Beberapa hari lepas saya ada sebut tetang sebuah program Realiti-TV terbaru yang saya terlibat. Rancangan tersebut adalah Realiti-TV popular TV3: Nescafe Kick-Start! Kini Kick-Start masuk musim ketiga. Kali ini saya diberi kepercayan menjadi judge bersama Azah (bekas pengacara 3R) dan Weng Keong (judge dari season 1 & season 2).
Siang tadi shooting untuk Kick-Start episode 1, tidak lama lagi, ia akan disiarkan di TV3. Atas adalah gambar kami bertiga…
Tip hari ini ada berkaitan dengan pengalaman saya hari ini. Hari ini dalam 30 peserta membuat persembahan di hadapan kami. Walaupun ramai yang bersedia… namun, ada beberapa yang tidak prepare dengan bahan atau info untuk dipersembahkan. Persembahan adalah amat penting terutama dalam temuduga, persembahan profesional ataupun dalam berunding.
Dalam persedian untuk melakukan sesuatu persembahan, berapa banyak persediaan perlu dilakukan?
Speaker pakar ternama Brian Tracy mengatakan, untuk setiap 1 minit persembahan profesional, perlu ambil masa 1 jam untuk bersedia. Ertinya, untuk menyediakan persembahan 10 minit, perlu membuat persiapan 10 jam untuk menjadikan persembahan anda mantap dan tidak terkalah!
Secara keseluruhan, saya amat teruja dengan peluang dapat bertemu anak-anak muda yang bercita-cita besar. Walaupun dari beribu penyertaan, hanya 8 akan di ambil untuk siri-siri seterusnya, namun harapan saya, cita2 penyertaan yang lain tidak pudar.
4 daripada 8 penyertaan di atas akan diberi RM30,000 untuk menjalankan impian mereka, manakala daripada 4 tersebut, seorang akan dipilih menjadi juara dan mendapat hadiah RM150,000.
Seronok dapat melihat anak2 muda yang bebas berfikir tentang “dream career” mereka. Mungkin adakalanya kita juga perlu berfikir seperti anak-anak muda! 🙂
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
wow menarik jugak rancangan ni. Hadiahnya pun lumayan. 1 minit persembahan mengambil masa 1 jam persediaan lama tu rasanya tapi bagus juga buat yg terbaik.
Program ini pada pendapat saya sebuah program reality yang berfaedah dan patut mendapat pemerhatian lebih dari orang ramai. tapi dari pemerhatian saya, dari segi promosi ia tidaklah sehebat promosi program-program reality yang lain, dimana mungkin kurang nilainya, apa pendapat anda semua? adakah kerana kos? mindset? atau lain-lain sebab?
Saya minat rancangan ni. harap2 kali ada peserta yang datang dengan idea yang menarik dan luar biasa.
tahniah , wah…semakin popular skrg.
diharap dpt mengambil peluang kat media elektronik ini utk menerangkan kehebatan ebiz seterusnya menyakinkan ramai lagi rakyat diluar sana utk berurusan seharian menggunakan internet.
yeahh.. akhirnya.. dapat peluang nak ikuti siri kick start seterusnya…
saya pun penggemar rancangan ini.. tak sangka pula terpilih jadi juri.. congrat 🙂
Kita boleh tengok kebolehan generasi baru kita seperti rancangan ‘Apprentice’ tetapi diubahsuai dengan ‘Malaysian Culture’.
