Lakukan sedikit MAGIC!… bukan maksudnya anda sebagai usahawan perlu membuat magic seperti David Blane atau Chris Angel atau Cyril… tetapi, anda tetap boleh melakukan satu magic kepada pelanggan anda dengan melakukan suatu “magic moment”
Apakah itu Magic Moment?
Menurut pakar perniagaan Jay Abraham, Magic Moment adalah satu keadaan atau lebih tepat lagi, satu PENGALAMAN yang dialami oleh pelanggan anda yang mereka tidak akan lupakan untuk jangka waktu yang panjang. Silap-silap, sampai bila-bila takkan lupakan.
Saya permudahkan dengan contoh dibawah…
Anda makan di restoran, ambik nasik, pilih lauk, ayam… sayur… ikan… kuah kari… dan lakukan pembayaran. On the way nak berjalan ke meja anda, anda terhilang balance, and terjatuh (salah anda sendiri… bukan sebab lantai licin atau terlanggar kucing). Habis nasi dan lauk pauk anda jatuh ke lantai. Adoi!
Tetapi, pemilik kedai itu, datang kepada anda dan bawakan kepada anda nasi, ayam, sayur, ikan & kuah kari yang baru dan suruh anda makan je. On the house!
Apakah perasaan anda? (selain daripada malu kena pandang pelanggan lain anda yang tersungkur 😉 ). Pastinya satu pengalaman yang baik yang diberikan oleh pemilik restoran tu bukan? Itulah dia nya pemilik tersebut menciptakan satu “Magic Moment”
Menciptakan “Magic Moment” bukan suatu yang boleh dipelajari daripada buku teks perniagaan atau universiti sekali pun, tetapi, ianya lebih kepada EQ (Emotional Intelligence). Selami diri pelanggan dari segi emosi, dan fahami keadaan mereka. Anda akan dapat mencipta satu Magic Moment yang akan diingati sampai bila-bila.
Lepas ini, kalau anda nak makan, anda pergi mana? Sudah tentu restoran itu lagi bukan?
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Betul IK!! Magic moment ni lah akan beri satu memori pd kita sampai bila2.. Saya pun kalo kena mcm situasi di atas ni mesti akan dtg balik ke restoran tu lagi…
Magic Moment….
Ni first time saya dengar… ilmu baru ni..
Emm… maksud IK teknik ni dilakukan secara sepontan…. macam tu ke IK ?
Betul tu. Kalau kita put some expectation, tapi bisnes tu provide more, memang kita gembira. Itulah magic dia.
Macam baru-baru ni, saya nak bina online store, saya pergi ke Lot.my. Sebab Lot.my ni percuma, saya tak expect perkidmatan dia baik. Tapi lepas saya bina online store tu, saya terkejut sebab online store yg saya bina tu memang cantik. Macam buat professional buayar beribu ringgit. Malah saya cuba hubungi support Lot.my ni, respon dia sangat cepat dan mesra. Saya rasa inilah yang IK maksudkan sebagai Magic!.
Kita dalam perniagaan kena juga buat kejutan sekali sekala kepada pelanggan kita. Lagi selalu lagi la bagus.
Magic Moment yg betul2 menyentuh emosi pelanggan…lepas tu pelanggan akan selalu mengikuti perkembangan kita & memberikan kesan yang positif kepada perniagaan…
abracadabra…
🙂
kena belajar lagi bab emotional intelligence ni…
nice tips though 🙂
Assalamualaikum Tuan Rumah,
Post di atas menarik, tambahan pula pada contoh yang diberi…tertumpah lauk…
Saya teringat satu peristiwa di sebuah restoran pusat bandar damansara beberapa tahun yang lalu.
Seorang customer (potongan macam negro tapi kulit macam orang Melayu) beratur ambil lauk…ambil ayam, ikan, telur rebus masak lemak, sayur dll.
pada masa itu’ restoran itu memang sesak dengan ramai orang…lunch time.
Si Customer tadi berjalan ke sebuah meja, dan tiba-tiba telur dipinggannya jatuh ke lantai….
dengan bersahaja dia kutip telur itu, basuh di sinki dan masukkan semula ke dalam pinggannya, duduk dan makan seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku..
