Hari #5: Meletakkan harga ebook Cara Promosi

minggu73.gifOk, produk sudah ada, laman web sudah ada, sales copy (belum siap)… langkah seterusnya adalah…

Langkah #3: Kebolehan Menerima Bayaran

  • Menerima bayaran boleh dilakukan secara tradisional seperti Bank in, Check dan Wang Pos/Kiriman Wang, atau…
  • Secara online iaitu menggunakan kad kredit (WorldPay atau 2checkout) atau online banking (Maybank2u atau CIMB Click).

Di sini saya tak tulis cara2 menerima bayaran oleh kerana dalam buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar & CD Rom Langkah 1-2-3 sudah ada caranya langkah demi langkah.

Tetapi apa yang ingin dibincangkan hari ini adalah, bagaimana hendak menetapkan harga produk atau perkhidmatan anda.

Sedar atau tidak, meletakkan harga adalah satu strategi perniagaan. Kita tahu strategy 4P dalam perniagaan iaitu, Product, Place, Price & Promotion.

Mengapa PRICE diletakkan seiringan dengan PROMOTION & PRODUCT yang kita sedia tahu kepentingannya dalam perniagaan?

Jawapannya adalah, strategi meletakkan harga adalah sama pentingnya dengan memilih produk serta melakukan promosi!

Sekarang anda tahu betapa pentingnya meletakkan harga dengan tepat kan?

Ok, sebelum meneruskan, ada baiknya anda rujuk tip menetapkan harga- klik di sini

Ada beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan dalam meletakkan harga. Antaranya adalah:

  1. Industri
    Rujuk harga produk dan perkhidmatan di dalam industri tersebut. Dalam kes ini, ebook-ebook berkaitan perniagaan Internet lain yang berada di pasaran, berapa harganya? Ada yang letak RM30, RM40, RM50, RM80…  

    Soalan: “Cara Promosi” patut diletakkan pada harga berapa dibandingkan dengan ebook yang sedia ada di pasaran?

  2. Nilai produk
    Yang ini agak subjektif. Apakah nilai yang diberikan di dalam Cara Promosi.  

    Di dalam Cara Promosi, salah satu cara (daripada 101 cara)yang akan ditunjukkan adalah mengiklan melalui Radio. Tip yang saya berikan adalah bagaimana anda dapat menjimat beribu-ribu ringgit dalam pengiklanan di radio.

    Sebagai contoh, sebelum saya mengetahu cara ini, saya membayar radio RMX,XXX sebulan untuk iklan. Kini dengan mengetahui teknik ini, saya hanya membayar 30% sahaja dari jumlah tersebut sebulan!

    Teknik ini dan banyak lagi teknik menjimat belanja promosi ada didedahkan di dalam Cara Promosi. Bukan setakat itu sahaja, malah, teknik-teknik untuk menjadikan cara promosi anda lebih efektif.

    Soalan: Berapakah nilai maklmat-maklumat ini kepada seseorang usahawan Internet?

  3. Positioning
    Di sini adalah konsep yang agak kompleks sedikit. Bagaimanakah hendak membezakan produk dan keluaran (dalam kes ini) “Irfan Khairi” dengan produk-produk yang lain.  

    Sebagai contoh, Workshop Jutawan Internet harga dekat  RM800. Buku RJJIT around RM40, CD Rom Langkah 1-2-3 pula RM50.

    Juga, produk keluaran “Irfan Khairi” di bandingkan dengan produk keluaran lain.

Buat masa ini, kita pertimbangkan 3 aspek ini dulu. Ada banyak lagi aspek…

Sekarang saya ingin tanya kepada anda. Pada pendapat anda, berapakah harga Cara Promosi patut diletakkan dengan mempertimbangkan 3 aspek di atas. 🙂

haa… saya beri peluang anda pembaca Tip Satu Minit yang mencadangkan harga 🙂

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

38 thoughts on “Hari #5: Meletakkan harga ebook Cara Promosi

  1. Memang susah sikit bab ni..!!. Pada pendapat saya Ebook yang ada dipasaran bukan 100% informasi sahaja tetapi diselitkan promosi produk lain samada produk sendiri atau orang lain (yang membayar untuk dimasukkan dalam ebook tersebut). Di sini ada 2 pendapatan dalam menjual ebook.

