Selalu juga yang bertanya kepada saya, perniagaan apa yang perlu dilakukan ketika ekonomi merundum? Di waktu kegawatan sekarang ini, banyak syarikat-syarikat telah terpaksa memberhentikan pekerja-pekerja mereka untuk mengelakkan daripada jatuh bankrap. Golongan penganggur pula memang sudah ramai yang sedia ada.
Keadaan ekonomi yang merosot bagaikan memaksa ramai memikirkan untuk memulakan perniagaan. Tetapi, perniagaan apa? Boleh ke berjaya di dalam perniagaan di waktu gawat sebegini? Apatah lagi untuk menjadi jutawan ketika gawat?
Berikut adalah beberapa idea dan juga keadaan untuk kita sama-sama fikirkan…
Sasarkan perniagaan anda kepada “baby boomers”
Baby boomers merujuk kepada golongan yang lahir dalam lingkungan 1945-1965. Ramai golongan ini dikatakan golongan yang “stable” dan tidak terjejas sangat dengan keadaan ekonomi (bukan seperti kita-kita yang muda-mudi ini). Mereka mempunyai kuasa pembelian yang kuat oleh kerana mempunyai pendapatan untuk dibelanjakan dengan banyak.
Jika diikutkan, golongan baby boomers ini sedang dalam proses pencen, atau baru pencen. Oleh itu, kuasa belian adalah agak tinggi. Ingin memulakan perniagaan ketika gawat? Sasarkan pada golongan ini!
Jual produk atau perkhidmatan yang “mampu dibeli” bukan mewah
Ketika ekonomi gawat, ramai akan mengurangkan perbelanjaan untuk bermewah. Ramai akan cuba mengurangkan kos sara hidup dengan mengurangkan perbelanjaan untuk bermewah. Oleh yang demikian, ketika keadaan ekonomi gawat, produk dan perkhidmatan di dalam kategori “mewah” perlu dielakkan.
Keadaan ekonomi gawat mengingatkan orang ramai untuk lebih berhati-hati dalam perbelanjaan. Mereka akan cuba untuk tidak berbelanja sesuka hati mengikut nafsu. Oleh yang demikian, gunakan pengetahuan ini untuk mendapatkan lebih ramai pelanggan.
Niagakan produk dan perkhidmatan yang dalam kemampuan ramai orang dan bukan produk atau perkhidmatan yang mewah.
[Bersambung di “Jutawan Gawat! (Bahagian 2)”]
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021