Lakukan sesuatu yang baru… hari ini

Sekiranya anda lakukan sesuatu yang sama setiap hari, pastinya keputusan yang anda terima juga adalah sama.

Lebih payah lagi, sekiranya dalam perniagaan, bukan ini yang terjadi. Kerana, dalam perniagaan, sekiranya kita lakukan perkara yang sama sahaja setiap hari, lama ke lamaan keputusan yang di alami akan menurun.

Manusia adalah insan yang mempunyai tabiat. Dan tabiat yang paling sering kita alami (dan sering kali tidak sedar) adalah tabiat tidak mengubah diri dan sentiasa dalam zon selesa sahaja.

Berhenti sebentar dan cermin diri sendiri dan perniagaan kita:

  • Apakah sesuatu yang *BARU* patut kita lakukan?
  • Apakah sesuatu yang kita sedang lakukan dan patut kurangkan?
  • Apakah sesuatu yang kita sedang lakukan dan patut 100% berhenti dari terus melakukan?

Orang-orang berjaya adalah mereka yang sanggup berhenti melakukan apa yang kurang menjadi dan lakukan sesuatu yang baru- walaupun sekiranya ia bermakna perlu menghadapi risiko baru dan mungkin menghadapi kegagalan baru.

Dalam perniagaan, untuk bersaing, sesuatu perniagaan itu perlu melakukan sesuatu yang baru, atau mengimplementasikan idea yang baru sebelum dilakukan oleh pesaing.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

17 thoughts on “Lakukan sesuatu yang baru… hari ini

  1. Marilah kita berhenti dari melakukan sesuatu yang kurang menjadi. Kita mulakan dengan yang baru dan lebih baik.

    Risiko kegagalan tetap ada. Berani atau tidak. Bertindak atau tidak 🙂

  2. Salam.

    Setuju. Pelbagaikan cara untuk mendapatkan keputusan berlainan.

    Bill clinton kata,
    “org yg asyik melalukan perkara yg sama tapi mengharapkan keputusan yg berlainan adalah gila”

  3. Salam semua.. 🙂

    Ya betul apa kata IK tu. Manusia sering mengabaikan sesuatu yang bakal berlaku pada diri mereka dan mereka selalu tidak bersedia apabila berlakunya dugaan yang tidak diingini.

    Selalunya mereka ini masih lagi khayal kerana berada di dalam zon selesa kehidupan mereka. Saya sendiri baru je membuat sesuatu yang baru iaitu meng upload laman web baru untuk seminar mengubah kehidupan kepada yang lebih baik 🙂

    http://www.h2jbiz.com

  4. kalau buat benda yg sama setiap hari pasti membosankan.Mcm mana agaknya org yg melakukan kerja yg sama lebih 20 tahun dlm hidupnya?x dapat nak bayangkan,x bosan ke?

  5. Ramai di antara kita (termasuk saya) hari yang takut melakukan kesilapan. Natijahnya kita takut mencuba sesuatu yang baru. Tetapi hakikatnya, kesilapan itu sebenarnya adalah satu ilmu baru bagi kita jika kita pandai mengambil iktibar daripadanya.

    Jika kita ingin mencuba sesuatu perkara yang baru, setelah mempertimbangkan segala faktor, jangan takut untuk melangkah kerana setiap langkah adalah ilmu yang baru. Bagi yang telah melakukan kesilapan tertentu, berhati2 agar kita tidak melakukan kesilapan yang sama berulangkali. Jika kita melakukan kesilapan yang sama berulangkali, bermakna kita rugi kerana kita tidak mengambil pengajaran daripada kesilapan tersebut. Apatah lagi jika kita seorang muslim, Nabi Muhammad saw melarang kita melakukan kesilapan yang sama dua kali sebagaimana sabda baginda:

    Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
    Dari Nabi saw., beliau bersabda: Seorang mukmin tidak boleh dua kali jatuh dalam lubang yang sama. (Shahih Muslim No.5317)

    Biarlah kesilapan kedua yang kita lakukan adalah kesilapan yang lain supaya ada peningkatan dalam pembelajaran hidup kita. Mudah2an kita sama2 dapat mengambil pengajaran.. Amin!! 🙂

  6. Memang betul. Kalau nak jadi usahawan tulen, mesti selalu creative cari idea baru. Lebih2 lagi, sekiranya industri yg kita ceburi terlalu ramai pesaing. Kalau bisnes kita takde pembaharuan, customer makin lama makin lari kepada pesaing.

  7. salam..

    ya betul.. kita harus keluar dari kepompong
    keluar dpd tempurung

    kena ada anjakan paradigma

    pepatah inggeris ada berkata ‘what u always do, that is u’

    so utk maju kedepan kena la ada perubahan
    kena ada inovasi, evolusi

    jom kita maju ke depan! 🙂

  8. Salam ceria sihat, kaya, bahagia,

    Tq irfan, tip yang diamalkan oleh semua org yg cemerlang. Tapi awas jgn pulak asyik mulakan bisnes baru tinggalkan yg lama he he….

  9. Phonesolution,

    ada orang yg dedikasi dalam bidang dia..
    so dia tak rasa bosan dengan apa yang dia buat walaupon dah berpuluh tahun buat benda yang sama..
    kiranya kerjaya dia tu dah jadi hobi dia..

  10. Salam..

    Setiap hari adalah hari baru, sentisa laka perkara-perkara baru mendatangkan banyak manfaat.Usaha mungkin kecil, tapi insyaAllah hasil akan beSAR!!

  11. Salam!

    Sungguh kenyataan di atas adalah benar. Setiap hari baru adalah suatu nikmat. Nafas kita diteruskan dan umur dipanjangkan oleh Pencipta kita. Untuk bersyukur kita sebagai insan dengan sepenuh kudrat mesti berusaha menjadikan hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini. Oleh itu lakukan sesuatu yang baru asal tidak menyalahi syariat dan agama lalu dapat membawa manfaat untuk diri, keluarga dan masyarakat amatlah wajar dan sekaligus dapat menaikkan martabat insaniah.

    Wassalam.

  12. Kalau melakukan perkara yang sama jer setiap hari, samalah kita seperti robot yang telah diprogramkan. Kita kena sentiasa belajar perkara baru dan menggunakan akal fikiran kita dengan sebaiknya.

  13. Jika kita melakukan perkara yang sama jer setiap hari, samalah kita seperti robot yang telah pun diprogramkan. Kita kena sentiasa belajar perkara baru setiap hari dan menggunakan akal fikiran kita dengan sebaiknya.

  14. Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

    Sesuatu yang baru! 2 3 hari ni saya sering membaca ik website. alhamdulilah. ilmu ni memberikan saya manfaat yang sangat berguna. saya baru saja membuat sesuatu yang baru dengan memulakan blog saya dengan menjual mutiara. saya berdoa semoga langkah baru ini memberikan saya sesuatu yang baru. Baik datangnya dari Allah dan yang buruk itu kerana saya masih perlu berusaha untuk memperbaikinya. insyallah. doakan yaa….

Leave a Reply

Your email address will not be published.