    Bagi saya harga ebook tidak perlu terlalu tinggi, cukup sekadar antara RM30.00 (max) dan RM20.00 (min).

    Ebook saya ‘in between’ RM25.00 (USD6.99)yang berkaitan dengan promosi & pemasaran; dah pun dilancarkan http://www.spammingmenow.promoprosper.com

    Saya percaya Irfan lebih arif tentang ni.

    TQ
    http://www.promoprosper.com

  2. Saya rasa harga Cara Promosi should be around RM40-RM50, lebih kurang dgn harga buku RJJIT dan CD Rom Langkah 1-2-3.

    Saya yakin usahawan internet (especially yg baru nak bermula dan yg mempunyai bajet yg sedikit) won’t mind to get Cara Promosi if this is the price range.

  3. Assalamualaikum Irfan….

    Saya rasa harga Cara Promosi boleh dijual dalam lingkungan RM40-RM50. Saya setuju dengan pendapat Mazny.

    Untuk usahawan internet yang baru nak bermula…. dan mempunyai modal yang agak kecil, mungkin menjadi kesukaran sekiranya ebook2 panduan tersebut terlalu mahal.

    Saya percaya la… walau letak harga RM30 pun, Irfan tetap juga akan mendapat untung…

    Selamat Maju Jaya … dan untuk saya jugak yang bercadang nak memulakan bisnes internet ni.

    Tapi, step pertama… kena beli dulu ebook2 Irfan dan ebook2 lain yang berkaitan…

    Berilah sokongan kepada bakal2 usahawan seperti saya ni…

    Terima kasih

  4. saya rasa, kalau dikira aspek aspek yang sebutkan tu, letak harga rm50 ke bawah tak patut. ebook yang menerima banyak kritikan seperti tsunami wang dan misi jutawan pun dihargakan pada rm50. ebook chapter-m tulisan pakar internet gobala krishnan pun pada harga rm80.

    kalau ebook irfan, takkan nak samakan pada harga tsunami wang?

  5. terima kasih atas pandangan masing-masing. secara rata-rata, ramai cadangkan RM50 untuk ebook CaraPromosi.

    adakah harga yang anda cadangkan ini sebab “nak murah” dan “bantu usahawan” dan “harga ‘melayu'” (yang ni quote dari satu email saya terima. apa maksud “harga melayu” pun saya tak tahu)…

    atau, anda benar-benar guna business sense to maximize profit dan menggunakan 3 aspek yang saya sebutkan iaitu INDUSTRY, NILAI dan POSITIONING?

    ada pengajaran penting dalam topik ini 🙂

  6. salam semua…
    saya baru d sini, baru nak berjinak2 ngan biz internet ni… utk kes ni sy rase aslkn produk baik n penulisnye ade track record yg baik, berapa dia letak pun kita mesti berusha nk dapatkannya.. sy nak tanye pade sesapa yg boleh mmbantu.. kalau nak wat biz internet yg melibatkn jual beli mesti daftar syarikat yg khusus utk biz internet je ke? atau same ngan offline biz… sy ade enterprise kene daftar lain atau tambah je jenis perniagaan..ade beza x?

  7. Any price as long as we have effort to pay because expensive lessons/experience is always unpaid by figure RM123456789..
    Saya nak sentuh sikit pasal harga Melayu..
    Kalau Melayu yang jual RM29-90.. “Mak ooiii mahalnya” tapi kalau benda yang sama dijual RM69-90 oleh si xxx “Ehh.. kira murahlah nie tak sampai RM100 pun, sepatutnya at least RM269 nie.. Bla bla puji melangit..”
    Lagi 1.. Mgn produk kesihatan selagi tak sentuh RM50-00 kira mahallah tu tapi bila over RM50-00 tak payah cakap banyak, ‘BAYAR TERUS.. KUALITI BAGUS!’ kalau tak berkesan, kira halal…
    Sebenarnya saya menyokong buatan ISLAM sebab ciri2 kesucian no.1, cuma kena maintain atau improve bab ‘QUALITY, SERVICE & COURTESY’..!

