Jujur bila berniaga… keuntungan jangka panjang!

Beberapa hari lepas, saya mencari keropok lekor untuk anak. Mereka suka yang rangup (crispy). Terjumpa satu gerai brother ni menjual keropok lekor. So, saya tanya brother tu:

“Rangup tak keropok ni?”. Jawabnya: “Memang rangup… baru saja goreng!”

So, saya pun beli. Dalam kereta, bila cuba keropok lekor tu, punya lah liat… sejuk pula tu (kalau baru goreng, mesti panas sikit kan?). Jadi itulah kisahnya peniaga yang tidak jujur. 🙂

Walaupun RM2.00 sahaja keropok lekor tu, tetapi, akibat tidak jujur, peniaga tersebut hilang seorang pelanggan seumur hidup.

Dalam perniagaan, anda perlu melihat keuntungan di jangka waktu panjang, dan bukannya jangka waktu pendek. Sekiranya melihat keuntungan waktu pendek, disitulah terjadinya kes-kes sebegini dimana peniaga tidak jujur untuk mengaut keuntungan yang cepat dan tidak memikirkan keuntungan jangka panjang.

Bayangkan hilang seorang pelanggan mungkin membeli keropok lekor RM2.00 seminggu. Sebulan sudah RM8.00. Setahun sudah RM96.00 hasil jualan tidak dapat. Sekiranya 30 pelanggan terkena nasib yang sama, sudah kerugian RM2,880!

Mungkin anda juga pernah terkena sebegini dan serik dengan peniaga yang tidak jujur. Kongsikan pengalaman untuk teladan bersama 🙂

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

31 thoughts on “Jujur bila berniaga… keuntungan jangka panjang!

  1. Memang benar kata tu! Saya pun baru saja terpaksa membayar hampir RM 6000.00 untuk kos baiki kereta yang pada asalnya dikatakan hanya sekitar RM 3000.00. Sakit hati Allah je yg tahu. Kalau tak bayar, tak dapat pulak kereta tu! Macam2 feil manusia yg nak untung express. Ikutkan rasa, memang nak belasah je orang tu dan rompak balik duit dia yg sepadan dengan duit saya yg dia charge tu.. tapi saya fikir panjang… tak buat perkara yg akan menjadikan sesuatu lebih parah… Apa pendapat ? Nak report & saman tak boleh sebab tak da hitam putih..

