Melabur keuntungan perniagaan secara automatik

invest.jpg*PENTING: Tip hari ini merujuk kepada pelaburan offline dan BUKAN pelaburan Internet. Moga dijauhkan dari pelaburan Internet yang sering diperkatakan hari ini*

Semua tahu bahawa kita perlu create multiple-streams-of-income. Betapa pentingnya aliran pendapatan berganda.

Salah satu caranya adalah melabur keuntungan perniagaan kita. Sebaiknya, lakukannya secara automatik. Bukan melabur pada pelaburan Internet. Tetapi, laburkan di Institusi kewangan yang sah. Sebaiknya offline 🙂

Setiap bulan lakukan auto debit ke akaun perniagaan anda untuk menyalurkan keuntungan perniagaan anda ke akaun pelaburan. Tidak kisah, sedikit, ataupun banyak, tetapi, setiap bulan, ianya dilakukan secara automatik.

Auto-Debit adalah instruction yang anda beri kepada bank anda untuk mengeluarkan sejumlah wang secara automatik ke sesuatu akaun yang lain setiap bulan. Dalam tip ini, ia disalurkan ke akaun pelaburan pula. 

Sekiranya anda lakukan auto debit ke akaun pelaburan untuk mendapat pulangan (kini terdapat banyak akaun pelaburan berteraskan pelaburan Islam yang boleh memberi pulangan ><15%) katakan RM1,000 setiap bulan. Berapa lama perlu tunggu untuk wang tersebut menjadi RM1,000,000? Lebih kurang 18 tahun sahaja.

Simple tip, tetapi, tidak ramai yang melakukan auto debit ke akaun pelaburan setiap bulan. Bila tak lakukan auto-debit, sering kita terlupa untuk meletakkan sebahagian wang kita untuk dilaburkan.

ps: Walaupun sekiranya anda tidak menjalankan perniagaan, ianya adalah idea yang amat baik untuk anda melakukan auto debit sebahagian dari pendapatan bulanan anda ke akaun pelaburan. RM200-RM500 setiap bulan pun sudah memadai… kalau boleh, lebih!

pps: Alhamdulillah kini ada banyak peluang pelaburan berteraskan Islam yang disediakan oleh bank-bank tempatan yang memberi pulangan yang amat baik. Sebagai contoh, Selasa depan akan dilancarkan CIMB Islamic Funds. hubungi bank anda untuk bertanyakan mengenai akaun pelaburan yang disediakan 🙂

*PENTING: Tip hari ini merujuk kepada pelaburan offline dan BUKAN pelaburan Internet. Moga dijauhkan dari pelaburan Internet yang sering diperkatakan hari ini*

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

29 thoughts on “Melabur keuntungan perniagaan secara automatik

  1. Kita melabur biar yang berteraskan landasan syariat islam yang betul, betul tak Pelaburan internet dah haram kerana ia melabur ntah dekat mana kan, luar negara..tapi sistem pelaburan dalam negara kita contohnya bank adakah ia melabur betul berlandaskan islam atau melalui pasaran yang tidak halal..

    p/s ; maapkan saya kalo saya cakap tak betul..
    just tanya n bagitau je..

    Taqiyuddin
    http://www.taqiyuddin.wordpress.com

  2. Auto debit keuntungan perniagaaan ke akaun pelaburan adalah satu langkah yang bijak.

    Saya sangat setuju dengan tip hari ini. Selalunya kita buat auto debit untuk bayar bil, instalment dll.

    Apa kata kita semua mulakannya hari ini. 😉

    Hisham;
    “Perniagaan yang merugikan ialah buahnya laris, pokoknya hangus” 😀

  3. hmmm… satu idea yg sgt berguna . Melabur dlm bank berlandaskan islam memang patut digalakkan kepada semua. Menabung itu langkah bijak utk maa depan .

  4. Assalammaulaikum…
    Ada sesiapa boleh membantu saya?…
    Saya masih kurang faham mengenai pelaburan…
    Saya masih seorang pelajar di IPT dan berminat tentang pelaburan…
    Harap membantu…
    Terima kasih…

  5. Ya, cara inilah yang sebenarnya adalah yang terbaik. Tidak perlu susah-susah ke bank, semuanya automatik.

    Kalau secara tradisional, anda terpaksa mengambil masa ke bank, memandu kereta, kos minyak kereta, tol dan bayar parking. Kalau nasib tak baik, kaunter bank ramai dengan pelanggan dan terpaksa menubggu sehingga 2-3 jam.

    Jadi, kaedah auto-debit mampu menjimatkan masa anda. Saya juga ada post topik ini di dalam blog saya. 🙂

  6. I truly agree with todays tips.

    However, these days there are indeed plenty of investment schemes out there. Ireit, Mutual Funds, Insurance Funds and more. Just be wise in choosing your investments and do lots of research on it.

    God Bless
    Lance

  7. , sy kurang fhm lah dgn pelaburan ni…
    adakah melabur memberi pulangan hilang 15%?
    byk tu…

    kalu ade mesti kena melabur jg ni..

    thanks 4 the info..

  8. Setuju sangat tu… saya juga mengamalkannya di mana secebis dari gaji bulanan dipotong terus ke akaun ASB… that’s why tengah mencari-cari bidang perniagaan yang terbaik untuk dijalankan bg menambah yang secebis tu… semoga tercapailah impian saya untuk hidup bahagia tanpa bebanan kewangan. thanks 4 d guidance.

