Kalau disebut “JUTAWAN”, sering kita akan bayangkan seseorang memakai kot, bertali leher, hisap curut, jam rolex, rumah bungalow, duduk belakang sambil driver bawak mercedes, naik kapal terbang business class dan sebagainya…
Menurut Dr Thomas Stanley, penulis buku “Millionaires Next Door”, zaman sekarang, di kala keadaan ramai “Jutawan modern”, perkara ini semakin kurang berlaku. Ramai jutawan yang hidup di kawasan perumahan kelas pertengahan, menjalankan hidup seperti ramai antara kita, membeli belah di kedai-kedai diskaun, dan berpakaian sederhana sahaja.
Untuk jutawan-jutawan modern ini, apa yang menjadi motivasi, bukan lagi memiliki banyak barangan / material (seperti jutawan dulu-dulu)
Tetapi, untuk jutawan modern, ianya adalah mempunyai PILIHAN melakukan apa yang diinginkan.
“For the rich, it”™s not about getting more stuff. It”™s about having the freedom to make almost any decision you want,”
-T. Harv Eker, penulis “Secret of Millionaires Mind
Bila kita jadi jutawan kelak… apa kata kita jadi jutawan “modern” yang lebih menjurus kepada konsep “kesederhanaan” dalam Islam 🙂
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Memang betul apa yang dikatakan oleh Dr Thomas Stanley, ramai jutawan sekarang hidup sederhana sahaja.
Lagipun RM1juta sekarang tak macam RM1juta pada zaman 70an dan 80an.
Zaman skrg kalau tak pandai urus duit RM1 juta tu boleh dlm masa satu hari je. Beli rumah banglo sebiji dkt damansara, lepas tu beli BMW 5 series sebiji. Dah Habis.
Better kita jadi jutawan yg hidup sederhana.
rumah banglow kat damansara, paling murah RM1.5 juta… kalau setakat ada 1 juta, dah habis kat situ je. bmw pun dapat bau asap je 😉
-IK
betul tu..dan contoh jutawan moden ialah irfan…
irfan bila nak buat ceramah motivasi kat penang??
Jutawan bukan hanya dinilai pada aset RM1 juta yang dimiliki tetapi pada keupayaan untuk menguruskan aset RM1 juta tersebut …
Dan yang paling penting mereka mampu mempertahankan jumlah tersebut dan dari masa ke semasa terus meningkatkan pegangan aset mereka dalam jumlah jutaan RM..
Salam kekayaan,
THINKERICH
maybe jutawan sekarang bersederhana di sebabkan harga barang naik..
cuba bayangkan semua di dunia ini jd jutawan.. macam mana ye???
Bersetuju dengan jutawan yang menampakan kesederhanaan bukan yang material.Low profile…yang penting target for financial free.
Irfan Khairi very coool milionaire…
Marilah kita mengikuti jejak jutawan-jutawan dizaman Nabi Muhammad S.A.W seperti Saidatina Khadijah, Abd Rahman Bin auf, Saidina Abu Bakar As-Siddiq dll.
Mereka semua ini adalah jutawan dizaman Arab yang sangat termahsyur disamping sifat rendah diri dan berkorban demi agama Islam.
x sabar nak jadi jutawan!
Memang menarik saya ada menghadiri seminar T Harv Eker di Mines hujung bulan lepas lebih 5000 oarang menyertai. Perspektif saya tentang wang juga berubah begitu juga dengan pendapat saya tentang orang kaya dan ada duit sekarang ni.
Yang penting kata Mr T Harv. Eker dont limit your self.
Assalamualaikum…
tau pe tak…
setuju sangat2…
skang punye rm1jota mane nak same dgn dulu punye rm1jota..
rm1jota skang macam rm1ribu je…tak dan nak bli itu ini dah bersih…tak perasan pun bila wet tu bersih…hehehehe
n to ik…teruskan ke’slumber’an sebagai juwatan tu…kalau pakai relax2, org pun tak saspek kite sebagai juwatan..nak rompak pun kesian jer…hehehehehe..
**honestly, kalau saya tak kenal siapa dia ik, kompem kalau selisih bahu tak bajet pun ik ni juwatan…really cool…tahniah!!!!(hope 1 day i’ll b like u..)
Betul tu. Kata orang financial freedom. Bebas daripada masalah kewangan. Itulah sebenarnya yang dicari oleh jutawan sekarang. Wang yang ada diharap dapat menampung mereka melakukan apa sahaja yang dikehendaki andai kata suatu hari nanti mereka tidak lagi mahu bekerja. 🙂
Salam!
Setuju sangat dgn konsep ‘jutawan moden dan bersederhana’ menurut ajaran Islam. Syabas IK!
Wang dan material yang ada ni hanyalah alat memudah kehidupan. Tak terbawa kita ke ‘alam kekal’ nun di sana.
Selalu terdengar ungkapan bahawa ‘hak kita sebenarnya adalah apa yang kita belanjakan dan bukan disimpan’. Benar juga, kerana yang bersimpan itu mungkin berkesudahan untuk orang lain (ahli keluarga dan etc…). Ini tak bermakna kita kena berborosan. Cuma mengingatkan supaya memanfaatkan harta benda pada jalan yang baik dan mudah-mudahan berpahala.
Wassalam.
Tak salah nak jadi jutawan, tapi cara nak jadi kena betul. Bila dah jadi jutawan, kena ingat yang rezeki tu Allah yang bagi, so harta/duit yang ada tu ada hak orang lain. InsyAllah, kalau boleh ingat macam tu, akan terbentuklah peribadi yang bertaqwa. Salah seorang sahabat Nabi (minta maaf, tak ingat nama) pernah berkata, maksud taqwa ialah taat bukan maksiat, ingat Allah tak lupa dan bersyukur jangan kufur. Masalahnya sekarang ramai jutawan yang terlupa, tu yang jadi masalahnya.