  2. SERVIS BKN SEKADAR MERANGKUMI SENYUMAN DAN LAYANAN MESRA TRHDP PELANGGAN TETAPI TRHDP MEMENUHI KEHENDAK PELANGGAN JUGA.
    KALAU SE1 PERBUATAN ITU BERLAKU BUAT PERTAMA KALI TANPA DISENGAJAKAN, MGK BLH DIMAAFKAN, TETAPI KL ITU ‘STYLE’ NYE, GOOD BYE!
    SAYA PRNH KERAP MEMBELI DI 1 KEDAI MAKAN YG AGAK SEDAP MASAKANNYA, AWEK YG SERVE PUN CUN TP SDKT EKSYEN, ADA ORG KOMPLEN KEDAI TU MAHAL, TAPI 1 YG BUAT SAYA SERIK STLH RASA SPT ‘TERTIPU/TIPAH TERTIPU LAGI’ BILA HARGA 1 ITEM DIKIRA 2X. PERBEZAANNYA HANYALAH RM5..
    ACTUALLY, I DON’T CARE ABOUT THE PRIZE TAPI TAK SEPATUTNYA DOUBLE PRIZE TERUTAMA PADA PELANGGAN SETIA.. TERUS JADI TAK SEDAP.
    SPT JUGA TELLER BANK, CUSTOMER SGT SERONOK BILA TELLER BGTAHU WANG DEPOSIT MRK TERLEBIH SEKIAN2 AMOUNT TP BILA TERKURANG, SUSAH SGT DIAORG NAK TERIMA WLPUN BERSAKSIKAN BOTH PARTIES TELLER DAN PELANGGAN+PEGAWAI+KAMERA.. DLM KES NI BOTH PARTIES RASA SPT TERTIPU.. TP BG TELLER LAMA YG DAH MASAK DGN KEKELIRUAN SPT INI INSYAALLAH TIADA MASALAH NAK SETTLE SBB PENGETAHUANNYA DAH NAK MCM LAWYER, ATAU MGK LAWYER BURUK..
    JADI KESAN TRHDP SE1 PERNIAGAAN MGK ADA 2..
    1 – BILA ORG RESPEK BISNES KITA DAN ISI KANDUNGANNYA, MAKA MEREKA MGK AKAN MENDOAKAN KITA, INSYAALLAH…
    2 – BILA JD KES TAK JUJUR, MULALAH ORG NAK MENYUMPAH, BKN KAH DOA ORG2 TERANIAYA CPT TERMAKBUL..?!
    BEGITULAH PERANAN DOA DAN SUMPAHAN(DOA YG TAK BAIK).. WALLAHU’ALAM..!!
    PS.. SENTUH TNTG DOA, ADA 1 PENGAJARAN DISINI..
    MALAIKAT AKAN TURUT MENDOAKAN SESEORG MUSLIM YG MENDOAKAN KEBAIKAN UTK SAUDARANYA..
    ORG BUKAN MUSLIM SGT MUDAH TERKENA PENANGAN DOA SEKIRANYA MEREKA MENGANIAYA ORG MUSLIM, KERANA DOA ITU SENJATA ORANG MUKMIN..
    SAYA PERNAH TERKENA ‘TIPU’ OLEH CUSTOMER BERBANGSA CINA BERAGAMA BKN ISLAM BILA SAYA TERLEBIH KREDIT AKAUNNYA SEBANYAK RM500, DIA BKN SEKADAR TAK MENGAKU MLHN MENUDUH GILA TERHADAP SAYA.. TAK APA..
    PD STAF BARU SAYA DPT TAHU, ADA CUST CINA YG TERBAKAR RUMAHNYA KERUGIAN BANYAK RINGGIT GARA2 ‘MILIKI DUIT YG BUKAN HAKNYA/TELLER TERLEBIH BAYAR/KREDIT’, DIA MENGAKU DEPAN TOK SAMI NYA AKAN KESILAPANNYA.. SAYA YAKIN ITULAH DIANYA KRN TMPT TGL YG DIMAKLUMKAN OLEH KAWAN SAYA..
    SBNRNYA SAYA GANTI SN DGN DUIT POKET RM500 COVER SHORTAGE.. TP OLEH SEBAB DIA KATA SAYA GILA.. JADI SAYA ANGKAT TANGAN (MINTALAH KEPADA’NYA’, NESCAYA DIPERKENANKAN).. TAK PAYAH PAKAI BOMOH2.. KUN FAYAKUN..
    KITA TUKAR2 IDEA LAGI DLM TOPIK LAIN…
    INSYAALLAH..

  3. kalau nak berniaga berniaga la dgn serius…

    bak kata omputih “do it right for the first time’ …

    mungkin ini sebabnya tak ramai yg jadi jutawan..

    saya pun belajar dari pengalaman org lain.. terima kasih atas pengalaman en.irfan

  4. Betul tu Dari pengalaman saya pun, beberapa kali juga kena seperti itu. Terutama peniaga yang menjual makanan.

    Jadi itulah kali pertama dan terakhir saya membeli makanan pada peniaga terbabit.

  5. Asalamualaikum,

    Ni cerita lama. Saya dan isteri gi pasar malam. Isteri saya tengah belek-belek buah durian, tapi dia pegang yang ada lubang. Saya kata tu busuk tuuu.

    Tetiba isteri saya tak jadi ambik dan terus berlalu. Si penjual durian punya lah marah, lalu tunjukkan parang pengupas durian yang dipegangnya. Kami jadi terperanjat dan terus cepat-cepat berlalu.

    Sampai sekarang TOBAT nak tengok durian dia lagi. Lagi pun ramai orang lain yang jual durian di situ.

    Betullah…., sekali silap mungkin kita aka hilang pelanggan untuk selama-lamanya. Jadi ujurlah ketika berniaga….wallah hu alam.