  8. Saya rasa positioning + industry should consider more… Nilai itu subjective depend kepada bagaimana meletak nilai.

    Dr lead the industry. U can position urself better the ur very own price tag…

  9. Mengenai harga, Kami serahkan kpd bulat..hehe. Cuma, Kalau blh buatlah promosi seminggu diskaun sekian2 slp pelancaran. atau 30%off dlm masa sebulan ke.. :).

    Russell Brunson skrg tgh bagi $100 coupun to

  10. Alamak..ayat x abis td..maaf byk2

    Russell brunson tgh bg $100 coupon utk pelancaran product baru beliau – Dotcomsecrets..kalau buat mcm tu ok juga..

  11. sengaja hari ni komen lewat pasal nak tengok input dari kawan-kawan lain.

    semestinya telah ada ketetapan pada harga produk tu, saya yakin seseorang yang telah berjaya dengan kerjayanya sebagai usahawan internet seperti doktor yang telah dikenali ramai, yang telah bergelar jutawan, yang ada buku dan cd dalam bahasa malaysia dan inggeris dan macam-macam lagi lah… doktor semestinya lebih arif dalam penilaian produk sendiri (setelah mengambil kira faktor-faktor di atas).

    pendapat saya tentang harga carapromosi ….

    sekiranya saya ni berada di tempat , faktor-faktor siapa diri saya, apa yang telah saya buat untuk berada seperti sekarang dan siapa saya di mata masyarakat dan pengguna, akan menentukan berapakah harga ‘carapromosi’ di pasaran.

    sekiranya saya berada di tempat , saya mesti yakin dengan produk yang bakal saya buat, yakin dengan kemampuan saya untuk jadikan produk itu berbaloi dibeli, yakin dengan pembelian produk akan benar-benar menguntungkan pembeli dan yakin dengan kemampuan produk untuk menghasilkan seperti apa yang dijanjikan di dalam sales copy…. saya akan tetapkan harga yang tinggi.

    ya , harga yang tinggi.

    bukan saya hipokrit. malah, saya sendiri belum lagi berkemampuan untuk menghadiri kursus jutawan internet kerana belum mampu dari segi kewangan (tapi saya dah beli buku dan cd ). tetapi ilmu yang bagus semestinya nilainya tinggi, dan insyallah dengan izinnya orang akan beli walaupun mahal.

    contohnya… kursus yang doktor anjurkan walaupun nilainya hampir rm 800 tetapi sambutannya tetap ada, mungkin lebih berganda sekarang ni.

    dan satu lagi produk yang bagus dan menjadi sebutan ramai dijual oleh gobala krishnan (saya telah membelinya) bernilai USD 67.00 atau RM 250. Hasilnya saya telah pandai membuat weblog dan bermain dengan control panel dan perkara-perkara lain yang berkaitan.

    jadi dengan kata lain, walaupun banyak cadangan tentang harganya, biarlah guna penilaian sendiri tanpa ragu-ragu.

  12. good posts dari semua. sebenarnya memang saya ada harga in mind dan tida kragu-ragu 🙂 cuma saya ingin beri peluang di sini untuk berfikir lebih kritikal mengenai harga dan bukan main “letak sahaja”. seperti saya tekan kan, harga adalah strategi.

    Semua tahu kopi nescafe kan? kenapa nescafe murah, tetapi coffee di starbucks & coffee bean mahal-mahal (3-4 kali ganda harga), tetapi, masih ramai membeli starbucks & coffee bean? semua tu adalah strategy harga.

    so, ada cadangan lagi mengenai harga?

