Kerja susah vs kerja mudah

Mengapa hanya terdapat 2% sahaja mereka yang berpendapatan tertinggi sahaja  dalam industri masing-masing?

Jawapan: Kerana mereka yang top 2% ini sanggup melakukan perkara-perkara yang susah manakala selebihnya 98% hanya suka melakukan perkara-perkara yang mudah sahaja.

Sebagai contoh, usahawan-usahawan top 2% yang berjaya sanggup melakukan perkara-perkara yang dikira susah seperti melakukan promosi setiap hari, sering mencari contacts dan membuat network yang penting setiap minggu, dan melakukan perancangan dan strategi yang produktif perniagaan baru setiap bulan.

Manakala mereka yang bottom 98% pula hanya suka melakukan perkara-perkara mudah seperti tidak melakukan promosi, tidak menghadiri majlis-majlis network kerana tiada masa, dan hanya menjalankan strategi yang sama dalam perniagaan seperti 2-3 tahun yang lepas (tidak ubah).

Bagi mereka yang top 2%, kerja-kerja tersebut memang susah. Tetapi mereka lakukan juga.

Bagi mereka yang bottom 98%, mereka tak sanggup melakukannya.

Apa kata lepas ni, kita senaraikan perkara-perkara yang susah yang sebelum ini kita sering abaikan. Dan, kemudian… lakukannya juga! 🙂

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

36 thoughts on “Kerja susah vs kerja mudah

  1. Ya. Konsep ini juga yang terdapat di dalam Islam yang mana setiap kesusahan akan diselangi dengan kesenangan. Jarang siapa yang bersenang-senang temui kesenangan juga. Bahkan dia akan menerima kesenangan setimpal ‘kesenangan’ yang dilakukan sebelum itu.

  2. mulai hari ni saya nak jadi yang 2%. dgn usia yg baru 24 tahun, saya teringin sgt nak berjaya. selalu baca blog IK ni untuk suntik semangat. terima kasih..

    sekarang ni saya nak upgrade spa saya. mudah-mudahan cita-cita saya jadi seperti Pn Mona ( Leesa Formula) menjadi kenyataan..

  3. Sebenarnya memang tiada jalan mudah untuk berjaya.Memang ‘confirm; tiada jalan mudah. Kita perlu berusaha, berusaha,berusaha dan berusaha!!!

    Belajar dari kesilapan, tambahkan ilmu dan berusaha untuk maju serta tetapkan matlamat untuk menjadi yang 2%.

  4. Ini sejajar dengan pelbagai hukum
    seperti Pareto Rule 80/20, di mana
    kalo contohnya pizza, 4 orang berkongsi
    satu potong, orang ke-5 mkn 4 potong.

    Tgk saje mane2, dari sudut akademik,
    harta, populasi, pasti yg baik dan
    best akan dinikmati oleh golongan
    20% (2% lagi lah elite).

  5. Semuanya terletak kepada pilihan samada untuk berjaya atau tidak.

    Jika anda ingin berjaya,anda mesti mengetahui apakah caranya dan berusaha untuk berjaya

    Jika anda tidak mahu berjaya,anda tahu apa yang perlu dibuat.

    Sungguh aneh jika seseorang ingin berjaya tetapi berusaha untuk tidak berjaya.

    Semoga saya tidak tergolong dalam golongan itu.

  6. Saya sangat setuju dengan post ini.Orang yang berjaya akan melakukan apa yang orang tak berjaya tdak suka melakukannya.Ini menunjukkan tentang sikap seseorang itu sama ada ingin berjaya atau tidak.Sikap untuk berjaya boleh dipupuk dari semasa ke semasa.Semunya terletak ditangan kita sendiri.

  7. Ramai yang takut susah tapi masih bersenang-senang walaupun tahu tiada kejayaan tanpa usaha.

    Yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang.

  8. Betul la IK,

    Kita lebih selesa lakukan perkara yang biasa-biasa saja dalam erti kata lakukan dengan selamat saja.

    Nak buat yang lebih2 macam tak sanggup & takut rugi 😉

  9. saya tertarik jugak dgn 2% manusia yang sanggup bersusah payah tu…tapi mesti ada motivasi di sebalik itu..bak salah satu dari 7 habits of highly effective ppl,begin with the end in mind…mesti ada motifnya seseorang itu sanggup bersusah payah.. ..

    Dan apa komen IK tentang Don’t just work hard but work smart?

