Ramai betul yang meneka semalam… tapi, tiada yang mengena! Yang teka saya nak buat resepi masakan pun ada… sebab logo berasap & tengah bulan puasa! 🙂
So, tibalah masanya untuk saya jelaskan… apa dianya sebenarnya. Jom tengok logo ni balik…
- Nama yang dipilih “Terhangat di pasaran”. Apakah produk paling laris dijual di Internet? Apakah produk terhangat di pasaran di Internet?
- Mungkin anda perasan, mungkin tidak… font yang digunakan adalah font typewriter lama. Zaman guna carbon dulu-dulu…
- Cara layout logo, ada nama saya di atas. Perasan tak, logo yang mempunyai nama saya di atas hanyalah logo Workshop Jutawan Internet? (sebelum tukar website baru)
Jadi, kalau kita kaji point-point di atas… jawapan yang kita dapat adalah:
- Produk paling laris di Internet adalah produk INFORMASI. Setuju?
- Zaman dulu, penulis buku (penulis informasi) menggunakan typewriter (sebelum ada computer!)
- “Terhangat di Pasaran” adalah workshop/seminar terbaru saya selepas 3 tahun hanya menjalankan “Workshop Jutawan Internet”!
So, secara ringkasnya, Terhangat di Pasaran adalah:
Workshop Mini (separuh hari) yang mendedahkan cara & teknik bagaimana anda boleh mencipta produk informasi yang terhangat di pasaran untuk di niagakan di Internet!
Latarbelakang…
Sebenarnya, idea ini saya telah fikirkan lama. Tetapi, baru-baru ini, sejak pelancaran Mentor Jutawan, baru saya dapat lihat keberkesanannya untuk pasaran Malaysia.
Bagi anda yang mengikuti perkembangan blog ini, tentu tahu mengenai Mentor Jutawan kan? Dan ketika itu, saya ada beri tahu saya akan kongsikan perkembangan jualannya dengan anda.
Well, Alhamdulillah, dalam masa 1 bulan sahaja, ebook Mentor Jutawan (harga RM40)Â terjual dalam lingkungan 1,000 unit! Ini bererti, dalam satu bulan, Mentor Jutawan telah menjana RM40,000 in sales.
Ok, saya tahu, mungkin anda kata “Tak aci la… IK kan glamer, boleh la jual banyak tu and dapat untung banyak tu”
Tapi, point yang saya ingin sampaikan kepada anda, bukan berapa banyak saya dapat, tetapi, saya ingin anda lihat perbezaan saya sebagai penulis (produk informasi) buku dan sebagai penulis (produk informasi)Â ebook.
Perbezaannya adalah begini, katalah, sebulan buku saya “Nota Jutawan; Nota Motivasi” (harga RM40) terjual 1,000 unit. Sama seperti Mentor Jutawan. Sebagai penulis, saya mendapat royalty dalam lingkungan RM2.00 sahaja untuk setiap buku.
- Jadi, melalui buku biasa, apabila terjual 1,000 unit sebulan pendapatan royalty saya adalah RM2,000.
- Dibandingkan dengan menjual 1,000 unit ebook Mentor Jutawan, pendapatan saya pula RM40,000.
Kalau diberi pilihan antara dua tu, mana pilihan anda? Adakah RM2,000 sebulan atau RM40,000 sebulan?
Point yang saya ingin anda nampak adalah, BUKAN berapa banyak saya perolehi online, tetapi, bagaimana menjual informasi online dapat menggandakan pendapatan seorang penulis buku/ebook atau produk informasi. Produk informasi tidak mempunyai kos setiap unit.
- Bayangkan, sekiranya anda menjual produk informasi berharga RM40, dan terjual 2 unit sehari sahaja. Tidakkah ini bermakna, sebulan pendapatan anda adalah RM2,400?
