalam masa 1 minggu ini, saya akan menulis, sambil setup sebuah perniagaan Internet dan membuat catatat di Tip-Satu-Minit supaya anda dapat melihat prosesnya.

minggu7.gifMinggu ini juga, kita ulang kaji kembali tip-tip yang pernah saya tulis di sini. Apabila ada point penting, saya akan linkkannya ke tip yang berkaitan dengan point tersebut untuk bacaan lanjut ok? 🙂

Jadi, matlamat kita adalah, dalam masa seminggu dari sekarang, kita siap sebuah perniagaan Internet from scratch. Semoga yang ingin memulakan perniagaan Internet dapat mengambil pengajaran dari proses ini.

So, let’s start…

Melalui buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar, saya menggariskan 4 langkah memulakan perniagaan Internet. Iaitu:

  1. Mempunyai sesuatu untuk dijual
  2. Membina laman web
  3. Kebolehan menerima bayaran
  4. Promosi! Promosi! Promosi! (Paling penting!)
    Langkah Pertama: Mempunyai Sesuatu Untuk di Jual…
    Memandangkan Strategy X kita simpan dahulu sehingga waktu sesuai, apa yang boleh dijual dalam masa terdekat ini? Sudah tentu, satu lagi produk informasi (seperti buku RJJIT, SOIMR dan Manual Langkah 1-2-3).

    Dalam memilih produk untuk dijual di Internet, pertama sekali, saya sering meminta anda untuk melakukan sesuatu yang anda benar-benar minat [klik di sini]. Sesuatu yang anda sedia pakar. Dalam keadaan ini, kepakaran RahsiaInternet.com adalah dalam perniagaan Internet. Oleh itu produk yang akan dicipta adalah berkaitan dengan perniagaan Internet.

    Kedua, cari permintaan terlebih dahulu sebelum menciptakan sesuatu untuk dijual. Untuk mencari peluang perniagaan yang berjaya, perniagaan itu perlu menyelesaikan sesuatu “masalah” [klik di sini]. Jadi, jawapan saya perlu cari adalah… apakah masalah yang sering timbul dalam perniagaan Internet?

    Tip hari ini adalah: Untuk memulakan perniagaan Internet, cari peluang perniagaan yang anda minat (mungkin industri anda) dan kedua, cari masalah-masalah yang timbul dalam industri tersebut yang anda boleh selesaikan dalam bentuk produk (atau perkhidmatan)

    Agak-agaknya, apa masalah yang sering timbul dalam perniagaan Internet?

    The following two tabs change content below.
    Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

20 thoughts on “Minggu Memulakan Perniagaan Internet

  1. Promotion!Bagaimana nak attract visitors ke laman web dan menjadikan mereka pembeli kpd product atau service yg ditawarkan. Walaupun menghadiri workshop perniagaan internet dan membaca buku-buku berkenaannya, jika kurang kreativiti dan innovasi memang agak sukar nak dapat pengunjung. Apa pendapat mereka yg dah agak berjaya?

  2. Sejak membaca berita tentang IRFAN KHAIRI dalam Berita Harian hujung tahun 2005 dahulu, saya terus menanam niat untuk melakukan juga perniagaan ini. Sejak itu juga saya fikirkan apakah produk yang paling sesuai ditawarkan tapi tak jumpa.

    Kini, sudah 2 bulan saya menghasilkan produk untuk dipasarkan di internet ini. 2007 merupakan timing yang sesuai untuk produk tersebut.

    Saya akan umumkan setelah ia dilancarkan nanti.

    Sebagai gambaran awal – produk ini diperlukan oleh semua orang tanpa mengira umur, pangkat, bangsa mahupun agama. Apa dia TUNGGU!!!

  3. asslamualaikum

    kalau saya, ‘stuck’ pada Step 1. walaupun dah attend Workshop Irfan 27/11/2005, tapi tak jumpa lagi produk/perkhidmatan yang saya boleh jual 🙁

    2-3 bulan lepas, ada juga terfikir nak buat satu ebook tentang “How to…within… days” tapi risau pulak takde pembeli/permintaan.

    berbalik pada topik ni, saya rasa memang bab PROMOSI la yang susah.

