Membuat keputusan yang salah?

Dalam perniagaan, semestinya anda akan sering berada di dalam keadaan di mana anda perlu membuat keputusan.

Kita tidak akan lari daripada membuat keputusan yang salah. Sekiranya terjadi keputusan yang salah…. siapa yang anda hendak salahkan?

Orang yang berjaya menyalahkan diri sendiri apabila tersilap membuat keputusan. Walaupun, sekiranya terdapat pihak lain yang menyebabkan kesilapan dalam keputusan yang anda lakukan, ataupun perancangan anda tidak menjadi oleh kerana pihak yang lain, jangan menyalahkan pihak yang lain.

Salahkan diri anda sendiri dan letakkan tanggungjawab tersebut pada diri anda. Dengan menerima kesalahan tersebut adalah dari pihak anda sendiri, ia akan menjadikan anda lebih kritikal dalam membuat keputusan pada masa hadapan.

Dengan menyalahkan pihak lain, anda seperti melepaskan tanggungjawab dan sukar untuk anda perbaiki diri sendiri.

Selamat bercuti!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

16 thoughts on “Membuat keputusan yang salah?

  1. SEORANG WIRA SELALUNYA BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KEPUTUSAN YANG DIBUATNYA..
    MANAKALA SANG PENGECUT HANYA MENYALAHKAN ORANG LAIN YANG MEMPENGARUHI KEPUTUSANNYA APABILA HASILNYA NEGATIF..
    OUTLAST2HERO.. JGN PEDULIKAN ‘SNIOP’ – SUBJECT TO NEGATIF INFLUENCE TO OTHER PERSON..
    MUNCULLAH SEBAGAI HERO DGN IDEA2 UNIK (BUKAN PELIK TAPI BENAR)KAMU ITU..
    ‘JUST DO IT’ .. BETUL TAK ?
    DUNIA PERNIAGAAN MCM ‘RACE’ KAT LITAR (ITU PENDAPAT SAYA)..

  2. dalam keadaan begini…kita sepatutnya tahu apa yg kita buat.. mungkin nasib org lain berada dlm tangan kita, be flexsible dan nyatakan effort yg akan kita lakukan supaya win-win..

    mungkin org lain tiada jalan penyelesaian .. tapi kita ada berbagai alternatif..jgn malu untuk menyatakan usul..selalunye pihak minoriti je yg mengalami situasi begini..

    bergantung kepada budi bicara (PR) anda bagaimana dpt memanipulasi keadaan dan akan menyebabkan kemenangan bersama berada di dalam tangan anda dan org lain …orang lain gembira… apatah lagi komer… berganda2 gembiranya… dan kalau kita gagal..org lain tak sakit hati pun 🙂

    uisk..bahasa tahap asbestos nih..ada sesapa xphm ?? angkat tangan !!

  3. hr nie sy srg ja ka komen!hr nie pun sy mai pjbt jgk ada keje tg perlu d selesaikan.dalam membuat kptsn sy mmg pernah buat silap da n sampai sekarang sy masih ingt apa yg sy buat slp.bab wang ringgit la kita selalu alpa dn leka,namun semua itu sy hrp dpt d jadikn iktibr buat diri sy sndr utk menempuhi hidup dgn penuh kekuatan.sampai skrg sy masih menerima kesan akibt tersalah membuat kptsn,SLH SY JGK!ENJOY LIFE>

  4. Salam sahabat…

    Saya masih dalam proses menyerahkan beberapa tugas penting kepada pembantu kanan saya (dlm proses membesarkan syarikat)…

    Masalah yang sering berlaku ialah, mereka tidak berani membuat keputusan dan ia selalu dirujuk semula kepada saya (bagus, tapi sampai bila?)

    Saya arahkan mereka, buatlah keputusan sendiri, yakin ia yang terbaik dan ambil sikap bertanggungjawab!

    Seperti kata Irfan, bila kita ada sikap bertanggungjawab atas apa keputusan kita, ia akan membuatkan kita berfikiran serius, matang lalu membuat keputusan.

    Walaupun kadang-kadang kurang tepat atau salah, bagi saya.. ia berbaloi!

    Semoga bermanfaat…

  5. saya sokong ,

    skrg, saya cuba utk menyalahkan diri saya dahulu setelah tersilap langkah dlm membuat apa2 tugas.

    setiap mlm, saya cuba muhasabah diri, kaji balik segala perbuatan yg telah saya buat pada hari tu, (praktikkan ilmu yg diperolehi pd kuliah datuk fadzilah kamsah..)

    cuma, kadang2 ramai kwn2 saya kat sini, jarang berbuat demikian..mereka selalu nampak sangat kesilapan org lain, walaupun sudah terang lagi tersuluh yg mereka sendiri telah buat kesilapan tersebut..

    mcm mana yer nak ubah perangai mereka ni????

  6. tak pe la en.hayat.. bukan senang nak senang.. en.hayat kene cari lebih dari seorang yg berkemampuan berfikir seperti en.hayat (duplicate mcm system MLM)tetapi informal training la…itu je cadangan terbaik dari sya..

    utk en.hapisol pulak… jangan dilayan sgt kwn2 tu… tunjukkan apa kelebihan yg ada pada en.hapisol sendiri..cume kalo type org mcm nih selalunya nak bukti fizikal.. sabor je kome..agak2 dh nampak sket kejayaan tuh baru tunjuk kat kwn2 yg negatif tu… insyallah harap2 berhijrah la mereka tu kearah positif 🙂

    saya bercerita sekadar dari pengalaman saya belajar di “University of Hard Knock” hehehe…belum graduate lagi…

    tapi alhamdulillah setiap “semester” pass laa “ujian”…kalo kite berhenti belajar je baru dikira gagal kui kui kui 🙂

    never give up …chaiyyookkk !!!!

  7. Assalamualaikum.

    Betul. Kita kena berani mengaku kalau dah buat salah. Berani kerana benar.

    Tapi kalau macam citer The Apprientice tu cam ne pulak? Kalau mengaku salah, nanti dapat kata-kata hikmat Trump – “You are fired”

    Wassalam.

  8. Yea…kita selalu nampak kesalahan org lain dari kesalahan diri kita sendiri dulu.

    Saya setuju dengan Jika kita salahkan org lain bermakna kita nie jenis x nak bertanggungjawab.

    Amat rugi buat diri kita kerana x nak ambik sesuatu daripada kesilapan kita.

    KESILAPAN ADALAH SEBAIK2 GURU.

  9. Topik hari ini mengingatkan saya tentang satu kisah.Bukan kisah saya tapi orang lain.Kisah ni saya tengok kat tv semalam,the apprentice.Project manager kumpulan yang kalah telah melakukan banyak kesilapan meyebabkan kumpulannya kalah.Antaranya ialah lewat untuk mesyuarat,tidak memasukkan tag line penting dan lain lain.TAPI,beliau tidak menyalahkan ahli kumpulan yang lain sebaliknya merasakan dirinya yang bersalah.Beliau meletakkan kesalahan tersebut pada dirinya dan berpegang teguh padanya walaupun donald trum menekannya.Akhirnya,dia dipecat.Moralnya ialah?…kita fikirkan bersama.

  10. Kekadang kesan dari membuat keputusan yang salah memberi impak yang tidak tertanggung dan membawa kesan, mungkin pengajaran yang sangat mahal.. itu yang payah tu sebab masa tidak akan berulang dan kita dah banyak rugi terutamanya dari segi masa..

Leave a Reply

Your email address will not be published.