Semalam saya berada di Radio24 93.9fm berkongsikan mengenai tip-tip menjalankan perniagaan dari rumah (tak semestinya perniagaan Internet sahaja). Sempat juga Abang Abu join on air secara telefon berkongsi bersama. Berikut adalah antara tip-tip yang dikongsikan bagi yang terlepas π
Kalau anda menjalankan perniagaan SoHo…
Jangan curi keuntungan perniagaan anda. maksudnya, untung dari perniagaan, elok-elok dikira sebagai “untung perniagaan” bukan masuk dalam poket anda dan membeli belah. Anda sebagai usahawan perlu ibaratkan mengambil “gaji tetap” dari perniagaan tersebut. Bukan untung extra, belanja extra…
Laburkan kembali keuntungan perniagaan untuk mengembangkan lagi perniagaan, promosi, menambah prospek, menambah kredibiliti dan sebagainya. Keuntungan perniagaan, adalah milik perniagaan… jangan dicuri!
Kalau anda menjalankan perniagaan SoHo…
Perlu mempunyai disiplin. Anggap perniagaan dari rumah seperti bekerja 9-5. Perlu mempunyai disiplin. Bila kerja dari rumah, memang katil dekat, TV dekat, DVD dekat, dapur dekat… semuanya dekat sampai mengujakan kita untuk relax. Nasihat saya… perlu mempunyai jadual seperti jadual di sekolah dulu. Waktu sekian-sekian… untuk melakukan sekian kerja… π
Kalau menjalankan perniagaan SoHo…
Perlu mempunyai fokus. Jangan lakukan banyak perkara serentak. Sememangnya kerja dari rumah memberi kita masa & fleksibiliti. Ini pun akan menguja kita untuk mencuba berbagai-bagai perkara… berbagai bagai bisnes serentak.
Fokus kepada perniagaan kita yang satu supaya dapat membina kredibiliti dan kepakaran dalam satu bidang itu. Mat Salleh kata, don’t be jack of allΒ trades and master of none. Fokus-fokus & fokus. Tumpukan usaha, tenaga dan juga modal kita pada satu perniagaan sehingga berjaya.
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Setuju sangat dengan tips perniagaan SOHO memang perlu ada fokus dan disiplin.Dari segi kewangan perniagaan plak kene asingkan fund tak bleh campur dengan duit peribadi.Baru kite boleh nampak duit kite berkembang kat situ.
betul..wan setuju..klu x de disiplin nanti x nampak ape pun hasil dr perniagaan 2 sbb dah guna tuk peribadi..
Sebagai peniaga sama ada SOHO atau tidak…tips ini perlu di praktikkan.
Thanks IK
sy mule2 bisnes x fokus…semua bisnes nk buat..tapi setelah fokus satu satu…hasil yg memberangsangkan….insyallah..
bile dah berkembang baru blh masuk bidang lain plk..insyallah…:)
REGARDS,
-Muzri a.k.a Muyie –
Kamrie Corporation
+6012-6656874
add me @
YM:- nameless_oilux
Skype : Muzri
Ya…memang kena displin kalau bisnes dari rumah ni…
katil dan bantal dekat sangat..hihi
Ya, betul tu IK,
Wang Gaji bukan hanya untuk mereka yang kerja makan gai dengan majikan tetapi orang yang bisnes pun perlu sediakan wang gaji untuk diri sendiri…bukannya pakai balun dan dibelanjakan kesemua keuntungan tersebut…
Salam kekayaan,
THINKERICH
Salam ceria sihat, kaya, bahagia,
Ya, sememangnya kita perlu fokus, kita-kita yg baru nak mula apa pun, jgn buang masa melihat banyak iklan-iklan walaupun begitu menarik utk dilihat. Ia hanya akan mengganggu ‘fokus’.
Bagus sekiranya anda ada “MENTOR”, ia blh membantu fokus kita.
