Kalau tiada telefon atau mentol?

Cuba anda fikikan…

  • Sekiranya Alexander Graham Bell tidak menciptakan telefon, bagai manakah keadaan kita kini? Adakah kita berkomunikasi menggunakan asap?
  • Sekiranya Thomas Edison tidak menciptakan lampu mentol, adakah malam-malam kita akan menggunakan pelita untuk menerangi?
  • Sekiranya Wright Brothers tidak mencipta kapal terbang, adakah sehingga kini kita akan menggunakan kapal laut sahaja ke luar negara?

Sudah tentunya tidak!

Sejarah menunjukkan bahawa, apa sahaja idea dan ciptaan akan timbul pada waktu yang sama. Sekiranya Alexander G Bell tidak mencipta telefon, sudah tentu di satu tempat lain di dunia, seseorang akan mencipta telefon. Sekiranya Thomas E tidak mencipta lampu mentol, sudah tentu seseorang lain akan menciptakannya. Sekiranya Wright Brothers tidak mencipta kapal terbang, tahukah anda, pada waktu yang sama di France, sekumpulan orang sedang membina kapal terbang juga (dan mereka tidak tahu mengenai usaha Wright Brothers juga membina kapal terbang).

Apa yang saya ingin sampaikan hari ini adalah, sekiranya anda mempunyai satu idea yang baik. Mungkin satu ciptaan, atau idea perniagaan… atau model perniagaan… apa sahaja idea pada ketika ini…

Ketahui, somewhere out there, orang lain juga mempunyai idea yang sama pada masa yang sama.

Aplikasikan pemikiran ini apabila anda mendapat idea. Sekiranya tiada Tony Fernandez, adakah maksudnya tiada Air Asia? Saya rasa tidak… pasti ada orang lain yang akan menubuhkan syarikat penerbangan low cost. Sekiranya tiada Irfan Khairi, adakah perniagaan Internet tidak mendapat sambutan di media? Saya pasti tidak… pasti ada orang lain yang boleh membawa perniagaan Internet ke media dan mendapat perhatian satu Malaysia.

Ianya bergantung kepada anda untuk merialisasikan idea tersebut supaya anda yang mendapat tempat pertama sebagai peneraju dan anda yang mendapat pasaran yang lebih besar!

Kenapa tidak anda yang jadi pencetus pertama dan menjadi peneraju idea anda sendiri! ๐Ÿ˜‰

===================ย 

PENGUMUMAN: ย Program NizalTalk! oleh pengacara terkenal, Nizal Mohammad. Pelajari teknik komunikasi efektif! 80% kejayaan perniagaan adalah dalam komunikasi. Bagi anda yang terlibat dalam perniagaan atau ingin melibatkan diri dalam perniagaan, pastikan anda ketahui bagaimana hendak berkomunikasi dengan efektif. Program satu hari yang menghiburkan- pasti anda tidak kering gusi :)

Tajuk: NizalTalk!
Penyampai: Nizal Mohammad
Tempat: De”โ„ขPalma, Ampang.
Waktu: 9.00am – 6.00pm
Tarikh: Sabtu 15hb March 2008 (ESOK!)

 

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

16 thoughts on “Kalau tiada telefon atau mentol?

  1. saya setuju dengan tuan irfan, idea adalah tenaga, dan tenaga ada di mana-mana, tuhan menunjukkan kekuasaannya, allah maha besar.

  2. thanks bro irfan.. kadang2 sikap menangguh tue yg jadi idea tergendala.. maka kita akan membiar ia berlalu tanpa perlaksanaan.. maksud encik, kita semua punya idea betul? maka, idea kalau tidak diusahakan dan dikembangkan maka kita tidak akan kemana. ๐Ÿ™‚ (betul ker nie)

  3. Salam Irfan,
    Itulah sebab disuruh kita berimaginasi semua bermula disitu, ilmu ada tapi tak ada imaginasi tak jadi. Tentu sekali imaginasi yang penuh planning. Agak nya Wright Brothers itu dia tengok burung terbang sebab itu dia dpt ilham cipta kapal terbang. Begitulah kita sebenarnya idea2 banyak ada disekeliling kita. Nak mulakan ke tidak jadilah first to invent. Hebat nya minda ini, itu lah dia “thought invent” and “thought create”. Tentu sekali dgn bantuan minda separa sedar. Macam IK semoga akan ada banyak lagi saperti IK, apa macam baru nanti ada competition bertambah2 kembang dunia IT ini. Selamat berimaginasi semua. Salam Ceria.
    PS. Kalau lah Hilton,KL Sentral tu dekat memang pergi punya. Terlepas peluang lagi, tak pe belum rezeki kami lagi. Salam.