- Bayangkan, sekiranya anda menjual 2 produk informasi yang berlainan pada harga RM40, dan hanya terjual 2 unit sahaja sehari. Tidakkah bermakna, pendapatan anda adalah RM4,800 sebulan?
- Nota: Saya hanya beri contoh kalau anda jual 2 ebook sehari setiap satu. Kalau nak dibandingkan dengan saya, memanglah tak aci, orang ramai telah kenal saya, dan sehari berpulu-puluh unit terjual 🙂
How would you feel to have Internet business, kerja dari rumah dan memperolehi pendapatan >RM4,000? Dengan hanya menjual produk informasi.
Dari situlah saya mendapat idea untuk menjalankan Workshop Mini “Terhangat di pasaran” ini. Untuk mendedahkan strategi dan teknik menghasilkan produk informasi yang terhangat di pasaran- mempunyai permintaan yang tinggi.
Dari pengalaman saya sebagai penulis, saya telah menghasilkan 3 buku bestseller (2 lagi sedang dalam proses penerbit insyaallah akan terbit tahun ini). Ebook pula, saya telah menghasilkan 4 buah ebook (termasuk mentor Jutawan). Atas pengalaman saya menulis ini lah, saya fikir, saya boleh mendedahkan strategi-strategi menulis produk informasi yang berpermintaan tinggi, terutamanya untuk tujuan dijual online. Atau in other words, ebook!
Zaman ini…
Zaman ini adalah zaman informasi. Informasi adalah produk paling laris (terhangat) di pasaran :). Dan, bukan lagi sesuatu yang pelik bahawa, ramai jutawan-jutawan Internet dihasilkan melalui menjual informasi online, atau infopreneur. Bagi yang menghadiri Workshop Jutawan Internet, sememangnya ada sesi khas mengenai “ebook”. Sebab saya akui kepentingannya dalam menjana pendapatan.
Oleh kerana zaman ini adalah zaman informasi, inilah masanya kita akan lihat ramai infopreneur dilahirkan. Dulu-dulu zaman pertanian, lahirnya usahawan pertanian. Zaman perindustrian, lahirnya usahawan perindustrian. Zaman informasi, tentunya usahawan informasi.
So, itulah dianya, serba sedikit mengenai Workshop Mini terbaru saya yang bakal diadakan selepas raya nanti 🙂
Antara modul yang saya telah siapkan adalah:
- Bagaimana hendak menjana idea menciptakan produk informasi?
- Bagaimana hendak menjadikan minat/industri kita sendiri sebagai produk informasi?
- Bagaimana hendak mencipta produk informasi yang sedia mempunyai permintaan tinggi?
- Bagaimana hendak melakukan research di Internet dan ketahui apa sebenarnya produk informasi yang terhangat di pasaran!
- Bagaimanakah teknik menulis sebuah produk informasi?
- Cara menghasilkan produk informasi, walaupun anda tidak pandai menulis! (dan jawapannya bukan mendapatkan orang untuk menulis untuk anda- cara percuma pun ada!)
- Strategi menghasilkan produk informasi dengan pantas- siapkan 2-3 produk serentak!
- Bagaimana hendak menarik orang membeli produk informasi kita dan bukan produk orang lain (yang mungkin berharga lagi rendah dari produk kita)
- Bagaimana hendak menyediakan produk informasi supaya orang tak boleh pirate/cetak rompak/ciplak?
- Apa perlu buat sekiranya produk informasi (ebook) anda diciplak?
- Bagaimana hendak menjual produk informasi (ebook) di Internet?
- Bagaimana teknik menjual produk informasi, walaupun di Internet, ada banyak informasi percuma?
Dan ada lagi…
Ringkasnya, selepas workshop mini separuh hari ini, peserta akan didedahkan bagaimana mereka boleh menghasilkan produk informasi dan menjualnya di Internet- dari peringkat awal menjana idea produk informasi, sehingga melindungi produk daripada diciplak. Boleh dikatakan ianya seperti bengkel menulis, tetapi tidak seperti bengkel menulis buku yang sedia ada di luar sana, ini lebih fokus kepada menulis ebook yang “Terhangat di pasaran”!
