Ianya dikatakan kitar hidup sesuatu produk adalah 2 tahun.
Ya, 2 tahun sahaja!
Sekiranya begitu, bagaimana pula dengan tip Perubahan musim dalam perniagaan yang mengatakan ia biasanya mengambil 3 tahun untuk mendapat keuntungan yang lumayan?
Di sini kita boleh mengambil pelajaran daripada Microsoft dan produk “Windows”. Oleh kerana kitar hidup sesuatu produk adalah 2 tahun (mereka mengetahuinya!), maka, sebab itu Windows keluar dalam beberapa versi… dari Windows 95, Windows 98, Windows 2000, Windows Me, Windows Xp dan kini Windows Vista!
Kitar hidup sesuatu produk adalah 2 tahun secara purata*. Oleh itu, fikirkan bagaimana anda boleh mengubahkan produk anda untuk “refresh” semula kitar hidupnya… untuk berterusan lagi 2 tahun!
*Secara kasar, produk IT/Teknologi seperti Windows, kitar hidup adalah lebih singkat berbanding dengan produk lain.
Selain dari contoh Windows di atas, boleh kah anda namakan contoh produk/jenama lain yang juga memperbaiki kitar hidupnya? (banyak!)
ps: Workshop Jutawan Internet terdekat adalah pada hari Ahad ini! Berminat? Lawati http://www.rahsiainternet.com/workshop
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
kitaran hidup produk hanya 2 tahun ke ??
tak tahu pula saya…kalau cam tu, kita kena selalu buat@keluarkan produk baru lah?
Wah,satu lagi input berguna nih.Tapi wujud kah produk yang tiada expired date nya?Ada sesape yang tau?
Bunyinya macam produk baru tapi sebenarnya dikitar semula daripada produk lama. Macam contoh , Windows 98 dikitarsemula daripada Windows 95, Windows 2000 dikitar daripada Windows 98 dan seterusnya.
Bayangkan kalau Windows 95 tidak dikitar semula, rasanya tak mungkin ada orang akan menggunakannya sekarang.
Tapi kalau nak cipta produk baru, agak sukar dan mungkin memerlukan kos yang tinggi. Oleh itu, kita guna idea kitar semula untuk mengubah produk terdahulu menjadi produk terkini.
Contoh produk lain yang selalu dikitarsemula adalah telefon bimbit.
produk makanan seperti KFC dan McDonald adakah dikira kitar semula ?
Contohnya dulu ada original recipe, lepas itu diubahsuai menjadi hot and spicy dan pernah KFC mengeluarkan perasa tomyam. Bukanlah makanan itu dikitar semula tetapi idea asalnya dikitar semula
Ehm. Bagi aku. Perlu untuk keluarkan produk baru atau re-brand semula produk kita tu.
Kalau dari segi service. Boleh promote balik dan hantar apa-apa informasi yang beguna pada customer lama dan baru kita.
Kitar balik apa yang kita dah buat..
Tak berapa faham lah boleh jelaskan lagi.
Bagi saya industri elektronik mempunyai kitar hidup yang paling singkat.
Contohnya komputer dan handphone yang memperbaiki kitar hidupnya hampir setiap bulan. 🙂
Salah satu cara untuk memperbaiki kitar hidup sesuatu produk adalah dengan menambah nilai kepada produk tersebut (Added Value) macam “Workshop Perniagaan Internet Irfan” 😀
Saya juga memperbaiki kitar hidup “BENGKEL PROMOSI DAN PEMASARAN P2..DotCom” setelah 2 tahun mengendalikannya. 😉
Hisham;
P2..DotCom Founder
Mengikut kajian jangka hayat produk semakin hari semakin pendek, dulu boleh bertahan sehingga 5 tahun.
Tetapi dengan perkembangan teknologi, dan juga persaingan global ( dulu bersaing locally je ), jangka hayat semakin pendek.
Mencabar betul bisnes produk berasaskan teknologi ni.
Kerana tu banyak produk teknologi dibangunkan berasaskan Rapid Application Development. Takut2 produk baru je siap, menjelang nak launching produk dah obselete. 🙂
thanks for the input.
contoh jangka hayat produk yang lama adalah, jangka hayat produk “makanan”. takde lah kena tukar resepi setiap dua tahun. 🙂
Hmm… ni kiranya ‘memberi nafas’ baru la, tak gitu? he 🙂
MM, jangkaan saya betul rupanya, kalau produk tersebut adalah ebook, nak watt versi ker? cam
ABC ver1.3 ,ABC ver1.5 ?
Dalam plan nih adalah rancangan nya.
Bagus topik nih..tertarik saya…
Produk berasaskan teknologi biasanya kitaran hidup adalah singkat. Cuba tengok telefon, komputer riba, tv, play station dsb.Kalau produk tu buku tentang komputer,dalam masa 2-3 tahun mungkin dah tak relevan lagi selepas tu 🙂
Kepada peniaga produk digital contohnya, perlu selalu peka dengan perkembangan semasa supaya tidak ketinggalan.
kitaran sesuatu produk dalam masa 2 tahun secara purata, mungkin kurang & mungkin lebih.
