Sekiranya kita melihat perniagaan-perniagaan yang berjaya, kebanyakannya sedia mempunyai seorang personaliti, contoh, Tony Fernandez untuk Air Asia, Bill Gates untuk Microsoft, Steve Jobs untuk Apple.
Sekiranya anda ingin mulakan perniagaan, jadikan diri anda “personaliti” dan “duta” kepada perniagaan anda. Manusia lebih mudah berhubung dengan “orang” berbanding dengan produk, perkhidmatan atau perniagaan.
Steve Jobs sebagai duta produk sendiri – Ipad!
- Langkah pertama untuk menjadi “personaliti” kepada perniagaan kita adalah pastikan perniagaan yang kita jalankan “ngam” dengan diri kita sendiri. Maksudnya, sekiranya jual produk kesihatan, pastikan diri kita sedia sihat tubuh badan. Kalau jual produk kecantikan, pastikan diri kita juga boleh tahan cantik juga. Kalau jual produk IT, pastikan diri kita tak pula buta IT! Dapatkan produk yang terbaik untuk diri kita… yang paling ngam!
- Langkah kedua dan amat penting adalah, asahkan skil komunikasi anda, terutamanya dalam menyampaikan maklumat, idea, info mengenai perniagaan yang anda jalankan. Practice makes perfect. Latih diri sendiri beratus kali dalam berkomunikasi mengenai produk dan perkhidmatan yang kita ingin niagakan. Sehingga perniagaan dan komunikasi anda menjadi sebati.
Jadilah “duta” kepada perniagaan anda sendiri seperti perniagaan-perniagaan yang berjaya lain!
The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Biasanya kita dengar duta produk terdiri dari artis,bagus jugak idea jadikan diri sendiri sebagai duta produk dah jimat kos dalam perniagaan.
Seperti Sendayu Tinggi, pada awal perniagaannya Puan Rozita sendiri menjadi model setiap iklan syarikat. Kini Sendayu Tinggi sudah Besar dan ternama.
saya sedang mencari2 idea yang ngam dengan diri saya….
aku nak jadi duta kepada blog aku sendiri hahaha
Best jugak jadi duta utk produk sendiri. Takyah susah2 upah org lain. I like idea ni!
Salam Ramadhan IK 😉
Baguslah tip kali ni…. jarang-jarang diperkatakan. Hanya Allah saja yang dapat membalas kebaikan IK melalui penyampaian motivasi IT untuk semua pembaca blog ini.
Hanafi,
Syarikat menggunakan ikon atau model terdiri daripada artis atau selebriti kerana mereka ingin menarik pengaruh yang sedia ada pada para artis atau selebriti tersebut…
atau dengan kata lain peminat mereka akan tertarik untuk mencuba produk yang dipromosikan tu…