Berikut adalah antara tip-tip dalam menghasilkan logo untuk perniagaan anda:
- Walaupun ramai memahami logo mempunyai “simbol” sering kali, logo berbentuk teks/tulisan lebih mudah diingati orang ramai. Contoh, Coca-Cola, Microsoft, Dell, Ebay, Yahoo, Amazon… perlu saya teruskan?
- Pilih warna logo anda berbeza dengan warna yang digunakan oleh pesaing anda.
- Gunakan font yang mudah dibaca dari jarak jauh, atau apabila logo anda dikecilkan
- Pastikan warna logo anda digunakan secara konsisten di bahan-bahan promosi perniagaan anda
- Logo yang efektif berteraskan segi empat atau bulat. Logo berteraskan tiga segi tidak efektif 🙂
Kita perlu faham bahawa, logo, bukan sekadar imej sahaja. Logo yang efektif adalah apabila ia berjaya dikaitkan dengan jenama perniagaan, dan memberi kesan “emosi” kepada target market pengguna apabila melihat logo tersebut. Apabila mempunyai kesan “emosi”, pastinya logo tersebut lebih diingati.
Contoh, tip logo saya lepas, terdapat beberapa logo yang memberi kesan emosi yang negatif. Seperti Carlsberg, Playboy dan Coca-Cola. Walaupun negatif (bagi masyarakat kita), bagi target market mereka, ia menjadi sesuatu yang sering diingati.
Fikirkan pula logo yang memberi kesan positif dari logo-logo seperti Mercedes, Harley Davidson dan juga Intel. Pastinya logo yang memberi kesan (tak kira positif atau negatif) akan sering diingati.
Bottom line, logo yang memberi kesan emosi pada perniagaan adalah logo yang berjaya! 🙂
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
jangan ambil mudah berkenaan logo kerana ia juga boleh di ambil kira kejayaan bisnes anda! 🙂
http://www.glowglokal.com/seminar.html
Sangat setuju. Kita sendiri pun bila received biz card org kita akan suka nak lihat logo company org tersebut. Selalu kita akan ingat pada perniagaan seseorang dengan lebih nyata adalah melalui logonya.
logo nak kena unik dan simple
Saya sukakan logo dan tagline Nike. Mudah dan senang diingati.”Just Do It”. Ianya memberi emosi yang positif.Seolah-olah bersemangat untuk melakukannya. Sama juga seperti tagline Adidas, “Impossible is nothing.”
Saya amat-amatlah bersetuju. Kalau kita lihat seluruh dunia, semua jenama yang popular dan berjaya mempunyai logo perniagaan sendiri.
Design dan warna untuk logo amat penting untuk sentiasa mudah diingati dan tersemat di dalam minda! 🙂
http://www.glowglokal.com/blog
Salam.
Saya kerja ngn org, so guna still kompeni nye logo. Tapi tgh plan nak buat logo untuk blog sendiri ni.
Caiyoi caiyoi.
Regards
Baru saya faham mengapa sesetengah logo berjaya menarik perhatian umum. Sebelum ini, saya sendiri tak tahu kenapa saya suka dan tertarik dengan sesetengah logo sahaja. Malah, saya setuju benar bila satu2 logo akan menggambarkan sesuatu jenama tertentu. 😀
kami telah mencubanya dari tips en irfan dengan memastikan setiap pack barangan kami dilekatkan logo walaupun ringkas sahaja. hasilnya jualan kami meningkat.