Peristiwa itu sudah bertahun lalu, tapi masih lagi terbayang jelas diingatan. Cara customer itu handle moment tersebut betul-betul membuat saya terpaku dan terkesan…
Secara tidak langsung saya belajar apa itu “berani kerana benar”…
peristiwa itu bolehlah diibaratkan “magic moment” pada saya…
Salam ceria & inspirasi
“Pray Hard & Work Smart”
Assalamualaim.
salam…
sy sangat setuju ngan IK…magic macm tu perlu d buat dlm kehidupan kita….bukan saja dalm perniagaan tapi dalm setiap aspek yang sesuai untuk buat magic tu….sy pernah buat baru2 ni…dan ia memang meninggalkan kesan yg positif…..kadang2 kesan yg negatif boleh jadi positif…yg negatif jadi positif akan saya bagi dalm comment sy next time….komen x leh banyak sgat…..tak de feeling plak nnt…ok,salam jihad bisnes
salam….nak sambung yg negatif jadi positif…>>>smalam 13 january,sy kemalangan dkat trafic light jln sultan ismail, jdi pegi repot polis…ada polis pangkat srjan marah sya sebab lakaran peta tak betul….lakaran tu memang disengajakan sebab nak tengok reaksi polis tu dulu…..lepas tu sy buat lakaran yg tepat….
masa lakaran yg salah…polis tu cakap ngan sy memang kasar ….tapi sy tetap cakap lembut ngan polis tu….sepatutnya polis perlu cakap lembut dngn sya dan suruh saya betulkan apa yg salah dengn cara lembut,kan budi bahasa budaya kita….akhirnya polis tu akui yg beliau ter kasar bahasa dengan sy dan minta maaf kpd sy sbab beliau terkasar bahasa ngan sy…
pengajaran nya >>>> kita boleh cakap elok2 sebenarnya dengan sesama kita,cuma tidak dijadikan ianya sebagai satu kebiasaan sahja padahal dalm kes tadi bas rapid KL yang himpit kereta sya…dugaan hidup,nak buat mcm mana kan.
Hmmm idea yang menarik… boleh tak IK bagi satu contoh ‘magic moment’ dalam perniagaan internet, atau mungkin pengalaman IK sendiri? 🙂
Thanks! 🙂
“Selami diri pelanggan dari segi emosi, dan fahami keadaan mereka. Anda akan dapat mencipta satu Magic Moment yang akan diingati sampai bila-bila.”
Buat baik, mudah-mudahan dibalas dengan kebaikan jua & “dekat dihati” pelanggan.
insyaallah saya juga ada buat beberapa “magic” dalam perniagaan 😉
teringatg saya hari tu, salah seorang peserta saya OKU dan menggunakan kerusi roda. Yang membawanya adalah anaknya sendiri. tapi, bayaran hanya untuk ayahnya. Ketika mula seminar, anaknya tunggu ayahnya di luar bilik seminar.
Oleh kerana EQ, saya pun perlu fahami pengorbanan anak/ayah dalam mencari ilmu & menambahkan pendapatan. So, apa saya lakukan, adalah beri seat percuma untuk anaknya menemani ayah di dalam bilik seminar juga supaya keduanya boleh belajar perniagaan Internet dan menjalankannya sama-sama.
insyaallah itu adalah satu magic moment buat mereka berdua dan juga peserta2 yang lain.
Hanya sebagai contoh yang berlaku ya… 😉
-ik
Wow, satu ilmu yang bermanaafat yang berguna untuk Internet Marketer macam saya…
Bagi saya jika kita mahukan pelanggan berpuas hati dengan servis kita tawarkan pada mereka, pastikan mereka mendapat ganjaran yang melebihi dari apa yang kita tawarkan didalam promosi kita.
Contohnya; jika pelangan membeli sesuatu produk dari kita. Walaupun stelah membeli produk kita lebih dari sebulan, kita masih memberikan produk-produk percuma kepada mereka spt ebook dsb… Dengan itu mereka akan lebih setia dengan apa sahaja yang kita tawarkan..
Thanks, Irfan…
Salam,
Tip yang sangat best dan komen serta cerita ‘Magic Moment’ yang sungguh touching. Nak belajar la ‘cipta’ magic moment untuk pelanggan.
P/S: Kalau magic macam David Blaine pandai lah… hehehe 🙂
Tips yang hampir sama juga pernah saya terima masa sertai kursus usahawan sebelum nie.EQ ini juga dapat membantu meningkatkan IQ kita>ini kata ahli psikologi yang beri ceramah masa program.Cerita pasal terjatuh masa bawa makanan ini pernah terjadi masa tolong ayah jaga restoren dulu.Saya jatuhkan air kat meja customer.malu sungguh tapi kena cover jugala cepat2 sepupu datang tolong lap dan minta maaf pada customer.Pengalaman tak dapat dilupakan.Sebab itu bila ada orang jatuhkan air masa makan saya tersenyum jer..
