Kurangkan janji, lebihkan keputusan

Sebenarnya nak translate “Under promise, over deliver”… jadi lah Kurangkan janji, lebihkan keputusan. Lebih kuranglah, maklumlah, kantoi BM.

Bila kita under promise dan over deliver dalam perniagaan kita, kita akan mencipta satu keadaan yang digelarkan “magic moment” oleh pakar marketing Jay Abraham. Magic Moment bermaksud apabila pelanggan tak expect mendapat sesuatu yang hebat, tetapi, menerima pulangan/keputusan yang hebat!

Apabila sesuatu perniagaan under promise dan over deliver, ia akan mengakibatkan pelanggan berpuas hati dan menyebarkan berita baik itu kepada kenalan mereka. Maka, tercipta pula “word of mouth” advertising atau promosi dari mulut ke mulut.

Disneyland adalah antara contoh yang sering menggunakan under promise & over deliver. Ketika saya bercuti ke Disneyland bersama isteri & anak-anak, sebelum menaiki rides seperti roller coaster/water rides dan sebagainya, ketika beratur, akan ada tanda menunjukkan anggaran masa perlu tunggu. Selalunya tertulis perlu tunggu 45 minit sebelum naik rides… tetapi, bila beratur, dan dah sampai giliran kita naik rides tersebut, bila tengok jam tangan… baru 30 minit menunggu! 15 minit lagi cepat dari apa yang diharapkan 🙂


Ni contoh waiting times di Disney… kalau dia tulis 5 minit tu, maknanya tak perlu tunggu lah tu. Terus masuk je!

Disney buat kami gembira menunggu giliran selama 30 minit! (pada hal lama tu… tapi masih gembira kerana kami expect 45 minit!)

Itulah kekuatan under promise & over deliver dalam sesuatu perniagaan… pelanggan pasti akan menyukai perniagaan anda 🙂

================
Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet dari rumah (juga boleh aplikasikan Under promise & over deliver ni), sertai workshop perniagaan Internet saya. klik di sini untuk maklumat lanjut.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

34 thoughts on “Kurangkan janji, lebihkan keputusan

  1. saya setuju tuu.. bagus cara nii kita apply dalam aktiviti harian

    contohnya.. bila bos suruh siapkan kerja, kita kata 30minit siap bos.. tapi sebenarnya 10 dah siap dah.. mesti bos happy kan

    Apa contoh lain lagi ekk??

    INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR

  2. Salam.

    Pada pendapat saya pula, melalui pengalaman membeli apa jua barang, jika kita diberikan lebih dari jumlah yang sepatutnya saya terima itu sudah membuatkan saya rasa “terikat” dengan kedai tersebut kerana rasa sungguh seronok dan lain kali nak lagi pergi beli barang kat situ.

    Contohnya, apa yang saya perhatikan, kebanyakkan kaum cina yang banyak mengamalkannya. Kalau beli buah di pasar malam dua longgok, diberinya kita 2,3 biji lagi buah free. Apa maknanya? Tentu dia nak suruh kita beli buah lagi di kedainya pada masa akan datangkan…

    Saya mencadangkan agar siapa yang buat bisnes jual kek, apa kata kita berikan kepada pelanggan yang selalu beli kek kat kedai tu… 2,3 biji kek cawan ker atau pun kalau kebetulan hari tersebut adalah hari lahir pelanggan kita tu, apalah salahnya…hadiahkan sebiji kek yang comel untuk dia… tentu dia rasa seronok, bila dia rasa seronok, tentu dia selalu nak datang beli kek kat kedai kita, bila dia rasa seronok juga tentu dia akan canangkan di seluruh dunia… tentang keistimewaan membeli kek di kedai kita… betul tak ?

  3. maknanya..to put it simply..kita kene letakkan satu ‘backup’ or ‘cushion’ plan untuk setiap servis yg kita beri…hehe..bahasa aku pun kantoi jugak..hehe

  4. Setuju, setuju. motto ini harus ada pada setiap bisnes sebab banyak yang saya lihat promosi dan janji yang gah diberikan tapi akhirnya frust sebab tak dapat apa yang diharapkan.

    Pengalaman banyak mengajar dan respon daripada pelanggan juga penting untuk mengetahui tahap sebenar keputusan bisnes kita.

    Tetapkan matlamat untuk berikan yang terbaik buat pelanggan dan pasti pulangannya akan lumayan nanti.

