Jutawan murah… jutawan mahal

Yang mana lebih menguntungkan?

Menjual barang mahal kepada sedikit orang

atau…

Menjual barang murah kepada ramai orang?

Sejarah telah menunjukkan dari perniagaan-perniagaan yang lepas, sememangnya menjual barang mahal kepada sedikit orang lebih menguntungkan. TETAPI…

Kebarangkalian untuk seseorang usahawan menjadi JUTAWAN adalah lebih sekiranya menjual barang murah kepada ramai orang.

Sebagai contoh, tidak ramai penjual kereta Ferrari di Malaysia. Namun, boleh dikatakan kesemuanya adalah jutawan…

Tetapi, RAMAI usahawan gula-gula, kicap, serunding, ubat gigi, sabun mandi, air kordial, baja dan barang-barang harian lain yang telah menjadi jutawan.

Peluang (kebarangkalian) menjadi jutawan dengan menjual barang murah kepada ramai orang adalah lebih berbanding dengan menjual barang mahal kepada sedikit orang.

Sebelum memulakan perniagaan, fikirkan ini. Yang mana kah pendekatan anda? Menjual barang mahal atau menjual barang murah?

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

37 thoughts on “Jutawan murah… jutawan mahal

  1. Memamg benar kata Kedua duanya mempunyai keistmewaan tersendiri. Menjual barang murah mungkin akan mengambil masa untuk menjadi jutawan, tetapi menjual barangan mahal akan membuatkan perjalanan ke arah jutawan menjadi semakin pantas. Lagipun dunia moden sekarang sememangnya ramai yang berkemampuan untuk memdapatkan yang mahal…

    Apa yang penting adalah kualiti.

  2. Pada pendapat saya,kalau nak jual murah tu boleh asalkan jangan sampai untung terlampau sedikit terutama dalam kes “lawan harga” dengan pesaing kita.Kalau nak jual mahal sikit barang tu,kita boleh tambah free gift ke atau sesuatu yang tak boleh pesaing kita berikan.Dari situ la kita boleh jual mahal sikit.Tapi kalau produk kita jual sama dengan pesaing kita dan takde apa-apa kelebihan pun,pelanggan kita mesti pilih harga yang murah sebab pelanggan ada pilihan.

  3. kedua2 pendapat itu boleh di terima dan benar belaka, cuma kaedahnya yang berbeza.Ferrari memang sudah terkenal jenamanya, tak perlu bersusah payah menjual ‘nama’, pelanggan yang akan mencari walaupun bukan setiap bulan orang akan bertukar kereta. Berlainan pula dengan menjual barang2 runcit perlu mencari pasaran secara meluas dan memerlukan ramai pekerja kerana ianya keperluan harian. namun tujuannya tetap sama iaitu inginkan untung dan menjadi jutawan.waallahua’lam.

  4. Assalamualaikum.

    Jika boleh memilih keduanya, saya akan pilih dua-dua. Jika harus memilih salah satu, pastinya menjual barang mahal kepada sedikit orang menjadi pilihan saya.

    Wassalam.

  5. Menjadi jutawan adalah satu kepastian jika menjual barang dengan harga yg mahal kepada orang yg sedikit, tapi untuk kekal jutawan, saya rasa kenalah jual barang dengan harga yg lebih murah kepada lebih ramai orang!!!

  6. Pada pandangan saya, semuanya bergantung kepada sesuatu produk tersebut. Sekiranya produk tersebut memang bermutu tinggi dan sukar untuk diperolehi, memang amat berbaloi jika harga yang ditawarkan adalah tinggi.

    Seperti kereta ferari, pengeluarannya terhad & sebab itulah keretanya mahal atas sebab kos yang ditanggungnya.

    Tetapi jika terdapat produk lain yang menjadi pesaing (pesaing hebat) penentuan harga yang rendah boleh dipertimbangkan.