Apapun, wang bukan segala-galanya & segala-galanya adalah wang…
kalau saya jadi jutawan, saya lebih suka jadi jutawan senyap.Orang pun tak tau, kita berjalan pun takde orang nak tengok.Kita pergi beli barang di tempat murah pun takde orang nak mengata…hehe
Salam alaikum Tuan IK
Dulu-dulu, orang kaya tidak takut adanya pencuri. Orang kaya sekarang jika buat seperti dahulu nanti mengundang pencuri!
Hahahah sekadar sembang kosong.
jadi jutawan senyap2 je dah la… biar org nampak kita macam org biasa je… tapi poket kita tebal ;)kita ada kebebasan kewangan!
bila pula masanya kita nak jadi jutawan…
cara jutawan sekarang ni memang bagus juga tu…tak lah dikata menunjuk-nunjuk.
Tapi saya begitu tertarik dengan jutawan Irfan Khairi ni. Pada 25/05/2008 lepas saya telah menghadiri workshop perniagaan internet Irfan ni di JW Mariot KL, saya begitu tertarik dengan ketrampilan anda. Anda adalah idola saya untuk menuju ke arah jutawan. Sungguhpun dah jadi jutawan anda tidak lokek mencurahkan rahsia kejayaan anda. Tabik Irfan K.
Jom jadi jutawan â€modern†yang lebih menjurus kepada konsep â€kesederhanaan†dalam Islam 🙂
Amat-amat menarik. Arigatou.
dulu nilai rm1 juta tu besamaan rm1000juta kini, sekarang nilai rm 1 juta bersamaam RM 1000ringgit zaman dulu. Tu pasal jutawan dulu duduk rumah banglo 5 tingkat. jutawan sekarang duduk rumah teres je. Kita sebenarnya semakin miskin. Bukan makin kaya.
tiba2 saja saya rasa gagah nak berbisness. Beli dh buku nota jutawan ik, congratulations..a very nice presentation…ik, jemputlah dtg ke kota bharu…kami teringin nak pi worksyop ik. Kelate ni gudang barang2 buleh buat bisness, dah 5 tahun dok sini baru terbuka hati nak involve dengan bisnes2 ni…OK ik thanx a lot berkongsi ilmu dan maklumat
Jutawan yg low profile, bagus tu.
salam semua IK fan 🙂 ,
Betul la IK,
jadi jutawan,bukan lesen untuk membelanjakan duit sesuka hati, walaupun duit sendir, tapi masa depan kena ingat jugak, kan?
Bukit emas pun, kalau di korek tiap-tiap hari, habis jugak..
so, sennag cerita, jadi je ahli MIBO,Dengan modal RM2500 pun, dah boleh jana duit, silap2 jutawan macam IK.. 🙂
Kalau nak 1000 daya, mahu 1000 cara. Nk share caranya? email name, add n phone number..
hanis_kamis@mibo.com.my.
northern guyz, hurry up 7 million market to be conquered. tak menang tangan nih..
Untuk area KL,pasaran pun boleh tahan..email me untuk siapa2 berminat..
Salam!
Jika boleh semua orang nak jadi jutawan. Perasan juga word jutawan ni dah jadi terlalu biasa. Tapi tak kisahlah, jika ia boleh membuatkan kita lebih kuat berusaha.
Hakikatnya memang nilai wang kita semakin mengecil. Petrol baru saja dinaikkan sebanyak RM0.78sen seliter kepada RM2.70seliter (harap tak salah fakta). Waduh-waduh parah mas!. Lepas beras, petrol. Lepas ni kena calculate betul-betul semua perbelanjaan. Yang pastinya kenaikan petrol ni pasti mengundang kenaikan harga barangan lain.
Nampaknya kenalah lebih berhati-hati dalam berbelanja. Beli apa yang patut dan tidak lupa menabung.
Wassalam.
moga2 bilionair melayu akan wujud melalui perniagaan internet kerana jutawan bukan bumiputra terlalu ramai …..anda sokong pendapat saya
Hrp2 saya akan tergolong jua dalam jutawan moden hasil dorongan dan motivasi IK..
Agak sempoi bila dapat bersua muka dengan jutawan internet di Grand Blue Wave JB 3/6/08-anda memang jutawan moden!
Banyak tips berguna.
jutawan sederhana adalah lagi baik…biar xnampak kaya, tapi kaya sebenarnya
istilah “jutawan” tak boleh pakai lagi sekarang. Kena pakai istilah “billionaire”, barulah kira betul-betul kaya. Setakat jutawan taklah kaya mana pun. Jangan marah yer irfan.
LOL! mcm mana agaknya bau asap BMW…or..honda mayat? hehe
setuju dgn skeptic2008, kalu saya ada 1juta ruppiah adakah saya dikira jutawan?
…konsep “kesederhanaan” dalam Islam juga berbeza2 antara individu,kalau tanya dengan ulama2 atau ustaz2 juga akan memberikan jawapan yang ‘sedikit’ berbeza,mengikut kefahaman masing2..
Menjadi jutawan dengan hasil usaha sendiri seperti saudara Irfan semestinya lebih baik daripada bergelar jutawan hanya kerana ‘warisan’kekayaan harta keluarga umpamanya..
sangat setuju, buat apa nak menunjuk2 kalau ada duit banyak… teruskan hidup mcm biasa… yang penting financial freedom tu…