  6. saya setuju keadaan yng biasa kita jumpa dimana mana….jujur dalam segala bidang maka kepercayaan org kepada kita akan bertambah

  7. Pengalaman sebegini banyak terjadi di pasar-pasar malam yg banyak membabitkan industri makanan. Ramai orang pernah terkena kerana membeli makanan yg jauh dari tahap yg sepatutnya, hingga kadang2 terpaksa membuang makanan tersebut kerana rasa yg sangat tidak sedap & kandungan ajinomoto yg tinggi. Yg peliknya peniaga begini tidak pernah terfikir tentang keuntungan jangka panjang atau keikhlasan dalam perniagaan. How I wish jawatankuasa pasarmalam setempat berupaya mengawal kualiti makanan yg dijual demi keadilan utk semua. Sekadar harapan…

  8. Saya setuju sangat dengan Ir. Saya memang pernah terkena bila beli barang makanlah selalunya. Kita nak makan mestilah nak sedap bila makan lain pulak rasanya. Rasa tertipulah. Hati geram… memang dah black listkan peniaga tu . tak kan beli lagi kat dia, siap iklankan lagi dengan kawan jangan beli kat dia. Jadikan pengajaran dan ingatn pada diri kita. Apa2 pun yang kita buat mesti dengan ikhlas dan jujur hati puas dan tenang. Amiiin….

  9. Hello everybody, memang betul tu I pun tanak bagi muka ngan orang yg menipu dlm bisnes. Sekali kiter kena tipu..Sorry ,tiada maaf bagimu! Nak bisnes biarlah jujur ngan customer juga jujur terhadap diri sendiri barulah ada berkat beniaga. Kes Irfan tu memang banyak berlaku d mana-mana. Penjual pisang goreng pun penah buat camtu kat i. Dier kata pisang dier rangup , sedap , baru jer goreng. I confident jer beli sebab abang penjual tu pun i tengok tengah goreng pisang. I beli seringgit tp dier ambik pisang goreng yg dah sejuk,,.. i selamba jer ambik tp pastu i tak beli lagi sampai sekarang. Kalau awal2 lagi dier kata pisang dier dah sejuk skit tp masih sedap pastu jual kat i pisang yg dah separuh sejuk mungkin sampai skrg i masih beli. Ehh..hari ni i taip byk skit ( tanda tak puas hati ngan peniaga2 yg tak jujur.) Sekian Terima Kasih.

    MESEJ DAN PENGAJARAN: BERILAH YG TERBAIK KEPADA CUSTOMER YG DATANG PERTAMA KALI SEBAGAI BEKALAN UTK DIA DTG KE DUA KALINYA, DAN BERILAH YG PALING TERBAIK KEPADA CUSTOMER YG DATANG KEDUA KALI SEBAGAI BEKALAN UTK DIA DATANG LAGI BERKALI-KALI. JIKA INI YG KITA MAMPU LAKUKAN NESCAYA CUSTOMER KITA AKAN SELALU MERINDUI KITA. PERCAYALAH!

  10. Assalamualaikum,

    Kalau nk jdkan cth peniaga jujur, Nabi Muhammad S.A.W cth yg terbaik kan?.. bab tk jujur nie, selain plnggan lari, rezeki pun tk berkat.. seorg usahawan Arab yg berjaya ada bg tahu saya, jika ada modal USD1000, USD200 adalah utk prniagaan, slbhnya adalah utk ‘nama’ (kebolehpercayaan) dalam bahasa Arabnya “thiqah” .. dpt satu vocab B. Arab hari ni yer 🙂

  11. Betul tu. Lepas ni takde la gi kedai tu lagi.

    Tak lama kalau berniaga camtu. Kalau sedap automatik orang tolong promosikan….

  12. Asalamualaikum,

    Saya minat sangat dengan cara penerangan kita tu. Bila cakap pasal rugi walaupun seorang cuma beli RM2.00, tapi beliau tunjukkan kita dari dua riggit sehari, kepada minggu dan terus convert pada tahun. Jadi banyak-lah RM2,880.00,…Wauu!.

    Bila nak pujuk diri sendiri yang dapat untug siiiikit sangat pada permulaan bussiness, maka kita kiralah jugak, kalau sebulan, setahun, 10 tahun dan seterusnya sampai jadi jutawan.

    Baru lah lega kan? Jadi jutawan jugak walau lambat pun.

