Memiliki perkataan

Tip kali ini agak sukar diimplementasikan, namun, ianya tidak mustahil– saya sendiri boleh membuktikannya ๐Ÿ™‚ Sekiranya ia dapat diimplementasikan, ia akan memberi pulangan yang berlipat kali ganda dalam perniagaan anda.

Tip kali ini: miliki perkataan.

Maksudnya adalah, apabila orang ramai terdengar satu atau duaย perkataan itu, nama perniagaan anda adalah pertama sekali difikirkan. Sebagai contoh:

“Fast food” – kita akan teringat McDonalds pertama
“Pizza” – kita akan teringat Pizza Hut pertama
“Pizza Delivery” – kita akan teringat Dominos pertama
“Ubat gigi” – kita akan teringat Colgate pertama
“Overnight delivery” – kita akan teringat FedEx pertama
“Seluar jeans” – Kita akan teringat Levi’s pertama
“Jutawan Internet” – Kita akan teringat … ? ๐Ÿ™‚

Satu cara untuk memiliki perkataan dan menjadi pertama yang difikirkan adalah dengan menjadi pertama sekali di dalam industri tersebut. Menjadi pioneer.

Sering kali sekiranya anda menjadi pioneer dalam industri anda, anda akan menjadi yang pertama sekali diingati dan akan dikaitkan dengan perkataan tertentu.

Berita baiknya adalah, perniagaan-perniagaan yang memiliki perkataan di atas bermula sebagai perniagaan kecil-kecilan sahaja!

Apa lagi contoh perniagaan-perniagaan yang sering kita kaitkan memiliki perkataan?

PS: Sertai Workshop Jutawan Internetย untuk mengetahui teknik dan strategi dalam memiliki perkataan supaya dapat memberi daya saingan yang hebat berbanding dengan pesaing anda.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

26 thoughts on “Memiliki perkataan

  1. hmm tak pernah terpikir perkara sebegini, ajaibnya ianya mmg betul..jika kita menjadi pioneer utk sesuatu produk, kita akan diingati sentiasa utk produk tersebut.

    cth lain:
    search engine – google
    minuman koko – milo

  2. Saya pernah terbaca artikel ntv7 pasal brand loyalty ni, CEO ntv7 masa tu ialah Datuk Shazali Ramli (sekarang Celcom). Beliau masa tu bercita-cita utk menjadikan ntv7 perkara pertama yg terlintas di fikiran pengguna bila perkataan stesen tv disebut.
    Satu lagi contoh brand loyalty ialah Kodak. Bila nak ambil gambar dengan kamera, orang tak kata “Belikan aku filem untuk kamera”, tapi orang akan sebut “Belikan aku kodak!”.

  3. Antaranya…
    “Kedai 24Jam” – Seven-Eleven
    “Kamera Digital” – Nikon
    “Pening Kepala” – Panadol

    Tapi dlm industri E-Dagang, memang sukar utk menjadi pioneer, kecuali kita dpt mencipta satu produk yg totally berbeza. Apapun kita kena bertindak pantas, sebelum ketinggalan bas… ๐Ÿ˜‰

  4. Assalamualaikum…

    Menarik topik hari ni.
    saya selalu berangan2 macam Ifran cakap.
    sebut perkataan tu org ingat kita.
    Angan2 saya nak bila org sebut “HIDET”,
    org akan ingat saya.tapi apa produk nya ye?

  5. Memang sukar untuk diimplementasikan.. ๐Ÿ˜€

    Kena selalu stick pada perkataan. Tapi kalau dapat dihasilkan dan menjadi ingatan kepada umum, ia adalah kejayaan yang harus dibanggakan ๐Ÿ™‚

  6. itulah masalahnya memang susah nak implemetasikan.Sampai sekarang saya tak tahu macam mana create dan implementasikan perkataan Ajaib ni “BERHANTU” :).itulah kelemahan saya.