    Saya lebih suka menawarkan harga yang murah & sederhana di samping memberikan sesuatu yang istimewa & perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. 🙂

  7. assalamualaikum
    saya pilih menjual barang mahal… hehehe tapi tak la semahal ferarri….. jual kereta biasa pun boleh tahan tinggi komisyennya. saya pernah tengok iklan perumahan… komisyen jual rumah je lebih tinggi daripada gaji saya sekarang

  8. Assalammualaikum Irfan…
    Selamat pagi…

    “Tricky” juga topik hari ini. Saya sudah baca topik diatas yang dibincangkan oleh Irfan pada hari ini sebanyak 5 kali pagi tadi.:) hehehe… Bukan ape,untuk mendapat kefahaman yang lebih mendalam. Menjual barang mahal kepada sedikit orang lebih menguntungkan. Menjual barang murah kepada ramai orang boleh meluaskan ‘jaringan’ pembeli. Ya,memang betul.
    Topik yang Irfan bincangkan ini sebenarnya ada kaitan dengan “Marketing” iaitu pemasaran. Sebagai contoh,kita semua pernah pergi “shopping” @ membeli-belah dipasaraya. Anda semau pernah pergi ‘Mydin Wholesale Emporium’? Barang-barang disana jauh lebih murah dari pasaraya biasa. Kalau masuk saja dalam Mydin,tentu kita boleh lihat,ramai orang disana. Betulkan? Kenapa? Sebab harga barang-barangnya murah.Pembelinya pula siapa? Golongan yang berpendapatan sederhana & pertengahan. Ok, tentang barang mahal pula sedikit orang sahaja pembelinya. Sebagai contoh,kalau kita ke KLCC. Cuba kita tengok kedai pakaian seperti Dunhill(bukan kedai jual rokok ye). Tidak ramai yang masuk kedai tersebut kerana harga baju yang kedai tersebut jual boleh mencecah ribuan ringgit. Pembeli sudah tentu golongan elit & bergaji besar. Betulkan?Ermm tentang topik hari ini,Menjual barang mahal kepada sedikit orang

    atau!

    Menjual barang murah kepada ramai orang?

    Mana yang lebih untung?…

    Saya yakin,jual barang mahal,ada untungnya. Jual barang murah,ada juga untungnya. Tapi ‘selalunya'(tidak semestinya) barang yang mahal lebih berkualiti dari barang yang murah. Sama-sama fikirkan.

    Ok,jumpa lagi.
    caucincau…

  9. Buat masa ini.. saya menggunakan pendekatan menjual produk mahal.. tempahan pelamin dan perkahwinan..

    Mungkin selepas ini saya akan menggunakan pendekatan satu lagi untuk produk lain.. 😉

  10. Kalau “case study” RahsiaInternet.com, apa yang kami lakukan?

    Menjual barang mahal kepada sedikit orang

    atau!

    Menjual barang murah kepada ramai orang?

    Sama juga dengan apa yang dilakukan Toyota… MAS… hotel-hotel… dan banyak lagi!

  11. Rasanyer tengok jenih produk jugak. Kalo produk yang memerlukan support, penatlah kalo jual kat ramai orang elok jual mahal kepada yang sedikit. Tapi kalo tak perlukan support, jual murah kepada ramai mengembangkan brand dengan cepat. Sekadar pendapat.

  12. kalo tak banyak tapi semua jadi jutawan maknanya KEBARANGKALIAN dia 1.

    Tapi kalau ramai daripada ramai, maknanya tak semua jadi jutawan, KEBARANGKALIAN nya

  13. Menggunakan kedua-dua cara untuk menjadi jutawan adalah lebih baik jika kita mahu lebih cepat berjaya dan menjadi jutawan juga tidak hanya dari satu cabang.

    Tanya pada yang pakar.. betul ke sifu?

  14. Bisnes yang besar semuanya besar..untung besar, tapi modal pun besar, resiko besar, keupayaan yang besar, pengorbanan yang besar…

    Bisnes kecil2an.. mampu mencapai untung besar, dengan resiko kecil, modal kecil, pengorbanan kecil, kedai yang kecil.

    Sebenarnya ada bisnes yang produk orang punya, syarikat orang punya, modal orang punya, kilang orang punya, rugi orang punya..tetapi untung kita punya… bisnes apa tu??

