“Jutawan” bersama pakar motivasi; Dato Dr Fadzilah Kamsah!

Hari ini saya menjalankan rakaman JUTAWAN! bersama pakar motivasi yang tidak perlu saya perkenalkan lagi, Dato Dr Fadzilah Kamsah. Pertama kali bersua dan beramah mesra dengan Dato’, sambil minum kopi, memang seronok. Sejak belajar lagi saya berangan akan bertemu DFK di arena yang sama, kini sudah bertemu.

dfk3.jpg

Walaupun kami di bawah label yang sama, Telaga Biru, tapi, inilah kali pertama saya berjumpa DFK- kedua-dua sibuk! Oh ya, buku terbaru DFK, “Petua Menangani Stress” dilancarkan serentak dengan “Nota Jutawan, Nota Motivasi”. Kalau pergi ke kedai, jangan lupa dapatkan kedua buah buku ini!

DFK bila bersemuka, memang gayanya sama seperti di TV. Memang beliau amat peramah dan buat saya rasa senang berbual. 3 jam bersamanya (1 jam rakaman Jutawan… lagi 2 jam, berbual-bual!), terasa sekejap sahaja. Dan dalam waktu yang suntuk itu, banyak saya pelajari bagaimana beliau dapat menjadi motivator utama Malaysia! Insyaallah saya akan aplikasikan 😉

Pengumuman hari ini:

Program bicarawara JUTAWAN bersama Irfan Khairi kini di slot baru (ya… tukar lagi!) ke setiap hari Rabu jam 7.15malam.

Mengapa ditukar lagi? Alhamdulillah, Jutawan adalah antara top rated shows di Radio24 dan diberitahu hari Rabu adalah hari paling ramai pendengar radio!

Rancangan bersama DFK akan disiarkan pada Rabu hadapan 7.15pm di radio24 93.9FM.

Tip hari ini, pesanan DFK kepada semua:

Terlalu banyak peluang perniagaan sebagai PIONEER (pertama sekali dalam pasaran- rujuk buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar) di Malaysia.

DFK memberi contoh dirinya sendiri, saya dan juga Chef Li. mencapai kejayaan dengan menjadi pioneer- tetapi, masih BANYAK lagi ruang pioneer di Malaysia!

Bagaimana hendak melihat peluang menjadi pioneer dalam perniagaan anda? jangan lepas “Jutawan bersama Irfan Khairi” minggu hadapan!

Special thanks to my good friend, soundman/pilot Muzamil for helping- ini kali pertama Jutawan dirakam di luar studio!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

36 thoughts on ““Jutawan” bersama pakar motivasi; Dato Dr Fadzilah Kamsah!

  1. Ehm, kalau selalu sangat cakap tak boleh. Memang sampai kiamatlah tak boleh.

    Insya-Allah. Jika yakin pada diri sendiri. Boleh tu datang sendiri. Janji jangan cepat putus asa.

  2. jika kau fikirkan kau boleh..
    kau hampir boleh melakukan….

    jika kau fikirkan kekalahan.. kau hampiri kegagalan..

    engkaulah apa yg kau fikirkan… 🙂

  3. Terima kasih Irfan kerana sudi berkongsi pesanan DFK yang berharga tu. Pesanan tu merupakan formula dan rahsia jutawan. Syarikat yang pertama mengeluarkan sesuatu produk itu telah terbukti melahirkan ramai jutawan. Contohnya adalah seperti syarikat-syarikat dibawah yang memperkenalkan produk pertama dalam pasaran.

    Forever Living= Aloe Vera

    Luxor=Jeli Gamat

    Elken=R.O Water

    CNI=Kopi Ginseng

    Smart Naco= susu Igg

    Xango= supplement manggis

    Peluang untuk menjadi yang pertama atau ‘initiator’ terbuka luas.Namun malangnya ramai yang suka meniru produk orang lain. Sebab itulah bilangan jutawan itu sedikit.