  13. Pandangan saya produk baru ni perlu letakkan harga yang lebih tinggi dari ebook biasa di pasaran. Sebabnya…setakat ni saya belum jumpa lagi ebook yang boleh membongkar rahsia2 atau teknik pemasaran yang berkesan dan jimatkan wang kita. Terutamanya usahawan yang baru nak berjinak-jinak dgn biz internet.

    Kalau teknik ini telah terbukti berkesan yg boleh meningkatkan jualan…malah boleh jimatkan kos pemasaran…apalah sangat kalau nak bayar lebih sikit utk dapatkan ilmu Irfan.

    Saya syorkan RM99.90. Amacam ok tak? Tapi utk pra pelancaran ni…minta bagile special diskaun kat member-member kita ni. Itu pun strategi jugak…Lepas tu bolehlah dapatkan testimoni dari kami yang dah praktikkan ilmu

  14. Kalau letak RM15 atau RM20 lebih ramai yang akan beli, dari kalangan yang mampu dan yang kurang mampu.

    Kalau RM50 hanya yang mampu akan beli.

  15. Dan> …” Tapi utk pra pelancaran ni!minta bagi le special diskaun kat member-member kita ni.”

    mengenai diskaun pra pelancaran tu, sudah seMESTInya untuk pembaca tip satu minit 🙂 jangan risau.

  16. Kalau e-book yang buat, people don’t mind to buy walau harga tinggi sebab experience yang ada.

    Kalau tengok tajuk pun, 101 promosi tu sendiri pada saya mempunyai daya tarikan hebat tersendiri. Saya rasa ramai dah tak sabar2 nak tahu apa jenis promosi2 tu…RM40 to RM50 pun mungkin ok…just my 2 cents

  17. betul shuk,

    kredibiliti seseorang penulis/pakar ebiz menjadikan aspek penting dlm perletakan harga sesuatu produk/perkhidmatan.
    bagi kami yg baru berjinak dgn ebiz ni, kalau pakar2 ebiz mcm yg menjual,
    kami akan berusaha bersungguh2 utk mendapatkan produk tersebut walaupun harganya agak tinggi/mahal.
    tapi, bagi mereka yg baru dan tak mempunyai personaliti yg baik lagi, kemungkinan perletakan harga perlulah diberi perhatian. kalau nak letak harga yg tinggi, boleh! tapi isi kandungan produk tersebut perlulah baik, berkualiti dan menarik.

  18. harga sebenar akan diumumkan dalam minggu ini apabila dilancarkan. nanti saya akan ceritakan dengan lebih detail mengapa harga tersebut di pilih, jadi anda dapat lihat rational di sebalik 3 aspek yang dibincangkan 🙂

  19. Boleh tak letak harga RM250… pastu beri le kupon untuk diskaun untuk produk sebelum nyerr yang harga lagi tinggi. Macam buat untuk CD Rom Langkah 1-2-3 tue..

  20. bukan rm1,000. itu untuk test system sahaja.

    ibnu hassim> betul idea tu 🙂 tapi tak la sampai rm250 juga.

    tunggu sehari dua lagi, ada la harga tu 🙂

  21. Saya quote sales copy CaraPromosi.com:

    “Cuba pelbagai media untuk memastikan jawapan anda. Terus cuba dan cuba setiap medium promosi dan rekodkan jualan anda sehingga anda jumpa medium promosi yang memberi pulangan terbaik untuk anda.”

    Saya setuju sangat pasal ni. Dlm newsletter yg saya terima dari Work@Home, Mom to Mom network, ada juga menyatakan tentang perkara ini.

    “Peniaga yg bijak akan menggunakan setiap medium promosi yg ada (p/s: of course tertakluk kpd budget)utk memberitahu org ramai mengenai perniagaan mereka, atau bg perniagaan yg dah established – utk terus membuatkan pengguna mengingati perniagaan mereka. Dari sehebat-hebat medium promosi (seperti TV, Radio dan suratkhabar) sehinggalah kepada sekecil2 medium promosi yg boleh didapati.”