  13. Jual kepok lekor ape camni?Buat malu name org trg je.habis malu sy warga negeri trg ni tau.irfan pls bitau kat mane beli kepok tu?..biar sy pegi warning sikit.. 😉 (gurau aje).
    Mostly kepok lekor yg dijual sekitar lembah klang tu bkn pure spt di trg ni.dimana kepok mereka lebih kanji pd ikan.(sbb itu dia keras dan liat).lagipun setau sy pengusaha kepok lekor yg membekal kt satu klang valey tu bkn pun org trg..kalau sedap xpe juga, ni hancus.tp,peliknye kat kolej sy tu slalu student slalu dok beli..kesian sy tgk.
    Sy suggst kan cari kepok lekor segera yg ade kt pasar raya.(sykt trg).itu just blh blk dan goreng kat rumah(rasa dia still pure!!)sy dgr dia jg ade jual juga melaui online ni.Ha, kalau nak yg power datang la dkt sini..hehe, skrg ni ade perkampungan hadhari kat losong(tmpt plg famous buat kepok–promote sikit.hehe).mmg rasanye pure .
    Oklah sorry la post sy x b’kait lgsung dgn internet bisnes..wslm

  14. salam.. betul tu.. kalau ikut konsep perniagaan RasulAllah S.A.W kejujuran amat penting…
    dalam perniagaan jadikan RasulAllah sebagai model kita…. kita ada bisnesman kita sendiri.. tak perlu agungkan yang barat…
    RasulAllah menitikberatkan kejujuran dan kesopanan dalam perniagaan… lagipun kajujuran juga menambahkan keberkatan.. apa guna duit berjuta jika tak berkat… sukran…

  15. Sebab itulah orang yang tidak jujur akan sentiasa berada di takuk yang sama… tapi mengeluh berbakul2 sebab bisnes tak jalanlah… kurang dapat sambutanlah… masalahnya pada diri sendiri. Silap2 ada yang kata kena sihir pula.hmmmmm…. camana tu….

  16. hmm..bagus tajuk ni bro irfan..
    semua yg kita buat perlu ada sifat jujur dan iklhas…for example, kalau nk buat website design, book design, etc..kalau nk guna adobe photoshop mesti guna yg ori..tk gitu..

    hmm..sitasi cam yg irfan cerita tu memang slalu berlaku di luar..ada satu kedai tempat saya beli barang komputer,..lepas saya check..kt ktak motherboard tu byk barang yg takde..example sata cable…saya malas nk tuntut balik sebab baru perasan beberapa minggu lepas beli..

    kes kene sihir?..ni paling bahaya skali..
    kita kena kuatkan iman kita..seboleh-bolehnya jangan tunjukkan kejayaan yg kita dapat..
    sebab takut ada mata jahat yg memerhati..
    even “awards” yg kita dpt misalnya boleh mengundang rasa dengki org lain..

    kita berdoa je supaya tk terkene bende camtu..amiin..

  17. saya setuju dengan haruntech.com …
    yang mana, kita kena pakai software ori, baru ada keberkatan…
    tapi, saya agak kurang setuju sedikit dengan ayat saudara : [seboleh-bolehnya jangan tunjukkan kejayaan yg kita dapat]…
    bagi saya, kejayaan kita harus ditunjukkan… tetapi perlulah dengan niat baik… sebab, jika orang lain tak tau kejayaan yang telah kita capai, orang lain akan berasa ragu-ragu terhadap kebolehan kita…

    seperti contoh, pada awalnya saya sangat ragu-ragu dengan Irfan Khairi… tapi setelah saya membaca latar belakangnya, dan jugak kejayaan yang telah beliau capai, saya rasa yakin dengan beliau sekarang ni…

    maafkan saya kalau ada terlanjur perkataan…
    peace 😀

  18. Banyak pengalaman tertipu, meh saya citer penglaman “Tak Tertipu” saya pula. 🙂

    Saya sangat suka makan pisang goreng tapi malas nak beli. Biasanya goreng sendiri jer sebab memang saya makan goreng pisang yang terbaik jer(:)) . Tapi oleh sebab saya nih selalu bergerak menggunakan pengangkutan awam, sukar nak dapat goreng pisang masa dlm bas (takkan nakbawak dapur-kuali nak goreng kot). Jadi, satu hari ni saya beli la kat satu mamat goreng pisang berdekatan stesen bas tu.

    “Sedap tak goreng pisang nih?” Saya tanya.

    “Abang test la dulu, sedap makan. Kalau tak sedap bagitau saya” Cakap mamat tuh.

    And memang sedap la goreng pisang tuh, dan sampi sekarang mamat goreng pisang itu berjaya mengopak RM2 saya setiap hari tak termasuk hari minggu. Kalau sebulan dah RM 40 dah. Banyak tuh. 🙂

    robotys.cyberonehost.com

  19. Saya juga pernah tertipu. Pernah sekali saya nak upah jahitkan baju kurung. Tempat baru, so saya tak tahu sangatlah kedai mana yang ok. Cina ada melayu pun ada. Selalunya saya dengar dari mulut orang, jahitan orang cina sedap dipakai. Tapi saya pulak fikir baik kita sokong bangsa sendiri. So saya pergilah kat kedai melayu ni.

