Hari #4: Mencipta isi kandungan / Sales copy CaraPromosi.com

minggu72.gifHari ini adalah antara langkah yang paling penting dalam membina laman web- iaitu membuat isi kandungan. Isi kandungan, dalam bahasa perniagaan Internet dipanggil Sales Copy.

Sales copy yang menarik akan menukarkan pelawat kepada pembeli. Tidak kira produk kita sehebat mana atau dapat membantu pengguna menyelesaikan sesuatu masalah, tetapi sekiranya sales copy tidak menarik pelawat menjadi pembeli, maka ianya adalah sia-sia.

Sales copy yang baik adalah yang mampu memberi:

  • Keyakinan kepada bakal pembeli untuk meneruskan belian
  • Kredibiliti kepada perniagaan untuk membina kepercayaan pelanggan

Sales copy sesuatu laman web perlu fokus kepada pelawat/bakal pelanggan.

  1. Tentukan siapakah target market anda yang paling baik, kemudian,
  2. Berikan manfaat produk anda kepada target market tersebut.

Satu cara yang sering saya lakukan adalah, fikirkan diri sendiri sebagai pelawat. Adakah saya akan beli produk ini selepas membaca isi kandungannya? Selagi saya tidak mendapat jawapan YA, saya akan terus berusaha mengubahkan sales copy sehingga ianya memberi impak yang diinginkan.

Membuat sales copy memerlukan kesabaran dan perancangan. Lakukan langkah demi langkah, perenggan demi perenggan sehingga mendapat satu muka surat sales copy yang memberi impak.

Biasanya, saya akan ambil paling banyak masa dalam menyediakan sales copy dan sehari selalunya tidak mencukupi. Sales copy adalah “pekerja” kita yang akan bantu menjual produk kita 24jam sehari- oleh itu, perlu beri tumpuan kepada pekerja kita 🙂

Teringat quote dari salah satu favourite movie saya The Godfather: “Make an offer they can’t refuse!”. Fikirkan ini apabila mencipta sales copy yang berjaya.

Di Workshop Jutawan Internet saya akan tunjukkan strategy menyediakan laman web yang dapat menjual.

Untuk melihat perkembangan terbaru CaraPromosi.com, klik di sini… Masih belum sampai 50% siap pun lagi dan banyak kekurangan. Saya letakkan juga supaya anda boleh melihat proses membina dan fine tuning sebuah sales copy. Seperti saya katakan, perlu kesabaran & perancangan!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

18 thoughts on “Hari #4: Mencipta isi kandungan / Sales copy CaraPromosi.com

  1. Agak mencabar juga sebab kadang2 tidak semua pelanggan mempunyai cita rasa yang sama. Kalau kita sebagai pelanggan, kita mempunyai cita rasa yang berbeza.

    Anyway, pelbagai percubaan dalam buat salescopy should reflects the result. Buat je dulu. No such thing as perfect salescopy selagi kita tak cuba dan tak nampak hasilnya

  2. haaa….

    power betul ayat memang pandai ayat so tak mustahillah nanti ramai yang akan subscribe sama ini carapromosi.com

    so, saya tak sabar menanti hari jumaat seperti yang nyatakan tentang harga bayaran tu.

    kita jumpa online esok. 🙂

    salam.

  3. dr,

    “”Biasanya, saya akan ambil paling banyak masa dalam menyediakan sales copy dan sehari selalunya tidak mencukupi””

    ops, saya dah jumpa aktiviti yg banyak mengambil masa seharian

    betul , sales copy yg hebat dpt menaikkan semangat seseorang utk membeli.
    tapi, bagaimana caranya; pd pembacaan ker? perlu bantuan rakan2 untuk membaca/memberi komen terhadap sales copy yg telah kita siapkan nanti ker?