Generasi kini perlu manfaatkan kebebasan untuk meneroka talent dan melaksanakan impian mereka dengan cara yang betul dan wajar. Mereka sangat bertuah. Namun saya harap generasi senior belum terlepas peluang; selagi hayat masih ada, selagi mata, hati dan minda masih terbuka… di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Betul tak Irfan?
betul tu Sharifah …. tapi apprentice to format dia amat2 mencabar…. sampai berdebat selisah pendapat.. 😉
As’kum..saudara irfan dah jadi juri…baguslah..moga2 banyak ilmu boleh diberi kat orang2 Malaysia….Zamri Azran Alam
mmg bagus rancangan mcm ni..patut diperbanyakkan..kalau boleh semua tv channel ader satu rancangan berkonsep macam ni..baru terbuka pemikiran remaja kita..inilah masanya sebab realiti tv adalah trend sekarang..stesen2 tv sepatutnya perbanyakkan program realiti mcm ni supaya remaja tidak terlalu taksub dengan nyanyian/selebriti..tapi sekarang ni semua tv channel lebih fokus kpd realiti tv utk mencungkil artis baru…dan promosi terlalu berlebihan sehingga ramai yang nak jadi artis..
insyaallah tak lama lagi, makin banyak realiti TV seperti ini yang akan mengetengahkan tentang kejayaan dan motivasi.
beberapa stesen TV sedang membincangkan program2 baru format sebegini dan sekiranya ada rezeki, saya juga akan turut terlibat 🙂
Seronok juga dapat melihat remaja bercita-cita besar… ketika temuduga, ada juga beberapa peserta yang mengatakan idola perniagaan mereka “IK khairi”!
terima kasih atas sokongan!
“Seronok juga dapat melihat remaja bercita-cita besar! ketika temuduga, ada juga beberapa peserta yang mengatakan idola perniagaan mereka â€IK khairiâ€!”
dr,
saya pun mcm mereka juga.
dr irfan khairi adalah idola saya.
ok ka?
ok sahaja! 🙂
Tahniah..akhirnya dapat capai matlamat nak wujudkan program realiti…camner saya nak join sekali??…hehe
Assalammualaikum
Saya pergi audition pada hari Jumaat tu. Tak sangka dapat jumpa Saya memang kagum dengan kejayaan Bukti kejayaan anak Melayu. Sayangnya saya tak terpilih untuk top 8. Maybe tak de rezeki. Lagipun nervous bila berhadapan dengan kamera. Tapi saya akan tetap teruskan impian saya. Cuma mungkin lambat skit kot nak tercapai. He he…
Saya amat berbangga atas kejaayaan.dr irfan kerana telah banyak menjanakan idea pada masyarakat malaysia tentang kejaayan dan dapat memberikan pengetahuan yang sukses,saya memang bersetuju supaya rancangan2 yang berkonsepkan motivasi sebegini dapat memupuk para pendengar dan remaja…iya akan lebih bererti kerana stesen TV ataupun akhbar di malaysia berikhtiar untuk mengetengahkannya..!saya akan mendapatkan buku IK nanti dan ianya juga memberi saya satu ilham dan semangat dalam kejayaan…syukur alhamdulillah!
Assalamualaikum,
cuti hr tu tengok nescafe kick start…sy betul2 teruja..sbb sy pun ada ada cita2 yg nak dicapai..sy dah berkira2 nak join next season..tp bila tengok umur setiap finalist semuanya below 25….tahniah utk irfan sbb jd salah sorang org ptg…sy rs tu antara pembakar semangat mereka.. 🙂
assalamualaikum, hari sabtu lps saya sempat tgk rancangan nescafe kickstart tu.rasanya memang menarik.suasah tknak menilai para peserta.majoriti yang terlibat smuanya bagus2.tahniahla terpilih jadi juri.
TAHNIAH ada tips bagi saya yg remaja ni nak berjaya??
saya ada projek mega dalam bergabung dengan sebuah syarikat Mas Cotek..
agak-agak saya boleh x capai cita-cita saya mendapatkan keuntungan RM1 Juta pada tahun depan?? 🙂
ASSALAMUALIKUM ANA NAK MASUK PROGRAM INI MCM MANA
wow! IK mmg rajin membaca..i can tell from ur writing (article)
Wow…dashyatnye…erm…leh bg tips2 yg bgus untuk sye x?Plz…thanks a lot…