  5. Salam,hmm.. rasnya kat Malaysia ni benda ni susah nak dilaksanakan khususnya kepada pengangkutan awam(kadang2 tunggu bas sampai satu dua jam)walhal jadual basnya setengah jam jer

    Err,komen lari dari post tak? 🙂

  6. …berjanji pd diri sendiri dan melakukannya lebih baik, drpd memberi janji pd org lain, bimbang org lain kata ‘cakap tak serupa bikin/buat’.

  7. Memang betul topik yang dibincangkan ni, biasanya ada mereka yang berjanji tetapi apa yang mereka janji memang tidak dapat ditunaikan 🙂

    IK, saya rasa tarikh Workshop Jutawan Internet & Workshop mini Terhangat di Pasaran dan Pelanggan Tanpa Had yang IK taip tu silap sikit…bukan 09 tapi o8 kan?

  8. topic ni patut semua usahawan melayu ambil berat..no offense kepada usahawan melayu,tapi kita sering dikaitkan dengan ‘servis yg tidak seperti dijanjikan’…harus perbaiki imej tu..

    especially tentang ‘janji masa’..

  9. Insyaallah akan dipraktikkan dlm perniagaan S.O.H.O aku..

    Thanks bro IK.. Satu perkara yg perlu diperhatikan, bukan shaja soho malah big company..

    Iklan punya gah.. Tapi hasil.. 🙁 Apa da.. Adakah ini dikatakan ‘over promise, under delivery’

    Entah la.. Perhatikan…

  10. Saya selalu berurusan dengan para pelanggan, bilamana mereka bertanya berapa lama waktu untuk mereka menerima tempahan saya akan memberitahu paling cepat 3 hari. So, stok biasanya akan sampai kepada mereka kurang dari 2 hari. Nampak macam fast delivery kan. Tapi inilah yang cuba diterangkan oleh IK. Terima Kasih.

  11. ya,setuju dengan tips ini. saya pun sebagai pengguna mesti tak nak buang masa. biasanya mana-mana yang beri servis yang terbaik, saya pun akan jadi pelanggan tetap mereka 🙂

  12. IK memang selalu come out dengan tips yg bagus and kualiti(honestly)-pernah hadir ke satu sesi workshop beliau di sebuah IPTA,memang banyk boleh belajar…u guys should check it out!:)

  13. Ha’ah, macam irfan gak la… Janji ebook mentor jutawan sampai 24 selepas pembayaran. Ingatkan lama sgt laa… tak lama lepas setel bayar, dah masuk dalam email!

    Cara macam ni buat orang lebih percaya dgn perniagaan kita!

    😉

  14. sy stuju.
    mutu,kualiti atau hasil kerja perlu
    dititikberatkan.
    kalau hanya daya penarik yg cantek,
    ya,mmg ada pelanggan tapi hanya sekali
    dan tidak akan berkembang.
    strategi yg kukuh perlu sblum memulakan bisnes.
    en irfan!anda mmg bijak.

  15. hebat betul strategi yang digunakan..
    ape2 pun moga lebih ramai yang akan berjaya menggunakkan tips-tips saudara irfan…

  16. Salam semua..

    Jangan beri janji manis semata2 utk pikat pelanggan. Hasil/keputusan akhir yang akan menentukan pelanggan akan kembali kepada kita semula atau tidak. Kalau janji tidak ditepati, kita akan hilang kesetiaan pelanggan. Rugi tu..

    Jumpa anda di Seminar Perniagaan IMPIAN Umobile pd 20hb nanti..

    HAFIZ
    http://bisnes-impian.blogspot.com

  17. DALAM JUALAN EBOOK PULA BAGAIMANA CARANYA…ADAKAH PERLU KITA MEMBERI BONUS TAMBAHAN YANG LAIN SELAIN YANG DINYATAKAN DALAM SALESLETTER KITA…DAN BERAPA BANYAK BONUS TAMBAHAN YANG TIDAK DIJANJIKAN BOLEH KITA BERI KEPADA PEMBELI…

    ADA SAPA SUDI JAWAB, SILAKANLA….DIALU2KAN

  18. ramai drp kite mmg suka berjanji..sy memang kurang berminat dengan golongan yang seperti ini..contohnya meletakkan due date atau appointment pada tempoh tertentu tp sehingga kini satu tindakan pn belum diambil..cubalah hargai masa kerana ‘masa itu emas’

Leave a Reply

Your email address will not be published.