Satu perkongsian ilmu yg menarik dr sdr IK.Sy sendiri pon tak pernah dgr Magic Moment ini ketika sy belajar di universiti dulu.
Magic moment? rasanya saya belum pernah dapt lagi magic moment..insyallah tak lama lagi dapat ni 🙂
boleh jadikan teknik ini dalam menjual produk digital 😉
boleh try praktik lepas ni 🙂
“Magic moment…..Suatu sifat ambil peduli dari seorang kepada seorang yang lain….Semoga saya akan sentiasa mendapat “Magic moment” daripada tulisan-tulisan IK 🙂
Sy pun ada satu kisah magic moment. Pernah sekali pergi beli buah bersama anak-anak saya kt kedai berhampiran. Oleh kerana dekat, sy tak bawa dompet, cuma bawa RM10 sekeping sahaja. Sy beli buah rambutan ngam2 sepuluh ringgit. Tapi selepas tu anak mula nangis nak buah epal disitu. Tanpa disangka, pekerja indon di situ mengambil 2 biji epal dan beri pd 2 orang anak saya. Saya cuma boleh ucap terima kasih kepada dia dan berkata akan dtg semula utk bayar semula. Tp indon tu kata tak perlu, dia belanja.. Bermula dr haritu, sy selalu membeli buah disitu. Itulah magic moment buat saya kot..
still belum dapat borang utk jadi member stormreaders….kalau ada borang online dpt isi dan email penbayaran, i teringat kata2 Datuk Senator Idris Jala “BIG and FAST” tapi lupa satu lagi word…
Magic moment! Satu idea yang baik. Saya akan cuma menukarnya sedikit. Nak buat ‘Magic Moment’ dalam sebuah blog.
Magic Moment!!!…Thanx IK. Look simple but mean a lot 🙂
Saya ada cafe, perkara ini pernah berlaku di cafe saya, dimana seorang wanita sarat mengandung terjatuh ais blended bungkus yg dibawa. beliau telah membayar dan on the way nak balik ais blendednya jatuh. Suami saya terus meminta wanita berkenaan utk tunggu dan menggantikan 1 lagi secara percuma. Wanita berkenaan nak juga membayar tapi suami saya kata “tak apa, ni utk baby”.
betul seperti kata saudara, wanita berkenaan sekarang adalah antara pelanggan tetap saya.
1 lagi yang saya rasa amat baik utk diamalkan, jangan berkira dan sekiranya kos belian pelanggan kita contohnya RM10.50. Tak salah kiranya kita diskaun 50sen.
Atau yang saya amalkan, sekiranya pelanggan belanja banyak untuk makan, maka setakat sirap @ teh o ais saya beri percuma. Semasa kira jumlah yang dimakan, saya akan nyatakan, air ni foc. insyaallah pelanggan berkenaan akan jadi pelanggan tetap kita.
Banyak memberi, insyaallah kita akan banyak menerima.
Salam Motivasi semua..
Buat kali pertama saya mendengar tentang “magic moment” dalam perniagaan.. Macam mana saya nk tranfer idea begini dalam indusrti motivator… Ehemmm..Ehemmm…
Salam IK,
Saya kagum dan percaya IK memang betul2 seorang ahli perniagaan yang sanggup mengkaji semua aspek uuntuk memajukan perniagaan daripada sekecil-kecil hinggalah sebesarnya.
Magic moment memang perlu untuk menarik minat pelanggan dan saya akan usahakan untuk dipraktikkan dalam bisnes saya nanti. Cayalah!
Salam IK,
Saya merupakan peminat IK. Dah lama juga saya dengar reptusi IK yang merupakan jutawan internet yang termuda di Malaysia ( pada waktu itu) sampailah saya sekarang berhenti kerja.Umur masih dalam pertengahan 30-an. Keputusan saya berhenti kerja kerana tidak tahan dengan rutin kerja yang sama dan membosankan selama 10 tahun. Sepanjang tempoh itu saya terpaksa melupakan realiti sebenar kehidupan.Pada masa itu mindset saya cuma bekerja dan dapat duit. Akhirnya saya tidak tahan lagi lalu mencuba mencari rezeki dalam MLM. Belum lagi berjaya dan kini sangat cenderung untuk melihat internet sebagai punca rezeki yang enjoy.Harap cerita ini jadi magic moment dalam hidup saya selepas ini. http://jariahonline.ws
ilmu baru. ilmu magic 😉
ilmu yang berguna ni boleh digunakan untuk bisnes