Maksudnya kita kena refresh / update produk itu dalam tempoh tersebut.
Macam ubat gigi Colate lah. Ada saja perasa yang baru keluar. Tambah pudina, lepas tu mint, dan latest sekali tambah kayu sugi. Pendekata, orang masih beli Colgate.
Kalau ebook atau buku macam mana pulak, ? Buku Rahsia Internet dah cecah 2 tahun … 🙂
Kalau ebook: sebaiknya buat versi tahun… seperti “Marketing X 2005” kemudian “Marketing X 2007”, kemudian mungkin “Marketing X REVISITED”
kalau buat versi, Marketing X 1.1, Marketing X 1.2, Marketing X 1.3, takut tak nampak sangat perubahannya untuk jadikan satu kitaran. 🙂
Rahsia Jutawan Internet dah lebih 2 tahun… tapi tak boleh tambah sebab semua rahsia dah di dedahkan 🙂 Actually, saya melihat diri saya “Irfan Khairi” sebagai product. Dan untuk refresh, mengeluarkan product & perkhidmatan baru. Nanti esok saya akan umumkan product terbaru Irfan Khairi Sdn Bhd 🙂 kena terus keluarkan product2 baru…
Kalau camni bila keluarkan produk, kena promosi habis-habisan…kalau tak bila usia produk dah makin lama, kena fikirkan pulak pembaharuan…sedangkan hasil tak banyak….
Just my 2 cents.
Askum Irfan.
Shasha dtg lagi!
Contoh produk yg mpbaharui kitar hidupnya:
Banyak! Betul kata
Antaranya yg dpt sy ingat & blm disebut lg di atas ialah kereta, motosikal, lori, bas, tren, tv, radio, basikal, aksesori wanita, alat mekap, kasut, mikrofon, um, dapur, oven, mesin basuh pakaian, dishwasher, kapalterbang, jet, roket, khemah, senapang, pistol, gari, pakaian seragam, fesyen pakaian lelaki dan wanita, ekzos,perabut, rumah, hotel, kipas, peti sejuk, air conditioner, microwave, catatan attendance pekerja, banking, bursa saham, vending machines & mcm2 lg la . Tak larat dah nak taip byknyaaa..:-)
Betul ke yg sy tulis tu Irfan?
Tq
pada pendapat saya,kitar hidup sesutu produk bergantung kepada persaingan, semakin banyak persaingan semakin pendek kitar hidup sesuatu produk(kena elak persaingan dalam target market yg sama),kalau kita tak kitar produk kita, orang akan memilih produk pesaing kita kalau produk pesaing kita kerap kitar berbanding produk kita(mungkin orang beranggapan benda baru lebih baik). macam maxis dan celcom, dalam setiap tahun berapa macam pakej baru dikitar oleh syarikat mereka.
Semua produk mempunyai jangka hayat masing2, cume ade yang singkat dan ade yang lebih panjang…sesuatu produk perlu dinaiktaraf, rebranding, repackaging, atau ditukar terus dengan produk yang totally lain…papepun, bukan setakat produk, kite juga perlukan perubahan kearah yang lebih baik dari hari kehari…takkan kite nak terus menjadi orang yang sama seperti kite 10 tahun yang dulu…kite perlu berubah kepada yang lebih baik…kalau dulu kite cume tahu pakai sport, ape kate skarang kite ubah dan pakai baju yang lebih smart dan casual plak…kalau dulu rambut panjang,cube ubah berambut pendek plak…before we can sell sumthing we must know how to sell ourself…
saye budak baru belajar,kalau salah sila tunjukkan…
Saya rasa buku mungkin agak lama kitaran hidupnya berbanding dgn produk teknologi dan elektronik.
Tapi bergantung juga pada topik yg dibincangkan dlm buku tu. Klu buku tu bab teknologi (seperti juga ebook yg menyentuh ttg SEO, internet marketing tools etc) sudah tentulah pendek juga kitaran hidupnya sebab teknologi internet dan komputer begitu cepat berubah. Contohnya kita dah tak refer buku tentang manual Wiondows 95 sbb sekarang majoriti dah guna XP, malah ada yg advance lagi, guna Wondows Vista.
Tapi kalau buku yg ditulis tentang kehidupan, motivasi dan seumpamanya insyaAllah akan relevan dan evergreen sampai bila-bila. Mcm buku saya yg bakal terbit bulan ni, pasal Natural Childbirth dan Pengalaman Bersalin, sudah pasti relevan sampai bila2 sbb tiap2 hari ada orang bersalin dan semakin lama makin ada kesedaran utk wanita utk back to basics! 🙂