  4. biasanya masalah nak tarik org ramai² pergi ke website kita. Makin ramai makin berpeluang mencipta jualan.

    Kadang2 produk dah ada, website pun dah ada, payment processor dah ada, tetapi org kurang ke website kita.

    Kena giatkan lagi usaha promosi (google adwords etc), submit to directory, get partnership with top marketeer etc etc…

    Semoga tahun baru ni berkembang perniagaan internet sy.

    Ex-worksyop 03Dec05

  5. setakat hari ni, masalah saya:

    1. modal utk beli pc baru dan streamyx.
    2. masa, hanya waktu mlm saja yg free.
    3. belum ada produk sendiri utk dijual.
    4. tidak tahu kaedah promosi yg berkesan/efektif.

    dr, itu sahaja masalah saya buat masa ini. harap dpt terjawab bila berjumpa dgn pd 27 januari nanti, ok ka?

  6. Saya akan lancarkan produk yang akan menyelesaikan masalah pengguna internet dalam masa 3 hari lagi (1/1/2007).

    Produk ini akan menyelesaikan masalah ‘spam email’ yang dihadapi oleh semua pengguna internet dengan menukar segala kekecewaan, ketidakselesaan dan kebiasaan yang dilakukan oleh penerima ‘Spam Email’ kepada tindakan yang lebih bermanafaat serta dapat memperolehi keuntungan dan kebaikan daripadanya.

    Bagi mendedahkan ‘Spam Email’ sebagai agen Promosi & Pemasaran Produk Dan Perkhidmatan yang tidak diketahui keberkesanannya sebelum ini.

    Maklumat lanjut di http://www.spammingmenow.promoprosper.com

    Nor Hisham Bin Idrus
    Peserta Workshop 25hb Mac 2006

    P.S.Saya harap Irfan dapat panjangkan produk ini pada ‘mailing list’ RahsiaInternet.Com

  7. Kita tidak seharusnya bergantung 100% kepada promosi online sahaja. Sekali sekala perlu di buat promosi melalui pamplet atau banner di tempat yang strategik contohnya berhampiran dengan cyber cafe, library atau pusat pengajian IT di mana lebih banyak prospect berpotensi boleh ditemui. Banyak pengguna internet masa kini yang menggunakan ia untuk tujuan lain, hanya segelintir sahaja yang betul-betul nak shopping online atau nak buat duit.

  8. Pada pendapat saya kepada sdr hapisol,
    1. modal utk beli pc baru dan streamyx.
    2. masa, hanya waktu mlm saja yg free.
    3. belum ada produk sendiri utk dijual.
    4. tidak tahu kaedah promosi yg berkesan/efektif.

    -saya masih lagi pakai pc lama dan slow malah internet di rumah pun tiada.
    -Saya pun tiada masa di waktu siang kerana kesibukan tugas dan saya ambil sedikit waktu malam saya untuk perniagaan internet
    -sampai ke hari ini saya pun masih tidak mempunyai produk sendiri untuk dijual dan saya hanya menjual produk sedia ada di internet
    -saya tidak mengetahui pelan pemasaran yang efektif tetapi saya bermula dengan apa yang saya tahu sahaja.

    saya pun masih baru dalam perniagaan internet ni.Pada pendapat saya juga,kita boleh mula terus dan belajar secara berterusan.Tak perlu tunggu ilmu cukup baru kita mulakan.Saya pun tidak mempunyai ilmu yang banyak terutama dari segi perniagaan.Saya masih belajar dan terus belajar melalui pembacaan,melawati laman web,blog dan ebook.