  4. Ohh… baru saya tersedar… betul apa yang dikatakan tu.. kalau bukan kita yang lakukan, orang lain akan tetap lakukannya juga… ๐Ÿ™‚

    Bezanya dari segi masa. Siapa cepat dan siapa lambat launch..

  5. salam..

    saya baru blk KL hilton. Seronok dapat jumpa IK dan Azman Ching. berebut2 org nak amik gambar. mcm artis pulak.. hehehe..

    GoMIBO!!!

  6. Taklimat MIBO memang happening macam malam tadi ๐Ÿ™‚

    anyway, seperti topik kali ini, kalau kita tak aplikasikan apa yang kita tahu secepat mungkin, mibo ke, tak mibo ke, semua tak jalan… orang lain yang akan mendapat keuntungan ๐Ÿ˜‰

  7. Salam ceria buat semua.

    Spt mana kehendak semua manusia mahukan sesuatu yang dpt membantu memudahkan kehidupan mereka, jadi KEMAHUAN dan KEINGINAN yang KUAT seseorang itu pun merupakan faktor penting juga dlm merealisasikan idea yg tercetus diminda kita.

    Sepatutnya kita perlu menjadi sebuah masyarakat PENCETUS idea kreatif sedari dahulu lagi bukan menjadi sekadar masyarakat PENGGUNA sahaja. Namun oleh keranan minda kita kurang berkembang atas faktor kepercayaan yg kurang tepat serta pendidikan yg terhad maka kita lewat menerima banyak info ilmu dari luar.

    Walau bagaimana pun sebenarnya pihak barat sudah lama mengkaji dan mentelaah (katam) al-quran yg penuh segala macam rahsia diluar jangkaan.. National Geografic yg terbesar telah ada didalam Kitab Al-Quran ini bagaimana terjadinya hujan misalnya. Apakah kegunaan angin disebalik mengumpulkan awan itu.

    Apa yang lebih dititik beratkan didalam al-quran ini adalah perihal MINDA ANDA, dengan banyak persoalan spt ..”mengapakah kamu tidak mahu fikirkan?”, “Apakah kamu tidak melihat bagaimana langit kami tinggikan, dan bumi kami hamparkan..?”

    Kesemuanya adalah menjuru kepada persoalan yg perlu umat manusia memikirkan nikmat-nikmat kekuasaan Allah kurniakan kpd kita sebagaimana cth firmanNYA:” Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? ..dlm surah ke 55 Ar-Rahman.

    Dengan ini, marilah kita sama-sama memanafaatkan Minda yg dianugerahkan oleh Allah utk kesejahteraan seluruh umat manusia khususnya.

    Wasalam.

  8. salam. saya sentiasa mengikuti tips perniagaan sdra. truly I find it aspiring. seperti tagline NIKE, iaitu Just Do It, memang memberi makna. pd kebanyakan masa, konsep NATO (no action talk only) selalu berlaku. tetapi yg utama adlah melaksana.salam,tk

  9. Salam… Pekabar Irfan? Semakin maju & sibuk nampaknya… Semoga terus sukses..

    Nak be the first, we have to be very determined. Kena tekadkan azam dan beranikan diri untuk mengorak langkah. Jangan takut dengan bayang2 kegagalan sebab mereka yg berjaya adalah org yg boleh bangkit kegagalan dan terus berusaha lagi… dan lagi. Kalau kita ada idea yang baik, kenapa tidak laksanankan sekarang… If we won’t… someone else will!

  10. Betullah tu .. Cam Johnchow.com .. Dia menjadi pencetus bagi blog keyword make money online….
    Nak buat apa ye?? Masih tercari idea…

Leave a Reply

Your email address will not be published.