  4. Memang banyak peluang-peluang perniagaan. Bezanya antara mahu memilihnya atau menanti peluang lain yang akhirnya GAGAL unutk mendapatkan apa-apa..

  5. Perniagaan internet adalah satu cabang yang besar juga. Yang silapnya, ramai yang mahu menjadi terlalu “general”. Padahal yang lebih menguntungkan ialah, “be spesific”. Jadilah pakar dalam satu sub yang ‘kecil’. InsyaAllah, kita mudah dikenali.

  6. Saudara Irfan,

    Kenapa Jejak Jutawan bersama Dato’ MFK kali ini tidak diadakan secara ‘LIVE’? Tak dapatlah nak call dan bertanyakan soalan dengan beliau…

  7. saya juga amat mengkagumi kejayaan DFK. byk nasihat berguna dari nyer.. saya meminatinyer dari zaman sekolah2 lagik.. beruntung saudara dapat bersua muka dengan DFK…

  8. Yes! DFK memang best.

    Sejak bulan ini, Jutawan sudah bukan lagi live, oleh kerana jutawan2 sukar untuk datang pada waktu yang ditetapkan (termasuk saya!). sebab itu, kami perlu lakukan recording.

    sebarang pertanyaan, pendapat ataupun pujian mengenai program “Jutawan”, apa kata email directly kepada info@radio24.com.my

  9. betuk yg titan cakap tu.. kalau kita fikir GAGAL, memang gagal yg kita dapat. tidak payah menghukum org lain GAGAL…,lain org lain taktiknya,tidak semua org sama taktiknya, hanya orang “cukup-cukup makan” atau setarah pendapatan org makan gaji biasa jer sama taktiknya.
    (jangan takut cuba memperbagaikan perniagaan)
    (shed mokhtar albukhairy merantau seluruh ceruk malaysia mencari peluang perniagaan yg berbagai-bagai)

  10. Tukar lagi waktu siaran. Bagus juga Irfan bagi tahu awal. Sokong cadangan ‘fusz’.

    Menjadi pioneer dalam sesuatu perniagaan kemungkinan terdapat sedikit risiko kerana tiada kayu pengukur baginya. Perlu percaya pada diri, anda bolih!, kena cekal, tabah dan berdisiplin kuat.Menjadi pioneer dan berjaya, imbohannya pasti memberangsangkan.

    Sama samalah kita mendengar recording wawancara antara Irfan dan DFK. Semuga kita dapat memnafaatkan ilmu yang terkandung. Selamat mendengar dan mempraktikkan ilmu berguna.

  11. Saya pernah hadiri program motivasi oleh DFK anjuran company tempat saya keje.

    Pengisian memang power, tapi yang tak kurang pentingnya, tak kering gusi dari awal higga akhir.

  12. Seronok bila jumpa pakar motivasi ni 🙂 saya penah jumpa DFK memang best!…
    Kebanyakan JUTAWAN kat dunia ni adalah PIONEER bagi produk yang mereka hasilkan,selain daripada monopoli!
    Contohnya macam microsoft, IKEA, YAHOO!, @ GOOGLE dan byk lagi la…

  13. Salam,

    Sesungguhnya saya amat teruja ngan Dato’ Fadzilah ni,

    Untuk Irfan Khairi -…… BILA LAGI NAK BUAT TALIAN AFFILIATE UTK PROGRAM ANDA,
    BOLEH GAK BUAT , HE HE HE

  14. haloo..saye seorang pelajar, dan berminat untuk mempelajari biznes tp sye tak thu bgimana nk mula…adakah saya bole berjaya jika bwat sesuatu biz? saye dh cbe bnyk biz..tp tak menjadi.

  15. Dato Dr Fadzilah adalah idola saya.saya kagumi cara beliau berintraksi.kerjaya seperti Dr adalah impian hidup saya…

  16. assalamualaikum……..
    saya pelajar matrikulasi..
    saya mempunyai masalah dalam pembelajaran..