  10. Banyak 98% kalu nk dibandingkan dgn 2% tu. Jauh bezanya. Tapi insyaAllah ada hasilnya jika dimanfaatkan sepenuhnya tips tersebut.

    Saya akn praktik terus tips tersebut. Hari ni! insyaAllah.

  11. saya pun nak berubah menjadi insan 2% . Oooo rupanya tiap hari2 saya exchange card kat klcc tue dlm category kerja 2% .Tapi sekarang nak cari kat mana ada majlis networking.

  12. Betul untuk berjaya perlu jadi group 2%. Memang penat dan susah untuk menjadi group 2%, tapi hasilnya memuaskan hati. Dunia perniagaan dunia untuk orang yang rajin dan bijak berusaha serta perlu berterusan.

    Kadang-kadang saya terasa kepenatan perlu berada di group 2% terutama bila ada pelbagai masalah timbul. Satu tip saya untuk lawan kepenatan tu, saya mesti ke blog IK. Baca tip di sini mesti akan memberi kembali semangat kepada saya. Terima kasih Sifu!

  13. saya cakap terus-terang, memang saya nak jadi 2% tu sejak IK bagi pendedahan kat dalam wshop dulu. Booster nak jadi 2% ni anytime boleh hilang kalau tak sentiasa motivate diri. Nasib baik IK rajin tulis tips ada gak tempat nak memotivasikan diri..

  14. memang selalunya itulah yang membezakan kejayaan seseorang,,, kalau kita fikir kenapa kekadang kita telah pun meniu perniagaan orang yang berjaya tetapi kita masih belum berjaya,,jawabnya kita mempunyai usaha yang berbeza

  15. Orang kaya selalu buat apa yang orang biasa tak buat.

    Seperti kata Azizi Ali – “Life is too short to be ordinary”.

  16. tips yg menarik………..
    org2 yg 2% mempunyai pemikiran yg jauh ke hadapan berbanding yg 98%…….
    kena berusaha lebih gigih utk jd yg 2% walau ape pun rintangan yg dihadapi……….
    chaiyok2……..

  17. Jika Kerja Mudah VS Kerja Susah..

    Biasanya Kerja Mudah lah selalu menang 🙂

    Nak kasi Kerja Susah… Menang ni susahlah sikit..sebabnya ramai yang tak suka cuba dan langsung tak buat 🙂

    Salam kekayaan,

    THINKERICH

  18. Salam IK,

    Betul kata IK.Saya perlu berusaha keras dlm perniagaan pd usia muda begini supaya dapat kejayan 2% tu.Walaupun lambat tetapi dengan usaha yg gigih pasti sy akan berjaya.Dgn syarat tidak berputus asa.

    tQ IK… 😉

  19. Salam;
    Saya akan menyahut cabaran..

    “Boleh dikatakan semua orang tahu ramuan yang perlu untuk kejayaan.Hanya satu masalahnya, iaitu mereka tidak bersedia untuk membayar harganya”

  20. Semua terletak pada pemikiran kita. Kita yang fikir kerja susah atau senang.

    Walau macam mana senang pun kerja tu tapi bila kita pikir ia susah ia akan jadi susah.

    Tuhan jadikan manusia dgn akal so kena guna la

  21. MEMULAKAN SESUATU ADALAH YANG PALING SUSAH…TAPI KALAU KITA TAKUT UNTUK BERHADAPAN DENGAN RISIKO..MAKNANYA GAGAL LAH KITA SELAMA-LAMANYA…TQ IK…UR DA BEST…

  22. Kesimpulannya, good things never come easy…cakap fauzi memang betul because semuanya pada mindset kita je…Nak seribu daya, tak nak satu dalih!

  23. x salah pilih jalan yang mudah…tp kene ingat,smkin mencabar atau susah sesuatu pkrjaan tu…semakin banyak benda atau pengalaman yg kti akan dpt…kmgknan bsr hasil pn belipat ganda dengan usaha yg lebih!!

    doa wajib disertakan dgn usaha!!!

  24. setuju 200%…..tapi nak melakukan dan jadi dlm golongan 2% mmg bukan mudah semudah yg disebut. mcm mana utk motivasikan diri jadi dlm golongan 2%???

  25. tajuk yang menarik.Sekarang saya sedang berusaha untuk tergolong dalam 2% itu.Semoga apa yang saya impikan akan jadi kenyataan.Apa yang penting kita perlu bekerja dengan bijak.

Leave a Reply

Your email address will not be published.