Isu kepercayaan dalam perniagaan

Dalam memperkenalkan produk atau perkhidmatan anda, adakah persembahan anda boleh dipercayai? (Tidak kira persembahan untuk laman web perniagaan Internet, ataupun persembahan secara live one-on-one)

Antara sebab utama seseorang tidak membeli daripada anda adalah kerana tidak mempercayai apa yang anda persembahkan. Isu kepercayaan adalah salah satu sebab utama anda tidak berjaya membuat jualan!

Pernah tak seseorang jurujual approach anda, dengan produk yang menarik, tetapi, cara dan keterampilan jurujual tersebut, tidak meyakinkan anda- anda tidak percaya dengannya. Sudah tentu anda tidak membeli bukan?

Sebelum anda boleh menjual produk atau perkhidmatan anda, anda perlu “menjual” diri anda sendiri terlebih dahulu. Iaitu, anda perlu memberi keyakinan kepada prospek anda mempercayai DIRI ANDA.

Sekiranya prospek sudah mempercayai anda, membuat apa sahaja jualan adalah lebih mudah!

Langkah PERTAMA adalah memberi kepercayaan, dan langkah KEDUA barulah membuat jualan. Lakukan ini dalam perniagaan anda dan anda akan melihat pendapatan anda bertambah!

PS: Dalam perniagaan Internet, isu kepercayaan adalah isu #1 belian tidak dilakukan. Di Workshop Jutawan Internet akan menunjukkan cara-cara membina kepercayaan dalam perniagaan Internet anda.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

24 thoughts on “Isu kepercayaan dalam perniagaan

  1. Ini pendapat saya :
    1. Cara berpakaian – kena kemas dan menarik.
    2. Gaya penyampaian – berinteraksi dgn tenang tanpa memaksa pembeli.
    3. Fokus – kena fokus kepada produk tersebut.
    4. Mesra – seolah olah telah kenal lama sama macam kawan sendiri.
    5. Kena yakinkan diri.
    6. Jangan merendah, memperli atau buat muka masam, muncung dan sewaktu dengannya.
    7. Jangan melebih – lebih dan terover.

    Ok kawan – kawan, sila bagi pandangan seterusnya…

  2. Kalau kita jual ubat kuat tp kita slalu sakit teruk macamana nak yakinkan pembeli..
    Kita kena tunjuk yg kita juga kuat walau xmakan ubat tu agar org lain percaya dgn makan ubat tu mereka akan jadi kuat..

    Dlm perniagaan siber juga begitu.. kalau kita adalah org yg membuat laman web kita kena tunjukkan kepakaran kita dgn menunjukkan contoh2 laman web yg kita bangunkan tu utk meyakinkan org lain..

    Ksimpulannya personaliti yg kita tunjukkan akan dapat meyakinkan org lain.. Bila org mempercayai kita mereka akan bertukar kepada client kita..

    PS: Ubat kuat tu hanya contoh..

  3. Tepat skali Sifu…. di internet, pembeli hanya akan membeli dari org yg dipercayai shj!

    Mcm mana nak bagi org percaya pd kita? Saya dah dpt bbrp petua p Sifu…. blh kongsikan lagi? Thanks!

  4. nak pelanggan percaya..

    kalo design website.. biar la simple dan nampak komersil.

    kalau menggunakan bahasa inggeris.. just use simple language.. tak payah ayat bunga2.. straight to the point..

    tatabahasa (grammar) kene betul jgn beterabur.. hehe

  5. Peniagaan internet ni kena belajar serta kena buat R&D. Kalau tak akan wujud byk halaman2 web yang berbentuk perniagaan tp ibarat sampah kepada palayar2 internet (Sorry bahasa kasar sikit). Kalau nak berniaga melalui internet kena jelas “THINK OUTSITE THE BROWSER :)” bukan setakat pandai buat web site saja.
    1. “Kepercayaan orang atau pengguna adalah amat-amat penting sekali “SELL YOURSELF” barulah kita jual product”
    2. Halaman web biarlah “USER FRIENDLY”

    Last sekali. kalau u all promote MLM jangan suka Tulis ” KALAU ANDA NAK KAYA CEPAT, HARI2 DAPAT DUIT”

    Ok good luck “HAPPY PROGRAMMING AND WEB MARKERTING”

  6. Betul lagi benar pasal tip hari ini.

    Kita kena jadi pengguna sebelum menjual, maka kita akan lebih yakin untuk menjual. Gunakan hikmah ketika menjual , Insya Allah akan mendapat sambutan.