    Jawabnya bisnes jaja kuih… orang letak kuih, kita tunggu…tak laku tak pe…laku, kita dapat komisyen.

    Dan bisnes MLM, contohnya dalam MLM SURECO.. barang yang tidak habis dijual boleh dipulangkan dengan syarat barang itu ok lagi dan tak luput tarikh digunakan… dan hujung bulan terima bonus… dengan syarikat ini sahaja, lebih 10 orang telah memperolehi RM 1 juta dalam tempoh tidak sampai 6 tahun dengan jutawan pertama mencapai RM 1.05 juta dalam tempoh 3 tahun(lihat Utusan Malaysia).

    Kesimpulannya… bisnes kecil2 mampu dapat untung besar2.. macam yang dibuat oleh “jutawan senyap”

  15. jual dgn harga murah dulu, pastu maintain opt list tu, bina keyakinan pelanggan lepas tu barulah naikkan sedikit harga, kalo first produk dijual pd harga rendah tapi kualiti tip top dan pelanggan puas hati, kebarangkalian produk back end dijual pd harga tinggi pun lebih besar…macam , first produk beliau adalah buku jutawan internet, dijual pd harga buku yg ‘orang lain tak berasa ralat utk beli’.. buku beliau juga setanding dgn buku azizi ali so org tak kisah, berbelanja kurang dari rm50 utk buku maklumat yg berguna…bila ini berlaku, beliau sudah ada ‘strong lead’ dan ada list of customer, mereka tak sabar2 lagi dah nak tunggu produk lain sebab seronok baca buku pertama, backend seterusnya ialah CD membina laman web, sudah tentu pelanggan asal nak tahu juga camner nak buat web secanggih irfan..depa tak akan persoal lagi harga bagaimana selepas itu kerana trust sudah dibina…pendekatan sama yg digunakan oleh jutawan azizi ali,chef Lie dan robert kiyosaki…

    lead pertama menentukan jatuh bangun sesuatu bisnes…

    just my 2 cent

  16. utk permulaan bisnes, saya suka yg murah walaupun untungnya sedikit, dgn harapan dpt menarik ramai pelanggan. bila pelanggan yakin dan bisnes semakin dikenali, barulah saya tawarkan harga yg mahal pulak.

  17. dr, saya nak tanye kalo kita x kenakan charge penghantaran barang utk sabah n sarawak kita akan rugi? tapi doktor buat free kan?

  18. Segala galanya bergantung kepada kemampuan masing masing dan ilmu perniagaan yang ada.Kata orang kalau kail panjang sejengkal jangan lautan hendak diduga.
    Saya berani kata kalau orang yang celik, modal 100 boleh bawa untung berkali2 ganda dan boleh jadi jutawan. Semuanya perlu ilmu dan melihat peluang…cumanya modal kecil, masa yang diambil untuk mencapai impian kan mengambil masa. Maka perlu bersabar dan istiqamah.
    Kalau modal banyak tapi tak ada ilmu perniagaan jangan cuba cuba nak melabur,nanti kena kencing aja. Berniaga buluh kasap hujung hilang pangkal lesap.

  19. Jutawan murah: mesti niche, ada kelainan p org lain, network perlu besar.

    Jutawan mahal: mesti ada modal besar, tak perlu network besar tapi perlu network dengan org besar2! 😉

    Mahal atau murah tu pun subjektif sebenarnya, bergantung kepada individu. Bagi sesetengah orang, satu kursus berharga RM2-3 ribu mungkin murah tapi bagi saya mahal! Bergantung juga kepada jenis kursus tu pulaklah kan 🙂

    p/s: saya amat berpuas hati dan terhutang budi dengan sifu Irfan Khairi yg telah membuka jalan saya ke arah bisnes internet! Terima kasih sifu! 🙂

  20. assalamualaikum…
    hai..ap-a khabar ari nie..
    hope sihat..
    saya teruja la ngan awk..verry genius man..
    bagi saya tengok pd produk..
    kalau boleh harga tinggi tapi standart..
    tak perlu jual harga murah..sebab kalau terlalu rendah mesti customer tertanya-tanya adakah ia reject..ape2 pun bergantung pd produk..