    Saya harap kita boleh mendapat ilmu secara beransur-ansur dan berterusan.Orang yang kaya pun masih belajar untuk menambah kekayaan dia.. tapi apapun,itu hanya pandangan peribadi saya sahaja 🙂

    salam usahawan! 🙂

  9. honestly, saya stuck kat step:1 lagi. purpose saya attend workshop dulu pun utk solve step:1. tapi sampai hari ni masih stuck.

    saya selalu buat brainstorming. cuma bila sampai kat judging our idea – it becomes not realistic sebab faktor “masa”. nak berenti kerja skrg pun, perniagaan internet belum tentu berhasil.

    the best is kalau saya dpt buat produk informative dan jual berkali-kali. cuma buat masa ni, saya tak sampai tahap expert lagi utk buat produk informative.

    masih kelabu dlm fog brainstorming.

    + attended workshop in Nov,2005.

  10. Insyallah tahun 2007 saya akan lancarkan product terbaru saya. untuk market dimalaysia, Salah satu kelebihannya ialah anda boleh conferencing seramai 12 orang, dengan menggunakan konsep VOIP. Product ini adalah hasil daripada usaha sama syarikat daripada korean.Alat ini mampu dimiliki oleh semua masyarakat. Buat permulaan saya akan lancarkan forum “english learning Centre” disini anda boleh belajar bercakap english dengan sesiapa sahaja yang anda suka secara FREE. TeTapi dengan syarat anda memiliki product ini,sekali bayaran sahaja. Terima Kasih Kepada .Irfan diatas tunjuk ajar beliau sepanjang tahun 2006. Thanks Sifu.

  11. wahh..beruntung bagi peserta yang pernah join workshop Irfan, saya amat benar-benar mahu join tapi kewangan membataskan, tambahan pula jauh di semenanjung sedangkan saya berada di kota kinabalu..bagi saya masalah saya tak panggil masalah, tetapi ‘cabaran’..so, saya kena ‘korek’ sendiri ilmu, kemahiran dan teknik promosi

    cabaran utama bagi saya ialah idea bisnes yang berterusan..pada masa ini pengguna internet kelaparan ‘maklumat’ dan ‘produk hiburan digital’ seperti yang selalu mereka cari..they expect it to be free..selain itu, cabaran perniagaan yg saya hadapi ialah persaingan, disamping penipuan oleh beberapa pelanggan dari luar negara sebelum ini..

  12. Kalau perlu streamyx, daftar sekarang…promosi unlimited 1 Mbps cuma RM77 bulanan…free modem dan free 3 bulan hotspot…

    Fariz
    013-3942949

  13. Adakah dengan cara jualan melalui forum seperti http://www.teratakniaga.com lebih baik jika dibandingkan dengan jualan guna cart??

    Saya ada baca ada pendapat menyatakan cart lebih baik, ada setengah pendapat menyatakan forum lagi baik!.

  14. saya sudah mempunyai produk untuk dijual.
    saya baru mula berniaga online selama 2 mggu dan web saya sering dikunjungi pelawat.
    tetapi tiada sesiapa pun yang beli lagi..
    bagaimana untuk menarik pelanggan yer?

    w.nazira@yahoo.com

  15. Me says,

    Saya juga berpendapat bahawa mencari satu produk untuk dijual atau dipasarkan samada secara online atau offline bukan mudah. Untuk menghasil satu produk ini kadang kadang memerlukan minat, pengetahuan, kemahiran dan kadang kadang seseorang itu mempunyai gifted yang tersendiri untuk melahirkan satu produk itu.

    Sebagai contohnya saudara Irfan sendiri, beliau menjadi ‘Jutawan Internet’, beliau belajar dulu cara cara mendapatkan kemahiran itu, pengetahuan dan dengan tidak secara langsung minat dalam bidang ini juga mendorong saudara Irfan berjaya dalam matlamatnya.

    Oleh itu saya rasa untuk berjaya menjadi seorang yang bergelar ‘Jutawan’perlu mempunyai minat yang mendalam, pengetahuan yang luas, kemahiran dalam banyak segi dan yang penting adalah pengalaman itu sendiri.

  16. setelah menghadiri worksyop adakah en kahiri memberi saya system yg mana saya kena ada responder domain dan sebagainya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.