  7. Pendapat saya,
    Susah nak buat orang percaya dengan gaya percakapan dan persembahan website@produk. Pelanggan tidak mengenali kita….lagilah terdapat banyak kes penipuan di dunia internet…
    Biasanya pelanggan perlukan satu bukti. Kalau teknik jualan langusung, biasanya produk mereka didatangkan sekali dengan demo untuk meyakinkan pelanggan. Dan kalo jual produk di website, biasanya orang akan letak testimonial. Tapi tu pon boleh terlibat dengan penipuan jika testimonial tu direka-reka. Cara yang lebih baik yg saya fikirkan sekarang ialah dengan memberi mereka maklumat/fakta tembahan berkaitan produk. Konsep maklumat tu, biarlah pelanggan boleh belajar sesuatu daripada maklumat yg kita berikan. Contohnya jika kita menjual produk berasaskan tongkat ali. Boleh juga disediakan link ke website berprestij yg menerangkan tongkat ali. Mungkin pelanggan kurang percaya pada kita tetapi pelanggan mungkin mengubah fikiran apabila dibawa ke website yang lebih “established”…

    Dan satu lagi hubungan menerusi panggilan telefon adalah lebih meyakinkan daripada email!!!….

  8. Kepercayaan juga boleh dibina. Kalau kita tengok dalam masyarakat Cina, mereka berniaga berkonsepkan persatuan dan network. Mengapa konsep ini digunapakai ?

    Kerana konsep ini adalah medium untuk mereka berinteraksi secara formal dan tidak formal, mengenali ahli2 yang lain. Dalam erti kata yang lain, menanam benih2 kekitaan dalam diri mereka terhadap satu sama lain. Mereka mewujudkan peluang kepada ahli yg lain untuk membalas kepercayaan yang diberi. Maka, kepercayaan mereka dalam perniagaan terus subur apabila mereka menjalankan projek dengan bersungguh2.

    Kita pun boleh…

  9. Dalam internet, sales letter yang panjang amat penting. Anda tidak dapat berjumpa atau bersua muka dengan pembeli anda. Jadi untuk menyakinkan pelanggan agak susah…tetapi biasanya saya menggunakan teknik seperti dibawah

    1. Letakkan gambar saya di sales page tersebut.
    2. Letakkan alamat penuh dan no telefon dibahagian akhir sales page.
    3. Letak gambar ‘kunci’ dan perkataan ‘order now with our secure server’
    4. Beri guaranteed wang pulangan spt ’30 days money back guaranteed if you are not satified’
    5. Letakkan TESTIMONIAL mereka yang telah membeli barangan dari kita…siap gambar kalau boleh( This really work)
    6. Tunjukkan bukti yang produk kita telah membantu ramai orang lain menyelesaikan masalah mereka…

    thanks..cuma pendapat 2sen dari saya

  10. assalamualaikum dan salam sejahtera…

    memang bab ni paling kritikal kepada interprenuer. saya memang suka bila membicarakan tentang bab ni. kebetulan, salah satu subjek yang saya belajar sekarang ni di universiti berkaitan perkara seperti ini- Asas pemasaran. ehmm, nampaknya idea irfan hari ni boleh saya guna untuk buat assigment!
    ]
    kebetulan saya sendiri juga macam menghadapi sedikit masalah untuk menarik kepercayaan orang terhadap website saya. jika anda semua ada masa, lawatilah website saya di http://www.goldcoins-biz.com mungkin produknya bukan untuk anda, tetapi saya memerlukan komen membina untuk memperbaikinya…

    terima kasih

  11. Kepercayaan memang penting…

    Follow-up & service after sales juga sebahagian pdnya..baru nampak bersungguh. Lepas tu banyakkan pemberian tips percuma kepada pelanggan dan bakal pelanggan.

