Selamat tahun baru! Sempena tahun baru, target saya adalah untuk melancarkan satu produk / perniagaan Internet dalam masa 7 hari. Kini sudah masuk hari-2.
Pada hari pertama, kita sudah mengenal pasti produk untuk dihasilkan & dijual online. Iaitu produk yang membantu usahawan Internet dalam isu PROMOSI. Oleh kerana isu PROMOSI adalah isu utama yang akan menentukan kejayaan atau kegagalan perniagaan anda, maka, produk promosi yang akan dihasilkan sudah sedia mempunyai pasaran.
Dalam memulakan perniagaan, anda perlu memberi “selling point”. Iaitu sebab-sebab yang menarik mengapa pelanggan akan membeli produk anda. Tanpa sesuatu yang menarik, tiada sebab pelawat akan membeli produk anda. Selling point produk informasi ini adalah:
- Menunjukkan XX cara promosi laman web anda termasuk cara-cara promosi yang belum didedahkan oleh pakar-pakar perniagaan Internet (termasuk diri saya sendiri… mungkin ketika workshop saya ada sebut :))
- Menunjukkan cara-cara promosi yang percuma dan efektif serta cara-cara promosi yang berbayar dan efektif
- Menunjukkan cara mengurangkan kos promosi (so far sudah ada beberapa tip yang dapat menjimatkan beribu RM anda dalam pengiklanan)
- Menunjukkan real example cara-cara implementasi promosi yang ditunjukkan
- Menunjukkan tip-tip “Satu-Minit” untuk memaksimakan pulangan setiap cara promosi
- Menunjukkan cara-cara promosi Irfan Khairi Sdn Bhd / Rahsia Internet.com sehingga menjadi laman web perniagaan Internet yang dikenali satu Malaysia!
Menarik tak? Kalau tak menarik… saya perlu fikirkan lagi 🙂
Sementara membina produk promosi tersebut (ebook), kita namakan “XX cara Promosi Perniagaan Internet”, sambil itu, produk itu diberi strategy perniagaan yang membolehkannya mendapat 80% daripada pasaran persaingan. Strategy ini, ada diceritakan di Workshop jutawan Internet (antara topik paling penting- peserta ingat kan?).
Ok, langkah seterusnya, walaupun produk tak siap lagi, kita perlu melakukan pendaftaran domain name (nama perniagaan) dan juga web hosting (tapak untuk meletak perniagaan internet).
Memilih domain name
Tip dalam memilih domain name terbaik adalah dengan menamakan perniagaan anda dengan nama yang berkaitan dengan apa yang dijual. Tip satu minit lepas…
Dalam menamakan perniagaan anda, pastikan nama perniagaan anda mempunyai kaitan dengan fungsi perniagaan anda.
Satu kesilapan dalam menamakan perniagaan adalah memberi nama yang tiada kaitan dengan perniagaan yang di jalankan. Nama perniagaan anda juga bertindak sebagai strategi promosi perniagaan anda. Nama yang efektif adalah apabila nama perniagaan anda disebut, fungsi atau industri perniagaan anda turut diketahui!
Untuk tujuan laman web ini, saya mengambil keputusan menggunakan domain name CARAPROMOSI.COM (Cara Promosi)
Web Hosting
Ada beribu-ribu syarikat web hosting menawarkan perkhidmatan yang pelbagai. Sampai naik pening kepala nak pilih yang mana… di sini, terpulang kepada pemilik perniagaan. Bagi saya, saya menggunakan nomonthlyfees.com oleh kerana sudah 8 tahun saya bersama mereka dengan perniagaan-perniagaan Internet yang lain. Oleh itu, sudah serasi!
Jadi, hari ini…
- Terus pembinaan produk
- Daftar Domain Name: CaraPromosi.com
- Daftar Web hosting
Kita jumpa esok untuk langkah seterusnya… membina laman web!
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
assalamualaikum.
wah wah wah….
bertuah rasanya dapat komen yang terawal untuk hari ini.
saya memang tidak nafikan betapa dalam bidang perniagaan, selain mencari produk yang bernilai dan pasaran, bidang promosi adalah yang paling penting untuk dibuat supaya orang tahu yang kita ada jual barang tersebut dan barang tersebut pula mudah didapati dan selalu disebut oleh orang ramai.
memang tak sabar untuk saya mengetahui lebih lanjut ilmu yang akan turunkan dalam bidang promosi ini.
selain itu saya tercari-cari juga dimana boleh saya dapatkan senarai directories dan search engine yang beribu-ribu jumlahnya itu?
apa yang menarik, saya ada mengupah seseorang untuk melakukan promosi untuk 100 search engine dan 500 directories pada selasa minggu lepas. beliau telah mengiklankan perkhidmatannya di lelong.com.my dengan harga rm89.00. beliau menjanjikan, apabila siap kerjanya, satu laporan akan dihantar kepada saya sambil each of the directory dan search engine yang beliau submit akan email the submission report ke email saya.
apa yang menarik? beliau janjikan kerjanya siap 2 hari tetapi sehingga sekarang, genp seminggu, tak ada apa pun yang diterima….. tiada laporan dan tiada email from those search engine and directories yang dikatakan itu.
dengan ilmu yang bakal turunkan mengenai promosi, saya harap tiada lagi yang bakal menerima nasib yang saya lalui ini.
saya percaya doktor ada semua relevant search engine and directories list tersebut, apa kata kalu doktor jualkan kepada umum, saya yakin pasti ramai yang akan membelinya.
wassalam, selamat hari raya aidiladha dan happy new year!!!
Salam…
saya ade satu soalan,
saya nak buat perniagaan internet,jadi macam mana sya nak bina laman web berkaitan inffliate progaram?
asslkum,
saya dah lama tak dapat e-mail dari pihak irfan khairi sdn bhd. nape ek? nak tanya, blh ke wat perniagaan multi level melalui internet?