Semoga Taufik dan HidayahNya sentiasa mengiringi kita semua. Amin
Betul tu
perancangan perniagaan pun
kena ambil kira
kalau x
abes cmtu aja
Salam!
Betul kata-kata dan tips di atas tu. TV, radio, internet dan katil berkeliling. Memang selalu terbabas saya dibuatnya. Mesti belajar lebih lagi untuk tingkatkan disiplin dan pembahagian masa….
Wassalam
Fokus. Satu perkara yang wajib ada pada siapa2 yang menjalankan bisnes SOHO. Tanpa fokus, apa pun tak jadi. Sekejap buat tu , sekejap buat ni. Akhirnys semua tak jadi. Haru betul
betul, fokus betul-betul,,,baru dapat lihat hasilnya.
Salam.
Saya juga ingin berkongsi pengalaman saya menjalankan SoHO, di http://afyan.com/ver1/?p=742
Terima kasih
Salam perkenalan dari Warung Pak Aji Leha…
Sebenarnya susah membuat SOHO ni, nampak je senang. Bergantung juga pada produk/perkhidmatan yang kita tawarkan dan bagaimana kita promosikannya. Kena plak banyak aktiviti menjurus di rumah/office. Tak semua berjaya tetapi ramai juga yang dah berjaya. Rasanya baik pikir dan plan betul2 sebelum membuat SOHO.
SEMOGA SAMA-SAMA BERJAYA.
Disiplin, Fokus …. dan jangan lupa .. buku kira-kira.. baru kita tahu untung ke rugi.
Salam..
Terima kasih atas nasihat bro ik.
Saya pun kini memberikan fokus sepenuhnya terhadap perniagaan networking.
Walaupun menerima beberapa kritikan yang hebat, namun ia bukan penghalang kejayaan.
PERCAYA pada apa yang anda lakukan.
π
komen sy x di approved…..waaaaa…..:((
Pada saya, fokus & disiplin adalah perkara yang mesti dididik dalam diri seseorang. Walau dalam apa jua bidang yg diceburi. Tak kiralah dalam akademik, sukan, ketika memandu dll.
Masa main bola pun, coach selalu pesan supaya fokus… fokus.. dan fokus. π
Interesting tips..
Saya baru saja wujudkan website di alam internet nie..dah IK adalah my virtual guru..
Tips yg masih diikuti hingga kini
1. bykkan ekperimen utk sesuatu idea
2. Fokus dah Sabar
3. All above
Terima kasih Mentor Jutawan. Saya akan praktikan apa yang dicadangkan.
Walaupon namenyer tip 1 minit tp info2 nie sgt berguna & akan dipraktikkan..tq IK
Memang benar tentang apa yang di utarakan oleh sdr irfan(tip soho).paling penting dalam perniagaan juga antaranya KESETIAAN,kepada segalanya umpamanya,setia pada perniagaan itu sendiri.Bidang yang kita ceburi.Sebagai contoh perniagaan INTERNIT.kita mesti fokus pada bidang ini walaupun ada bidang lain.Keutamaan pada yang main line.sekiranya kita berubah ubah dalam tempoh yang terdekat.Adalah sukar sedikit.Bukan tidak boleh kita bersikap demikian.Kita mesti membina satu krebiliti yang tersendiri jika hendak cepat meningkat dan pepular.Ilmu yang kita yang kita ceburi akan meningkat jika kita setia pada perniagaan kita sendiri.Jatuh pada perniagaan yang pertama bukan lah kegagalan selamanya.Jika yang telah berjaya tetapi pernah jatuh.Mereka ini akan terus akan berjaya.Tidak semisti permulaan perniagaan yang dengan kapasiti modal yang besar akan terus berjaya.Adalah amat sukar mengawal modal yang besar jika tampa ilmu dan pengalam.Bukan senang kita kita hendak mengawal selia kewangan.paling utama pengalam yang lalu.
betol3x