Pesanan saya…
Saya selalu baca respon-respon anda di Tip Satu Minit ini, dan saya dapati ramai antara anda pandai menulis dan banyak informasi hendak dikongsikan. Think about it, why not fikirkan the possibility untuk menjadi seorang infopreneur dan kongsikan ilmu yang anda ada dengan orang ramai disamping memperolehi pendapatan melalui perniagaan Internet.
Pendapat anda?
Oleh kerana “Workshop Mini Terhangat di Pasaran” masih di fasa awal, saya ingin mendengar pendapat anda juga. Bagaimana saya boleh improve “Workshop Terhangat di pasaran”? bayangkan sekiranya anda sertai, apa yang anda ingin tahu? Apa yang membolehkan / membantu anda untuk menjadi seorang infopreneur? Apakah keraguan anda mengenai menjual informasi di Internet?
Apa sahaja pendapat/komen/ idea amat-amat dialu-alukan! Sama-sama kita jadikan “Terhangat di pasaran” Workshop best seller seperti Workshop Jutawan Internet!
ps: Workshop Jutawan Internet. Bagi yang berminat, klik di sini!
pps: Nampak gayanya, tiada pemenang teka-teki semalam… rasanya, tiada yang kaji logo di atas betul-betul kut? Saya kan asalnya seorang designer… pastinya logo saya buat memberi clue terbesar 😉
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
ehmmm…bagus ni!
Tahniah! Satu lagi produk info yang pastinya akan menjadi hangat di pasaran internet!
Saya yakin, workshop mini ini akan mendapat sambutan yang lebih hebat memandangkan ia akan memberikan informasi yang padat, ringkas dan jika ianya mini, sudah pasti harganya akan lebih rendah!
Tak sabar nak tengok website baru ni!
selamat pagi,
great! saya menanti kedatangan workshop ini di JB.
Owh.. Panas! Panas!
Surely akan hadiri workshop nie 🙂
Dari pengalaman, harap2 workshop boleh membantu saya untuk :
1. Bagaimana menghasilkan produk yang kebanyakannya diterima pasaran sebagai ‘Star’. Sebab ramai yang buat produk, tapi macam suam2 kuku je…
2. Perbandingan, prospek dan tips produk informasi yang dijual di Malaysia dan pasaran antarabangsa
3. Bagaimana mengurang kebergantungan kepada trafik yang tinggi utk terus buat jualan
4. Bgmn meningkatkn kredibiliti dengan menjual produk informasi (ebook) berbanding dengan penghasilan buku fizikal. Sebab kebanyakan orang tengok ebook ni cara orang nak jual ‘buku’ 2nd class bila penerbit tak mahu terbitkan hasil penulisan tersebut.
5. Mungkin boleh sentuh tentang potensi bentuk2 produk informasi yang lain selain dari ebook. COntohnya mp3 audio, video pendek, DVD tutorial, atau membership site.
Waaa.. Memang tak sabar nak tunggu workshop ni nanti!
Mana aci?. Jawabnye : aci kat India lah! (petikan dari kartun Upin & Ipin)
IK. Ini sesuatu yang dinanti, kebetulan berkenalan dgn seorg penulis buku.So, ada kejutan lagi ke utk peserta workshop tu, yang free mungkin?
hehe..workshop baru rupanya 🙂 Tahniah!
Saya sokong usaha ini..Memandangkan senario yg selalu berlaku di dalam industri internet Malaysia, ebook terhangat di pasaran adalah ebook berkaitan buat duit dan IM sahaja.
Sedangkan, banyak lagi ruang dalam industri lain yang boleh diisi.
Apa yg saya harapkan, makin ramai usahawan berminat untuk menulis ebook yg berkualiti supaya makin ramai rakyat Malaysia mempercayai kredibiliti ebook.