    1)setelah beberapa lama mentelaah buku untuk study..apabila saya berhenti..saya tidak tahu apa yang saya baca and study…dan merasakan masa saya terbuang…
    kenapa perkara ini berlaku dan cara mengatasinya….

    2)apabila saya membaca sesuatu pelajaran pada awal masa sebelum peperiksaan saya mudah lupa apa yang saya baca..
    sama juga beberapa hari sebelum peperiksaan..jika saya membaca di awal waktu saya akan lupa…lebih menyedihkan bila saya terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk mengingati satu pelajaran..tapi cepat lupa apa y dipelajari..saya sangat tertekan……….

    bila saya baca 1hari sebelum exam pasti saya tak mampu nak cover semua topic…

    saya harap tuan faham masalah saya dan memberikan jalan penyelesaian kepada saya secepat mungkin…

    terima kasih…

  17. Bestnya dapat jumpa DFK.. Motivator kegemaran keluarga saya juga.. Cuma pernah berpeluang mengikuti seminar beliau sekali sahaja, memang best!
    Paling kelakar, sewaktu anak lelaki saya berusia 5 tahun dan ditanya “Bila besar nanti nak jadi apa?”
    Dia jawab dengan selamba dan penuh bersemangat “Nak jadi macam Doktor Fadhilah Kamsah!”
    “Kenapa nak jadi macam dia?”
    “Sebab dia asyik cakappppppp jek!”
    Hehehehehhe…

  18. salam…

    saya betul2 berminat nak bisnes menggunakan internet..tapi saya tak berapa faham coz terlalu banyak cara yg ada di intrnet skarang ni…boleh bimbing saya & tunjukkan cara yg terbaik & tidak mudah terpedaya coz skarang ni banyak sangat bisnes yang tak betul kat internet ni…thanks

  19. AKUM..SAYA NAK TANYA KAT IR, BILER LA NAK BUAT WORKSHOP TUE KAT TERENGGANU.. SAYA YAKIN KALO DIBUAT KAT TERENGGANU PASTI AKAN DAPAT SAMBUTAN YANG MEMBERANSANGKAN..SAYA SENDIRI SANGGUP TURUN PADANG UNTUK MEMBANTU

  20. assalammualaikum,
    boleh x saya dapatkan contact no dato dr fadzilah kamsar,
    saya dari UITM segamat,
    nak cuba untuk memanggil dato fadzilah, kta orang ahli “PERMAS” persatuan masjid AS-SYAKIRIN nak buat forum bertajuk cinta fatamorgana.

  21. assalammualaikum,,,,sy berbangga dengan DFK..dia adalah idola hidup sy..dia bnyak membantu sy cara untk menyelesaikan masalah…

  22. assalammualaikum…sy berbanga dgn DFK.coz dia bnyak membantu..bnyak tip2 yg sy gnakan utk selesaikan masalah…TQ

  23. jumla pelajr sek ren dan sek men 5 juta dalam malaysia..fikir fikirkan en irfan peluang ini…
    terima kasih

  24. saya antara salah seorang peminat DFK. adat hidup didunia ni, orang yang berjaya tidak semestinya disukai semua orang.kenapa saya cakap macam tu?sebab saya sungguh terkejut dengan pandangan rakan saya seorang pelajar master psikologi. pensyarah dan kebanyakan orang yang terlibat dalam psikologi, tidak menyukai DFK kerana beliau bercakap bukan melalui ilmu psikologi tetapi melalui pemerhatian. sila berikan pendapat anda

  25. assalamualikum!!!!!!!!!!!!
    wah!! ramai juga peminat DFK ni……..
    Oklah saya pun nak knl….. coz saya tak knl. baru hari ini tahu…
    terima kasih

  26. salam…dato’..ayu sangat tertekan…boleh ayu berkongsi masalah..agar masalah ayu dpt cri jalan penyelesaiannyer….ayu perlukan sgt bantuan dato’…

  27. assalamualaikum dato.. saya sala seorang peminat dfk..saya nak minta nasiat dengan dfk tentang masala keluarga saya?…

Leave a Reply

Your email address will not be published.