  7. waaa…canggih, hebat dan menarik topik harini..
    mengenai perkataan, teringat saya pada Azizi Ali, coach para jutawan di Malaysia…beliau tidak bercakap mengenai motivasi, kejayaan, six sigma, dare to fail atau Aweken The Giant Within You, tetapi beliau becakap, berceramah dan bercerita tentang Duit,Duit dan Duit! oleh kerana itu, beliau menjadi pioneer dalam bidang motivasi keusahawanan serta pengurusan kewangan peribadi..moto yang dipilihnya memang amat sesuai, Millionaires Coach..siapa lagi yang boleh menandingi beliau? fuhh! kagum saya, kagum!

    asal cerita pasal duit, mesti orang di Malaysia teringat Azizi Ali..pasal World! teringat Mawi..pasal Jutawan Senyap, teringat Chef Li dengan motonya Biar Kecil Asal Berhasil! cerita pasal sukan renang, teringat Alex Lim dan cerita tentang Jutawan Internet, teringat Irfan Khairi..t walau apapun,terima kasih pada tips hari ini..

  8. Kalau nak makan mee segera, orang cakap makan Maggi, walaupun banyak jenama mee segera yang lain.. Orang tak cakap “Saya tengah makan mee segera” tapi “Saya tengah makan megi”..

    Lampin pakai buang pun orang selalu panggil Pampers je.. Walaupun banyak jenama lampin pakai buang yang lain.. Payah kan nak sebut lampin pakai buang..

    Lihatlah macam mana Maggi dan Pampers menguasai nama produk mereka..

  9. Yes, memiliki perkataan memang advantage untuk sesuatu perniagaan, macam colgate, kodak, pampers, maggie… semua sudah menjadi kata ganti industri tersebut.

    Sukar untuk diimplementasi, tetapi tidak mustahil. Juga perlu perancangan yang rapi untuk mereliasasikan ini.

  10. Susah jugak nak jadi yang pertama ni… adakah ianya satu kebetulan atau memang ada perangcang yang rapi untuk mengecapinya.

  11. Setuju 118%. Menjadi pioneer ni bukan saja nama akan di ingat sampai bila2 tapi branding punyer effect dia akan kekal sampai bila2. Cthnyer coke, mengikut statistik survey ramai orag lagi suka rasa Pepsi tapi still majoriti beli Coke jugak. Why? Power to be first one. Kalo perfume plak, hampir 90% (average) cost digunakan untuk branding hanya 10% untuk material, production cost dsb. So, appreciate power of branding dan produk anda akan di ingat sampai bile2..

  12. Assalamualaikum
    Tips ini perlu termimpi dalam tidur dulu baru boleh keluar idea luar biasa untuk jadi pionner mungkinlah.
    Atau berangan yang kene tempatlah bukan berangan panjang sampai buang masa untuk cari satu identiti name bagi produk kita.

  13. Just Do It..Nike…..World..Mawi….Jutawan Internet..semestinya Irfan…Tips yang menarik..Thanks …

  14. Brand Essence – Pengguna merujuk kpd jenama utk m’gmbrkan sesuatu produk. Bila sesuatu produk punya ‘identiti tersendiri’ sudah pasti ia menjadi sebutan hingga ke sekian generasinya.

    Spt ajinamoto, colgate, tupperwear, gillette dll.

  15. salam….

    ehm…sememangnya sukar hendak menjadi sebuah nma yang semua org kenal n ingat…
    kenala perlu ada usaha n pemikiran yg positif selalu

  16. dalam kepala otak saya ni bila pasang internet mesti ingat irfan.jadi irfan ni dah jadi satu jenama dalam bidang ini,anyway saya amat berbangga anak melayu boleh.syabas irfan,teruskan perjuangan anda dalam mendidik anak bangsa.ilmu yang dicurahkan akan berkekalan hingga ke liang lahad.semuga irfan akan bertambah maju.Amin

  17. erm, benda ni kita tau tapi xperasan plak kan..
    simple tapi sbenarnya ada impact yang sangat besar…nun jauh di sana kita akan lihat suatu perubahan dan penerimaan yang ada ‘add value’ tinggi.

  18. Salam..kalau sebut pad herba orang akan ingat FC Bio Sanitary Pad x? Hehe..sori menyebok (tapi saya berangan satu hari nanti FC Bio akan “memiliki perkataan” utk pad herba..)

Leave a Reply

Your email address will not be published.