Selain itu, semoga teknik mencipta & memasarkan produk informasi yg diajarkan nanti boleh di-duplicate oleh semua newbie.
Selamat Maju Jaya
Waa. Best ni. Tidak lama lagi ramailah infopreneur. Syabas kerana menglahirkan banyak ahli perniagaan Melayu. 🙂
ooo.. bengkel membuat ebook yer.
tahniah bro.. bertambah satu lagi produk.
syabas waw!tahniah irfan apa yg saya fikirkan untuk buat bisnes internet ni adalah yg utamanya mesti kreatif,banyak idea.. baru saya nampak bezanya pendapatan jualan secara biasa dan menggunakan internet… dan strategi yg bagus….buat ebook boleh tanya berapa agaknya harga nak joint bengkel separuh hari ni…saya berminat..
ha..ha..nampaknya mcm betul la tekaan saya smlm cuma kurang tepat.. tapi dah nampak dah mcm wokshop untuk membuat sesuatu yang terhangat dipasaran… (tak dapat hadiah ker? 🙂 )
memang ini yang ditunggu dan yang dicari oleh saya selama nie slps menyertai wokshop Ik 2 ogos hr tu.. sebab saya dah kaji saya nak jual produk informasi.., tapi saya tak tahu apa produk informasi yang terlaris di pasaran.. dan Alhamdulillah..IK akan menjayakan sesuatu yang amat saya perlukan.. TQ IK.. dan daripada modul yang IK berikan saya rasa menepati apa yang saya ingin tahu ttg penulisan e-book..tambahan lagi ttg hakcipta setiap laman web IK.. memang tu yang saya nak tanya dari hari tu..
memang saya takkan lepaskan peluang keemasan nie..
p/s ;IK, harap2 bekas peserta wokshop dapat diskaun untuk wokshop mini nie ye..
Didahului dengan terima kasih.. 🙂
aida6907.blogspot.com
terima kasih atas feedback semua!
seri > why johor, i’ll take it straight to singapore! 🙂 bdw, did u just called me “sir” in previous postings? tak kena la… 🙂
irwan > thanks for the ideas, will take note!
aida > kurang tepat, tak dapat la hadiah 😉 but, don’t worry, to all my special participants, tentunya dapat special rate!
why johor?
since its mini wrkshop, im afraid ur team are not ready to conduct it in s’pore(berbaloi ke? memandangkan operation cost yg tinggi)
so the nearest to me is JBlah..
why sir?(in malay TUAN rite)
thats how i show my respect.
terima kasih
byebye
Interesting. Ni kena bilang orang Singapore!
http://www.fadzuli.com
Ye bisnes ebook ni kalau kena gaya dan strategi, memang lumayan. kalau saya sebagai peserta , saya nak tahu bagaimana cara nak letakkan harga bagi sesebuah ebook tu, adakah bergantung pada kuantiti muka surat atau kualiti lagi penting? adakah perlu letakkan bonus, sebagai salah satu cara untuk tarik minat bakal pembeli
Dalam workshop tu nanti, kalau boleh, nak tahu macam mana nak establish diri sebagai penulis ebook di mana kita nie tidak ada kelayakan langsung dalam bidang tersebut.
Sebagai contoh, ebook yg kita nak tulis tu berkenaan kewangan. Tapi diri sendiri tak ada ijazah kewangan. Ditambah pula diri sendiri pun belum achieve ‘financial freedom’ (eventhough still on track).
