Salah satu pengiraan kos yang paling penting tetapi sering diendahkan adalah…
“Berapakah kos untuk mendapat satu pelanggan?”
Ketahui berapa kos anda perlu untuk mendapatkan seorang pelanggan, sebagai contoh, sekiranya kempen iklan anda berharga RM500 dan anda berjaya mendapat 25 pelanggan, maka, kos untuk mendapatkan satu pelanggan adalah RM20.
Terdapat pelbagai kegunaan pengetahuan ini. Sebagai contoh, bandingkan kos untuk mendapatkan satu pelanggan bagi kempen iklan surat khabar, banner, radio, internet, flyer dsb…
Kemudian lihat media iklan mana yang memberi kos satu pelanggan paling rendah. Jawapan ini merupakan media iklan anda yang paling efektif!
The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Assalamualaikum semua!
Kos yang dinyatakan diatas cuma dari satu segi je,(kos iklan). Apa hal dengan kos lain? Kalau kos iklan je kita dah lalaikan, tentunya return yang dapat akhir nya keciiiik sangat.
Tapi yang saya sendiri rasai, kosbertangguh bagi kita yang baru nak mula ni lagi besar.
Hmm bagus juga kalau kita detailkan lagi kos yang kita keluarkan.biasanya kita ambil kira kos secara keseluruhan.dengan detailkan lagi kos dapatlah kita membuat perbandingan kos(misalnya kos iklan yg irfan tunjukan).kalau bole buat la simple statistik.yang mana yang lebih murah tetapi pendapatan yang lebih besar yang itu la kita pilih.
Assalamualaikum,,
Saya berfikiran kos merupakan isu kedua dalam peniagaan.,yg mana isu permintaan adalah yg paling ulung.
Contohnya ,diandaikan gula semakin sukar dicari,dan kiranya harganya mencecah RM2.00 nescaya pengunaan gula negara akan masih sama seperti sebelumnya.Ini menggambarkan `power of demand’ sangat kuat hingga mempengaruhi faktor harga mahupun kos.Ini juga bermakna peniaga/penjual tidak akan takut pada kos (pengeluaran) selagi ada permintaan yg baik.PERSOALANnya….apakah jenis barangan yg mempunyai PERMINTAAN yg TINGGI??
Sama2 kita fikirkan
Bagus idea nie.. Akan sayer cuba praktikkan yerk .
Eh dah pukul 1.45 am. Mana tip satu minit dari arini?
Kalau saya nak jadi affiliate untuk business orang lain, web saya kena pilih yang berbayar juga ke?
Dari pengalaman effektif ke kalau pilih jadi affiliate je buat memula ni dari segi kos efektif.
Arini je saya dah menaip 7 page tapi tetiba
display kosong. Cuma sempat save 2 page je.
Komputer pulak tu not respondind. At last dah puas godeh tak boleh jugak terpaksa switch off. Nasib! nasib!
banyak betul idea tak terfikir sebelum ni utk saya membuat perbandingan kos. sebagai orang baru yg ingin memulakan perniagaan internet ni, agaknya berapa banyak RM saya perlu gunakan utk iklan?
good tip 🙂