  21. Tips yang hebat ..pastikan produk yang dijual berkualiti (Murah atau Mahal)…improve negotiation skills,communication skills…PR…untuk menjalankan perniagaan…produk kita boleh kaji dan improve..improve diri lebih bernilai..Thanks

  22. betul tu… kalau boleh, buat dua dua. seperti MAS. Ticket mahal ada untuk dijual pada tidak ramai orang (first class), ticket biasa pun ada (economy class). Dua-dua market dapat pada jarak harga yang berlainan.

  23. Mudah saja pendekatannya..
    untuk yang barang murah tu kita himpunkan 3,4 atau lebih sikit dan kita jual dengan harga lebih sikit termasuk nilai tambahan(free gift)..contohnya beli 2 kotak rokok sekaligus dapat free 1 lighter..sebabnya kita ada stok yg lebih untuk dihabiskan & yg penting menghabiskannya secepat mungkin(time equal money!)
    untuk berniaga barang mahal pulak,jgn keluar modal sorang2..nak tunggu cukup duit dah terlepas peluang..so, cari partner untuk start up something good yg betul2 bikin untung..kongsi modal,idea & kerja..after all tak semua orang beli ferrari cash..cuba bayangkan..dari tak dapat merasa pakai langsung ferari,kongsi 10 orang bikin kelab beli sebiji..boleh tukar2 pakai dan cari duit bagi sewa or macam2 lagi

  24. Dari sudut keuntungan, hanya faktor masa yang menjadi penentu…

    Dari sudut kemampuan memulakan perniagaan, yang baru berjinak dengan dunia perniagaan.. baguslah dimulakan dengan perniagaan yang murah dan dapat dijual kepada ramai orang…

    Saya yakin bahawa pelajaran dalam perniagaan akan kita hadapi berperingkat, lagi besar perniagaan, lagi rancak ‘pencak silat’nya…

    Kalau tae kwan do, kena bermula dengan dengan ‘tali pinggang putih dulu’… 😉

    Salam ukhuwwah…

  25. hehehe, saya pilih jual barang murah kepada ramai orang untuk bermula dan kemudiannya pelbagaikan taktik termasuklah jual barang mahal kepada sedikit orang.

    Supaya dengan pengalaman menjual kepada ramai orang boleh saya gunakan ke atas barang mahal –> Barang MAHAL dijual pada RAMAI orang.. konfem jutawan..!! Ia sukar tapi tidak mustahil.. 🙂

  26. Kedua-duanya adalah baik. Tetapi saya pilih jual barang murah pada ramai orang melalui internet kerana pasarannya dan permintaannya tinggi.

    Dapat meluaskan jumlah pembeli yang terdiri dpd banyak golongan rendah , menengah dan atasan.All walks of life.

    Sebagai promosi perniagaan sendiri.

    Perniagaan berjalan walaupun sedang tidur.

    Jika direkodkan dengan baik kita dapat pengalaman dan mempelajari statistik pattern pelanggan2 yang membeli barangan kita.

  27. Saya setuju dengan pendapat yang kedua tu sebab saya memang nak jadi macam tu. Contoh macam MYDIN, barang2 murah, ramai orang datang beli & akan selalu datg beli sebab murah. Orang pun mungkin tak akan rasa apa2 – tak lah rasa ralat!

  28. ye..
    memamg betul apa yang di perkatakan oleh sifu tu…. sebab kalau barang murah sesiapa pun beli… kalau mahal orang tertentu sahaja yang beli…
    tapi tak mestinya yang murah tu tak berkualiti… ada juga yang berkualiti

  29. akum…
    sebenarnya…barang yg murah lebih menarik org untuk membeli berbanding barang yg mahal….brg yg mahal hanya mampu dbeli oleh org yg berada saja…tapi barang murah ramai yg mampu beli….biar ramai yg datang berbanding sedikit orang….
    hanya sekadar berkongsi

Leave a Reply

Your email address will not be published.