Adakah kita perlu mencapai tahap tertentu dalam bidang kita sebelum memberitahu orang lain? Macam Irfan sendiri, keluarkan buku ‘Rahsia Internet.com: Rahsia Jutawan2 Internet Terbongkar’ bila dah capai RM1mil mark.
salam.. 🙂
Saya confuse la IK..Workshop Jutawan Internet & Workshop Mini IK Terhangat Di Pasaran ni..Sekali ataupun asing2? 🙂
tahniah ik….. x sabar rasanya nak join…
kalau boleh ik buat la kat peneng… sya rasa ramai yg nak msk workshop ik
idea dari irfan memang unik,keratif dan lain dari yang lain..SENI pemilihan idea yang ada pada irfan…saya rasa ada juga pada saya. Tak lah sehebat ik.
Peace out!
Berminat juga untuk turut serta.
Mungkin IK boleh berikan nanti pro and kontro kesan dari lambakan perniagaan produk infomasi di internet.
Dengan penjelasan itu nanti dapat memberi jawapan dan idea kepada peserta bengkel untuk menghasilkan produk yang lebih baik dan berkualiti.
owh……….
workshop mini sbnrnye ye……
bgs2……
bleh tambah lg ramai org yg mahir menulis produk2 informasi…….
🙂
IK..BILA TARIKH LG IK PALN SLPS RAYA TU..I NK JOIN.. 🙂
xsabarnak lancarkan e book sendiri.. 😉
1: bagaimana nak letak harga ebook
2: cara establishkan diri & kredibiliti walaupun belum mempunyai kelayakan
are good ideas. insyaallah akan di masukkan di dalam modul 😉
-ik
IK..BILA TARIKH LG IK PlaN SLPS RAYA TU..I NK JOIN.. 🙂
xsabarnak lancarkan e book sendiri.. 😉
Wow! This is a very good opportunity for me since i’m also an author. Why not kembangkan jadi infopreneur pulak kan? Betul mcm irfan kata, royalti dr jualan buku mmg jauh berbeza compared dgn keuntungan dr jualan ebook!
Dlm w/shop mini tu, adakah akan diajar camne nak buat ebook from A-Z coz saya ni mmg blur langsung pasal buat ebook. Tak tau software apa nak guna etc. Sbbnya sblm ni tak pernah terfikir nak buat ebook although Amalia pernah suggest that I come out with an ebook.
Brilliant idea Irfan! Looking fwd to participate..
Tahniah! Nampak cantik juga laman web baru rahsiainternet.com ni. perbezaan royalti antara internet dan buku nampak berbeza. Apa komen ik tentang program appiliate?
Salam IK,
Berita ni sampai tepat pada waktunya. Akak ada tulis tentang beberapa subjek dan rancang nak beri kat publisher hujung tahun ni. Tapi bila tengok pendapatan dari ebook yang IK tunjukkan, rasa lebih baik terbitkan sendiri melalui ebook.
Agaknya bila mini workshop ni akan diadakan di Singapura?
salam,
ini mesti best klu dtg wshop ni pasal setengah hari je..hehe..klu sy nk join berapa plk bayaran untuk student IK dlm wshop jutwan internet yg lepas?? 🙂 diskaun??
==========================================
Ketahui rahsia terbaru meningkatkan minat
kanak-kanak untuk belajar di :
http://www.kamusgambar.com/
==========================================
yuran brape IK? kalau workshop biasa 800. ni workshop mini mesti separuh harga @ 400 jer nih 😉
Salam IK, waa seminar baru ye. Sy mmg sgt berminat nk jual ebook ni, mmg dah ada idea but I think with ur seminar akan lebih mantap lagi nnt aplikasinya ^_^
Btw sy dah postkan CD infinatez, klu dah dpt nnt email la sy ye ^_^
Alvin MY
BBKK team
Trimas, tapi saya nak bagi pendapat gak bleh?? Sebenarnye produk yang paling laris kat internet memang betul informasi. Tapi kalau ko ubah sket, informasi tue jadi “ilmu” camner?? Haaaa, barula betul bagi aku.. sebab tuela orang yang berilmu tu orang yang kaya. Haha, betul tak aku cakap?? sapa setuju?!!