    Pertama kali tempah kat kedai 2 dalam tahun sudah, dalam bulan posa. Okla siap dalam masa yang dijanjikan. Tapi jahitan dibahagian lipatan sangat longgar, sampai sekali aja basuh dah terburai benang.

    Awal bulan 2 saya letak lagi sepasang baju kurung dan janji siapkan awal bulan 3. Masa itu tak banyak baju, raya pun dah lepas. Pergi ambik dalam pertengahan bulan 3, tak siap lg. Makcik tu mintak tempoh seminggu.

    Tapi saya pergi awal bulan 4, lepas dapat gaji. Tak siap2 jugak. Saya dah naik angin, mintak balik kain pasang tu. Tapi makcik tu cakap, mintak sabar 2 hari nanti die antor ke rumah sebab die dah gunting kain tu. Tunggu punyer tunggu lepas 2 minggu baru antor. Tapi kainnya salah jahit. Saya pakai susun kanan, die buat susun kiri.

    Saya pergi kedai makcik tu balik, mintak repair kain yang tersalah jahit. Kali ni tunggu sampai sebulan jugak, selepas saya ugut nak kain tu balik dan nak antor kat kedai sebelah, kedai cina. Barulah die siapkan dan antor ke rumah.

    Sampai sekarang saya malas dah nak pergi kedai tu. Baik antor kat kedai cina, harga yang sama, jahitan yang bermutu, ikut kehendak pelanggan dan paling penting siap dalam masa yang dijanjikan.

    Sekarang pelanggan pun dah pandai memilih, nak the best. Harap-harap makcik tu berubah sikap.

  20. â€Rangup tak keropok ni?”. Jawabnya: â€Memang rangup! baru saja goreng!”

    Kalu tak jujur tak perlu berniaga la. Lupakan sahaja pasal berniaga.

    kalu kat kolompo biasa la. Kedai yang tak best selalunya akan kehilangan pelanggan. Tapi kedai dia tu selalunya orang yang bebeza-beza yang datang. Peduli apa dia kalu hilang costumer. Sebb bukan datang selalu pun.

    Apa yang penting bagi dia, orang yang datang beli kat kedai dia tu orang yang berbeza bukan orang yang sama.

    kalu peniaga buahan pulak, yang di pamer je yang nampak cantik. bila dah beli bawak balik. bising satu rumah laaa kena kutuk peniaga tu…

    tak rasa bersalah ke bila hari2 kena kutuk oleh setiap pelanggan yang tertipu??

    alahai… dunia nih macam2 hal…

  21. jika dibincangkan tentang kejujuran, saya cadangkan meletakkan nombor telefon / chat secara online dgn orang ramai…supaya orang mudah berhubung dengan Jika menjual sahaja tanpa talian utk dihubungi agak payah…al maklum, pembayaran melalui internet ni kiter tak nampak…lagi pula alamat juga boleh berpindah-randah…talian begitu juga tapi sekurang-kurangnya ini menambahkan kepercayaan pada pengguna. kebanyakan peniaga internet berani meletakkan talian telefon mereka walaupun orang tidak menelefon pun…boleh kan…tips mudah utk bagi orang percaya..

  22. saya pun penah terkena dengan peniaga macam irfan cakap. so, sebaik2nya elakkan dari menjadi peniaga seperti diatas. Berlaku jujur, insyallah semua yang diaharp akan menjadi.

  23. sy pon penah trkene gak…mse tu sy pi psr ramadan ingt ritu nak buke pose mkn sop jd nmpk la sop tu ape org pggil sop gearbox ek…blek umah tngk bkn sop gearbox rupe2nye sop lemak je yg bnyk panas tol ati dh la hrge mahal

  24. sy sendiri pernah tertipu dgn rakan yg berniaga on9 juga..mmg serik dan x akan beli dgn dia lg..seorng peniaga patut b’sikap jujur dgn pelanggan..

  25. Kalau tak ada kejujuran … buat apa pun tak berkat.
    Duit tu nanti nak beli makanan jadi darah daging. ishk ishk ishk takan nak bagi ahli keluarga makan duit haram kot…

Leave a Reply

Your email address will not be published.