  9. ya, jauhkan diri masing-masing dari skim cepat kaya internet. walaupun dah menulis lama pasal bahaya skim cepat kaya, BicaraJutawan.com telah dilabel sebagai promoter skim cepat kaya pula. aduhai…

    *nada kuciwa*

    Irfan kita belum layak dapat private banking services? 😀

  10. pelaburan internet merupakan satu pelaburan dimana pelabur berani menanggung risiko, kalau nak kaitkan antara haram dan halal sangat meluas, bagi satu contoh,
    kalau kita bekerja tapi kita menipu dalam menuntut Over Time, duit yang kita dapat pun dah dikira haram..

    betul tak??
    fikir-fikirkan lah sendiri..

  11. azahari > yang auto-debit, sekurangnya 10%. kalau rezeki lebih sesuatu bulan, maka, tambah manually. tetapi syarikat saya bukan shj melabur pada institusi kewangan… melabur pada aset, hartanah & perniagaan lain juga ada. perlu diversify!

    pakdi > saya memang guna private banking 🙂 bagi sesiapa yang ada rezeki lebih, boleh dapat private banking. lagi memudahkan segala urusan dengan bank.

    fakhrul > melabur di syarikat insurans adalah amat baik (agak selamat). Tambah-tambahan kalau melabur pada takaful 😉

  12. Saya ada la sikit-sikit melabur kat takaful tu, berkat nasihat Irfan laa…Dr Love pun nak gak nyimpan untuk hari tua 🙂 Tapi, ASB bukan berteraskan hukum syarak/Islam kan??

  13. yeessszzzaaaa…
    kalau letak sikit pelaburan dalam stock market (Bursa Malaysia), doctor ada rule of thumb tak, berapa percent yg agak selesa utk diletakkan?
    yg best pasal stock ni, sebab ada possibility utk dpt percent keuntungan yg tinggi. yg tak best pasal stock ni, sebab ada possibility percent kerugian yang agak tinggi jugak hehe :
    😀

  14. tak kisah la menggunakan pelaburan yang mana, ialah, labur yang termampu sahaja. juga, melabur untuk jangka masa panjang- sekurang-kurangnya 7 tahun. sebaiknya, jangan melabur masukkan wang, kemudian tengok ekonomi, keluarkan wang, masukkan ke tempat lain, tengok ekonomi, tambah wang dan sebagainya.

    cara paling selamat adalah, masukkan wang anda dalam akaun pelaburan pilihan, dan setiap bulan, lakukan auto debit (jangan hiraukan market). Ini kerana, dalam market apa sahaja dari dulu sampai kini, kalau market jatuh pun, ianya akan self correct sekiranya diberi masa. sebab itu melabur untuk jangka waktu panjang 😉

    my advice, pergi bank anda, dan ambil masa untuk tanya mengenai akaun2 pelaburan yang disediakan.

  15. formula asas yg mudah mudahan dpt membantu ke arah kesejahteraan kewangan;
    langkah jutawan :-
    – Menyimpan sebahagian pendapatan asas anggaran 20%
    – Meniagakan sebahagian p simpanan, mulakan dengan tunai seadanya “biar kecil asal berhasil”
    – Menggunakan sebahagian p keuntungan utk mengembangkan perniagaan dan melabur dlm saham juga hartanah.
    Ulang berterusan dgn sabar dan redha, jgn lupa hak hak yg lain dlm pendapatan kita. Smg kita semua diberkati…..Amin

  16. asmkm Irfan, how r u?

    owh, tip yang baik, saya pula meyimpan 10% keuntungan mingguan di bank, walaupun income tak berapa besar, tapi saya hanya ikut kata Azizi ALi, simpan 10% daripada income…

    Useful tip from you:-)

    shueqry

  17. pelaburan yg sah dan halal mmg ada mcm kata tapi org ramai masih nak cepat kaya. tiada keuntungan pelaburan yg terlalu besar sehingga 300% dalam 18 bulan dsb.
    Yg penting pastikan legal.
    Kawan sy habis 9000 lebih dlm ABFund.

    http://auraminda.com/blog
    Tips Perancangan Kewangan

  18. Alhamdulillah semoga lbh ramai saudara saudara kita yg ada kesedaran terus berkongsi ilmu dgn rasa tanggungjawab smga kita smua mendpt keredhaanNya.
    Dan dikurniakan rezki dgn rahmatNya yg melimpah ruah. Amin…..

  19. Tip kalau nak melabur dlm ASW2020:

    Simpan jumlah tertentu setiap bulan secara auto.

    Setiap awal tahun keluarkan sejumlan kecil sebanyak 4 kali dalam tempoh seminggu. Kemudian masukkan semula duit itu setiap kali selepas anda keluarkan.

    Dengan cara ini, simpanan anda selamat kerana anda tidak akan dapat withdraw untuk kali ke 5 sehinggalah awal tahun yang seterusnya.

    Ulangi langkah ini setiap tahun.

  20. Razzi Rahman>> ye, ASB pelaburan yang tidak berlandaskan syarak…boleh di halalkan, tapi pihak yang terlibat kena ubah sistem pelaburan dia..

    saya setuju, itu yang saya sedang lakukan… dan sepatutnya semua orang lakukan perkara ini supaya tidaklah merungut di kemudian hari

  21. salam,
    anyone who love to invest pelaburan berteraskan Islam like CIMB Islamic Funds seperti Al-ikhlas, Al-i’tidal and many more. please do not hesitate to email me suhaid82@yahoo.com or call me 012- 3773 205 (Bandar Baru Bangi),k.Thanks.

Leave a Reply

Your email address will not be published.