Wow, bestnya. Rasa nak joint tapi usaha utk jual produk biz internet pun belum jalan lagi ni, huwaaaa…..
Salam Ik, seminar baru rupanya, hehehe..
Memang nanti seminar yang terhangat di pasaran.
Saya sentiasa menyokong sifu IF…
Selamat berpuasa.
wah..tahniah IK
harap selepas ini betambah la rezeki jutawan kita ini..amin…
sir, can i know how mini it is?
i mean the duration(hours)of the workshop.
terima kasih
waa..bagus nie.rasa sangat teruja untuk mengikuti seminar yang ik anjurkan
wow…teruja sungguh sy….mmg terhangat di pasaran sekarang ni…..syabas..:)
Wah menarik 🙂 Saya cuba fikir jugak semalam hehe..
Tahniah dan semoga industri ebook tanah air akan semakin berkembang 🙂
IK, reserve me 1 seat please. I have many ideas and informations to be sold. Just need some right tune to make some money while sleeping 😉
Kak Mazny > hehe 🙂 jom la start tulis ebook.
Labanon > buku team FB dah jadi workshop 🙂 WOW! Majulah ebook utk negara!
Amalia says: “Kak Mazny > jom la start tulis ebook.” –> jom la kita gi sesama nana… pegi the 1st w/shop ni? Nak tak?
Ingatkan IK nak cipata lagu ataupun lirik tadi Bikin gempak aje. Neway…skang nie sape pun xbley nak elak atau nak nafikan bisnes Internet ini menjanjikan seribu macam kejayaan . pokok pangkalnya how we create our bisnes to generate own business. ChayoKkk…
Bisnes TDTone
http://www.bisnestdtone.com
Assalamualaikum!
Saya ingin tahu apakah faktor-faktor utama sekiranya ingin menghasilkan sebuah ebook yang bagus dan berfaedah. Apakah hanya perlu ada knowledge sahaja kemudian tulis, atau menulis sesuatu bergantung pada pengalaman, atau lebih baik menulis tentang sesuatu yang sedang kita lakukan (hands on) mengenai sesuatu yang lebih teknikal?.
Lebih tepat lagi bagaimana buat keputusan untuk memilih apa yang ingin dibawa kepada orangramai, supaya tak menulis syok sendiri. Buat ebook dah tentu nak orang beli, tapi mesti nak dapat kepuasan juga dengan apa yang dibawa dan disampaikan. Mungkin IK ada jawapan dah!
Salam dari Adilla.
harap dapat masukkn cara2 paling terbaik untuk membuat iklan especially to newbiz.coz walau sehebat mana pn produk kalo tak dikenali akan gagal juga…tq
Ingatkan ebook.. Wokshop rupenye.
Anyway, its a great idea. Boleh la bagi tips skali bagaimana nak jadikan sesebuah ebook itu lebih berkualiti ye..
saya peminat setia blog irfan tapi jarang jadi “juru komen”…bagi saya sendiri,kita mempunyai idea tapi kurang dari segi untuk mengembangkan idea tersebut.Sebagai contoh jika kita mempunyai minat komputer tapi tidak tahu macam mana nak mengolahkan sumber tersebut biar jadi duit:)…satu lagi,kelemahan yang ada pada seseorang adalah kelemahan untuk meluahkan dalam bentuk tulisan/ebook.Saya harapkan dengan bengkel ini dapat menyelsaikan masalah…
wow ble tahan sebulan dapat rm40,000
IK you r my IDOL
http://www.silap-mata.com
saya suka bc blog IK!!!!
En.IK, saya berharap En IK dapat dapat meangadakan Workshop di sabah, kalau ada …BEST… untuk orang2 sabah. Penyertaan mesti MALATOOPPPP !!!!!
Saya yakin, workshop mini ini akan mendapat sambutan yang lebih hebat memandangkan ia akan memberikan informasi yang padat, ringkas dan jika ianya mini, sudah pasti harganya akan lebih rendah!