Kebolehan berunding dalam perniagaan

Kebolehan berunding atau negotiation skill adalah satu lagi kebolehan yang perlu ada dalam menjalankan perniagaan. Dalam menjalankan perniagaan, anda tidak akan dapat lari dari berunding (negotiate) mungkin dengan pelanggan, pembekal, pengilang, rakan kongsi, pekerja, banker dan sebagainya…

Salah tanggap yang paling besar dalam negotiation skill adalah, seseorang yang hebat dalam negotiating adalah yang bijak berbicara dan dapat memaksimakan pulangan diri sendiri- dalam erti kata lain, menang dalam apa jua perundingan.

Sebenarnya, dalam berunding, tujuan anda bukanlah untuk memaksimakan pulangan anda. Tetapi, KUNCINYA adalah untuk mencipta keadaan win-win. Di mana, anda mendapat apa yang anda inginkan, serta, pihak sebelah lagi juga mendapat apa yang mereka inginkan.

Dari mata kasar, sememangnya anda dilihat sebagai “pemenang” sekiranya anda dapat meraih keuntungan bagi pihak anda yang maksima melalui sebarang perundingan. Sebenarnya, keadaan ini amat bahaya oleh kerana untuk kemajuan perniagaan anda, anda perlu mempunyai network yang kuat untuk jangka masa panjang. Sekiranya kemenangan hanya berpihak kepada anda dalam sebarang perundingan, ini akan membuat pihak satu lagi sukar berkerjasama dengan anda pada masa hadapan.

Dengan mencipta keadaan win-win dalam perundingan, pihak satu lagi akan turut bergembira dengan apa jua transaction dan membina satu jambatan kepercayaan dengan anda- satu pelaburan jangka masa panjang untuk perniagaan anda!

Pernah terfikir mengapa media massa & penyiaran sering menghubungi saya? Jawapannya adalah kebolehan berunding– di mana saya amat menghormati permintaan dan kepakaran mereka, dan mereka juga menghormati permintaan dan kepakaran saya. Win-win situation! 😉

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

13 thoughts on “Kebolehan berunding dalam perniagaan

  1. kuncinya adalah mencipta keadaan win-win. sekiranya keadaan berpihak kepada anda dalam sebarang rundingan, ia akan menbuat pihak satu lagi sukar bekerjasama dengan anda masa hadapan…….. sungguh menarik!

  2. kuncinya adalah mencipta keadaan win-win. sekiranya keadaan berpihak kepada anda dalam sebarang rundingan, ia akan menbuat pihak satu lagi sukar bekerjasama dengan anda masa hadapan…….. sungguh menarik!

  3. kuncinya adalah mencipta keadaan win-win.
    sekiranya kemenangan berpihak kepada pihak anda dalam sebarang rundingan, ini membuat pihak satu lagi sukar bekerjasama dengan anda masa hadapan…. sungguh menarik!

  4. .. keadaan yg paling best tatkala berunding secara live one-on-one @ one-on-many … kalo dapat commit 2-3 org person serentak .. huu tuhan aje yg tau betapa seronoknye..tanyer je pd sesiapa yg pernah practic skill nih 🙂

    berunding dlm email pun .. kene ada caranya.. tapi kene lebihkan ‘kemenangan’ pada pihak yang mahu dirunding.. at least dapat sesuatu dari tak dapat lansung 🙂

  5. Negotiation merupakan antara kemahiran yang terpenting….use the power of negotiation..Tingkatkan kemahiran untuk berunding…

  6. Pengalaman saya di sebuah kedai menjual lampu di Istanbul, Turkey penghujung tahun lepas ingin saya kongsikan bersama….

    Di Istanbul,..

    Seorang teman ingin membeli lampu dengan harga yang lebih murah tetapi tidak pandai tawar menawar….

    Saya tawar-menawar bagi pihaknya dan berbisik kepada teman supaya membeli sebiji lampu terlebih dahulu dan memberitahu tukang kedai bahawa kami akan datang kembali keesokkan harinya…. Dia membeli lampu tersebut dengan harga RM130. Saya tidak membeli apa-apa.

    Seperti yang dijanjikan, keesokkannya, kami diiringi dengan beberapa orang lagi kawan-kawan yang lain (tidak turut serta pada hari sebelumnya) datang ke kedai tersebut dan masing-masing membeli sebiji lampu. Saya masih lagi tidak membeli apa-apa.

    Pada hari pertama, hanya sebiji lampu dijual… pada hari kedua, 8 biji lampu dijual… kepada kami.

    Pada hari ketiga, saya ke kedai tersebut sekali lagi tetapi kali ini berseorangan dan telah dapat membeli lampu yang lebih besar berbanding sebelumnya sebanyak 3 biji dengan harga hanya RM130, harga yang sama teman saya bayar pada hari pertama membeli di kedai itu.

    Perjalanan pulang saya ke Malaysia penuh dengan senyuman. Hehheheh!!

    🙂

    Ini juga dikatakan ilmu. Ilmu negotiation skill…

    Hahhahah!!

  7. a small differences in offering process cause a big result…example..2 shops with the same item. T shop offer his client RM 50 but S shop offer the price with the less of 2%…im sure many customers will got to S shop…:)

Leave a Reply

Your email address will not be published.