  4. Betul tu buat salecopy bukan perkara yang mudah dan memerlukan kesabaran
    Saya nak Irfan komen salecopy produk terbaru saya di http://www.spammingmenow.promoprosper.com

    Saya setuju kata tentang kita kena cuba cara promosi yang kita tahu dan kena belajar semua cara promosi (online & offline)untuk mengetahui yang mana memberi impak yang paling berkesan.

  5. betul tu byk kena buat homework and research tentang promosi nie..
    promosi lah penentu maju ke tidak perniagaan kiter nie..
    produk yang baik tetapi tak diketahui org pun tak laku jugak kan.. 🙂

  6. kalau nak buat sales copy ni, memang memakan banyak masa, sebab perlu buat aft yang benar-benar menarik dan simple serta yg banyak memberi manfaat (benefits)..copywriting juga nak kena power, mesti tahu skill copywriting selain cara promosi, di mana mahu promosi dan teknik yang benar2 membawa leads/visitor ke website..beri maklumat sebanyak mungkin di sales copy, kita ‘didik’ pelawat

    untuk hapisol, mengikut pengalaman, saya belajar sendiri copywriting melalui pembacaan dan kaji iklan org lain, then buat sales copy dan selepas itu test,test dan test, cuba try mana satu iklan yang lebih banyak bawa pelawat ke website saya..jika tidak mencapai seperti yang diharapkan, karang iklan baru dan edit/update lagi sales copy untuk membuat ia tampak lebih informatif, efektif dan mampu ‘mendidik’ seterusnya menjual..

    be creative dan rajin buat test market..err, apa pendapat Irfan dan kawan-kawan? thanks 🙂

  7. Sales copy yang meyakinkan! Mampu menarik usahawan interenet yang mmg perlukan ilmu utk mempromosikan perniagaan mereka utk mendapatkan e-book ini. Sales copy perlu menyajikan maklumat dan sebab mengapa seseorg perlu mendapatkan apa yg kita tawarkan kepada mereka. Barulah target customer kita akan dapat dapat diyakinkan:

    “adalah menjadi suatu kerugian bagi mereka sekiranya mereka tdk mendapatkan produk yg kita tawarkan”

    P/s: Eiza… kalau nak jual kain batik di internet, fikirkan dulu ttg DEMAND – ada tak org yg akan membeli? Dan ramai tak COMPETITOR yg turut menjual kain batik secara online? Siapa TARGET MARKET nya? Adakah utk pembeli overseas/Malaysia shj? Sekiranya nak proceed jugak stlh mengkaji jawapan kepada persoalan2 ini, cuba utk DIFFERENTIATE produk kita produk sedia ada di pasaran. Keunikan/inovasi mampu membuatkan org membeli kita instead of our competitors…. wallahu a’lam.

  8. saya kadang2 kena tukar juga sales copy dalam web saya.. tapi kalau tersalah ubah.. boleh jejaskan kemasukkan pelawat.

    antara produk saya di internet berjaya terjual RM2k dalam masa 2 minggu hanya menggunakan sales copy.

  9. salam ,

    saya pelukis pelan. ape yang mampu saya ketengahkan bile ingin ceburi intenet bis ni? mintak tolong..

  10. bagi saya , panjang ker pandek tak kisah, yg penting jika bakal pelanggan membacanya, terus beliau terangsang untuk membeli.
    tapi sales copy workshop tu, memang merangsangkan perasaan saya dan membuatkan niat saya untuk berjumpa dengan semakin awal iaitu pd bulan disember 2007 kpd januari 2007. pasti lama membuat kajian untuk sales copy produk tersebut, betul ka ?

  11. Irfan… lambat sket respon to ur Q.. Pendapat saya, sales copy sepatutnya “brief yet comprehensive”.
    –>Klu terlalu pendek, maybe tak cukup utk convincekan bakal pembeli. Tp klu terlalu pjg pulak, bakal pembeli mungkin berasa bosan membacanya, dan hilang tumpuan terhadap apa sebenarnya yg cuba kita ketengahkan kepada mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published.