    Bak kata saudara Irfan, dlm promosi, 1+1 takkan jadi 2… 🙂 Oleh itu jgn kedekut utk membelanjakan wang utk mempromosikan perniagaan anda sbb apalah ertinya perniagaan tanpa pelanggan!

  22. Kalau ikut kata2 . dlm kursus, seeloknya letak harga yg dibelakangnya bernombor ganjil seperti 7 atau 9. Cth.: RM39.90 atau RM37.90… nampak tak de ler mahal sangat, berbanding jika di bundarkan dilai tersebut eg:RM40 atau RM38. Kalau kita perhatikan buku2 Azizi Ali & sendiri meletakkan harga sedemikian, nampak tidak terlalu mahal & tidak terlalu murah. Kalau letak harga murah biasanya org kaitkan dgn brg yg krg berkualiti… tapi kalau harga mahal pula, org was-was nak beli takut tak berbaloi dgn duit yg dikeluarkan…. saya percaya harga yg . akan letakkan akan ada nilai 90 sen dibelakangnya… betul tak?

  23. Harga standard e-book kat Malaysia yang mampu dimiliki oleh kebanyakan rakyat Malaysia adalah dalam RM30-RM50 iaitu lebih kurang dengan harga buku di pasaran,Tapi bergantung kepada contents & kualitinya jugak.Ada e-book yang berharga lebih dari RM50 tetapi disertakan dengan pelbagai pakej.Saya pernah membeli e-book di internet dengan harga RM10 untuk 3 e-book (macam harga pasar malam pula) tetapi contents & kualiti memang padan dengan harga la..Untuk e-book carapromosi nie saya rasa harga around RM45-RM70 adalah paling ideal,memandangkan apa yang saya baca melalui ‘sales copy’ dari laman web carapromosi rasanya contentsnya yang menarik disertakan pula dengan jenama ‘Irfan Khairi’ harga e-book tersebut mungkin boleh pergi lebih jauh lagi..

  24. saya sokong pendapata nita.. saya juga lakukan dengan menetapkan harga dengan perakhiran angka ganjil.. baru je beberapa minit pelanggan saya kol untuk mendapatkan produk saya.. 🙂

    strategi harga ..

  25. pada saya…harga sesebuah produk tu tak la menjadi masalah jika nilai/maklumat yang ada dalam produk itu adalah betul2 diperlukan oleh pelanggan yg disasarkan.asalkn ia adalah produk yg mmg berkualiti.ini kerana maklumat adalh sesuatu yg x ternilai harganya.sy meletakkn antara rm150-rm50.TQ

  26. a’kum ..
    pas sy baca blog nie, mcm berminat je…
    tp kenapa semua kene guna duit?hehehe..
    thanks for tips percuma doktor…
    baru sedkit, tp semangat sy dah berkobar2….:-)
    sy fresh graduate, susah la nak cari keje dalam bidang bidang multimedia.. kalau boleh bg la cadangan ke, ape yg leh buat ke, ape ke…
    Pas bace blog nie, rasa mcm nak jual CD,sebab sy boleh design n developt CD interective, tapi tak tau lak pegi mane…. bagi lah tips ..
    k, i proud with u….
    Assalammualaikum

  27. askum doc..
    sye cadangkan pada rege rm50,resernyer mengikut ksesuaian semasa,bahkan ader sesetengah ebook yang biaser² ajer pun letak harger yang agk tinggi gak kan…

  28. SALAM DR…APA KATA DR JUAL BUKU TU DGN HARGA RM30…OK LA TU..SESUAI UNTUK ORANG YANG BARU NAK MEMULAKAN PERNIAGAAN DI INTERNET..HARAP2 BUKU TU TAK MAHAL YE..FAHAM2 JE LA..EKONOMI TENGAH GAWAT…

Leave a Reply

Your email address will not be published.