  12. Body Shop adalah satu case study kita boleh lihat dari segi membina kepercayaan.

    Anita Roddick selama beberapa bulan/tahun menjelajah seluruh dunia dengan kempen “hijau” dan kempen membantu benua-benua yang miskin.

    Seluruh dunia membuka mata dan memberi kepercayaan kepada usaha Anita Roddick.

    Maka, lahirlah BODY SHOP.

    Pada pendapat saya, ini satu konsep yang boleh kita lihat… bina kepercayaan dulu untuk beberapa bulan. Kemudian, mula perniagaan. hmmm ?;)

  13. Thanks ..bisnes perlu jujur dan yakinkan diri-sendiri….salah satu rahsia kejayaan ialah keyakinan tinggi..build it…

  14. Kalau pergi pasar malam,gerai yang banyak orang la yang saya pergi beli sebab boleh dipercayai.Lagi satu ,ramai orang menunjukkan makanannya mungkin sedap.

  15. Benar dan tepat sekali. Apabila kepercayaan terbina, pelanggan akan membuat tempahan/pembelian ulangan.

    Pengalaman saya, saya memberikan contoh-contoh kad nama pelanggan sedia ada saya kepada pengunjung laman web saya melalui pos.

    Apabila mereka menerima, merasai, menyentuh dan melihat kualiti cetakan, kertas dan warna kad tersebut.. 80% menjadi pelanggan saya. (baki 20%, masih terkasima!)

    Bagi contoh + terbina keyakinan= Melanggan!

    Salam Merdeka!

    Merdeka! Merdeka! Merdeka!

  16. Kepercayaan perlu ada dalam setiap aspek perniagaan. Ini adalah ‘benda’ asas dalam aspek pemasaran. Jangan menipu pelanggan apabila menjual sesuatu benda. Sekali pelanggan dapat tahu, habis rosakn ‘business’ kita.

  17. Memang agak sukar mendapatkan kepercayaan orang terutamanya menjual produk. Jikalau menjual perkhidmatan mungkin agak senang berbanding menjual produk.Saya juga memerlukan komen dari saudara semua untuk meningkatkan lagi perkhidmatan dan persembahan saya. Jadi lawatilah laman saya di http://www.kedaifoto.com dan berikanlah komen dan cadangan anda. Terima kasih kepada yang telah sudi melawati dan memberikan pandangan bernas anda…

    Thanks.

  18. Hi Encik Irfan Khairi,
    I saw you in the NST papers under the heading “Young – Internet-Savvy”. What impressed me is these wording in your website by one Mr. Sunny Tan “I see something which other Internet Marketers don’t have. Your Honesty and Integrity.” These wordings made me feel that at last there is someone who will give us his honest opinion about our hair care business.
    I have attended other Internet seminars and feel that it just a waste of time especially when both my husband and I are in our 50’s and we really not able to create website etc.Our company, Audra Herbals is a small family based company dealing in hair care products which genuine Hair Regrowth Formula. There is a great demand locally and globally for this product but we are not successful in obtaining sales. We need your help. For your attention, we attach our product info.

    Hope we can get an opportunity to meet you.

    Regards,

    Theresa Petrose
    Director (Tel : 016-2217461)

  19. sye merncg untuk mmbuke tdika/taska next year…
    bgaimana sya boleh daptkn kpercyaan kepada pelggn saya nnti tntg perkhidmtn yg saya twrkan berkesan kepada ank2 mereka…

  20. saya cuma nak tips untuk melancarkan komunikasi dgn customer yg dtg. . sy dlm bidang sales ni agk kurang keyakinan diri. . sebab adew pghalang yg mbuatkan sy rasa rendah diri dan takut untuk jumpa pelanggan. . please give me some tips untuk naikkan smgat diri supaya tidak memikirkan kekuranga diri bila berhadapan dgn prospek ni. .

  21. Bagi saya, dlm membuat rundingan.. first impression amat-amat penting utk dapatkan kepercayaan. So, bagaimana nak wujudkan 1st impression ni? kita kena belajar lagi mengenai Body Language. Spt, eye contact,mirror skill dll..

Leave a Reply

Your email address will not be published.