Irfan Khairi di Brunei

Sebabkan post lepas berbunyi sedikit negatif, hari ini saya nak “balance”kan dengan posting positif pula.

brunei.gifHari ini saya berada di Brunei, baru tiba semalam. Alhamdullah, kini saya mendapat kepercayaan kerajaan & semi kerajaan Brunei untuk membuat talk motivasi bertajuk “Mengenali Kekuatan dan Potensi Diri”. Pertama kali saya dijemput ke Brunei di bayar oleh kerajaan Brunei- banyak juga mereka bayar. Maklumlah, negara kaya raya 🙂

Seronok first time buat talk di sini dan mereka amat appreciate profesional speakers sehingga flight pun sponsor business class, hotel pun 5 star. Terasa macam selebriti barat pula 😉

Tip hari ini saya nak berikan khas kepada mereka yang ingin menjadi motivators/professional speakers sebagai kerjaya seperti saya, Bro Kamal Affendi, Dr Tengku Asmadi (dari posting lepas). Tak kiralah, motivator/speaker bidang apa. Untuk berjaya sebagai speaker, pegang kepada 3 tip berikut:

  • Fokus pada satu bidang sahaja, terutamanya bidang yang anda minat dan mempunyai pengalaman. Sebagai contoh, topik talk saya berkisar KEJAYAAN & JUTAWAN- ini menjadikan anda “pakar” dalam satu bidang!
  • Gunakan style anda tersendiri- Be Original! tidak perlu terikut-ikut cara pakar motivasi/speaker lain. Sebagai contoh, gaya saya agak santai & bersahaja, cara pakaian ada sikit “rock” & tak formal, dan cara penjelasan menggunakan pengalaman sendiri- ini menjadikan anda unik!
  • Pastikan anda boleh “connect” dengan audience. Caranya adalah, jangan cuba muatkan terlalu banyak point dalam waktu yang singkat. Ini akan menghilangkan connection orang ramai dengan anda. Speaker-speaker baru sering melakukan kesilapan ingin menyampaikan banyak informasi dalam waktu yang singkat. Sebagai professional speaker, LESS IS MORE!

Dengar-dengar cerita hari ni 1,500 rakyat Brunei akan dengar talk saya. Selamat menjadi profesional speaker & semoga lebih maju industri motivator & profesional speaker Malaysia! 🙂

Bagi anda, apa yang anda ingin lihat pada seorang motivator / professional speaker?

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

31 thoughts on “Irfan Khairi di Brunei

  1. Seorang pensyarah telah memberi tip bagaimana untuk meghalang sifat gemuruh sebelum menjadi speaker atau memberi ucapan pe pe. Yang paling utama katanya adalah…pergi buang air kecil dan air besar dahulu. hu hu. Saya cuba buat…berhasil.

    syah

  2. slmt pg irfan,
    saya nak dgr dan tgk motivator yg bersemangat…
    bila dgr dan tgk dia, saya pun bersemangat…hehe

  3. Salam perkenalan,

    Selamat menyampaikan motivasi & semoga dipermudahkan segala urusan 🙂

  4. Assalamualaikum ik…

    wah!!sampai ke Brunei bagi ceramah…gila seronok dengar…

    saya pun minat sangat2 nk bagi ceramah motavasi..tapi diri sendiri belum ckup motivasi..heheheheheh…

    apepun TAHNIAH untuk dr.ik…doakan kejayaan saya jugak…u really inpire me…

    wish u always in Allah creations..amiinnn..

  5. Selamat dtg ke Brunei! Syiok betul ler ceramah Irfan tadi pagi di ICC tu,sungguh interaktif! Semoga Irfan akan lebih berjaya lagi dlm kerjaya dan enjoy2 ler di Brunei ni,ada banyak tempat yg seronok.

  6. kalau ditanya apa yang sy ingin lihat dari seorng motivator….
    -sy ingin lihat karisma yang dimiliki
    -eye contact…buat audience rasa dirinya mmg penting berada didalam bengkel tersebut
    -meggalakkan penyertaan dalam setiap aktiviti tp tidak terlalu menekan
    -bijak mengawal keadaan,audience(mb ada audience yg boring,pendiam,mengantuk or terlebih excited.

  7. Fuhhh Sifu!!…dalam duk bloggers2 Malaysian curiga dengan you… 😈

    Orang Singapore panggil buat Talk, now Kerajaan Brunei pulak memberi kepercayaan. Memang Hebat!! Bro amat kagum dengan you Sifu!!! 😆

  8. Tahniah kepada IK yang telah mengharumkan nama Malaysia.

    Saya memang berminat untuk menjadi motivator dan memang bercita-cita untuk menjadi motivator kerjaya yang berjaya satu hari nanti, InsyAllah.

    Tips yang IK berikan memang membantu tapi saya berminat nak tahu, macam mana IK control cool masa bagi ceramah? Diharap IK dapat berkongsi pengalaman.

    Terima kasih

    http://www.resumeweassist.com/blog
    Tips for effective career marketing

  9. Assalamualaikum
    Hi IK..seronok le dgr ceramah petang tadi…terutama sekali sesi membuat kapal terbang kertas..time ni nak siap kan hw dulu..hope to c u again tomorrow =)

    A fan from brunei

  10. Betul la tu..
    Kena tumpu dan fokus pada sesuatu bidang yang kita mahir..
    Hm.. mungkinkah saya akan jadi motivator pasal cacing???

  11. Assalamualaikum wbt.

    Teringin jugak nak jd motivator tersohor.

    tips: ketika agak gugup, kurangkan eye contact, tp masih menghormati audience dgn cara bercakap memerhatikan kepala audience. InsyaAllah…

  12. Irfan , kalau boleh ceritakan lah serba sedikit mengenai tatacara budaya orang disana dan suasana di Brunei . Kalau boleh dapat ceritakan keunikan rakyat Brunei .Thank you.

  13. pada pendapat saya,apabila motivator tersebut dapat mengenali audience seperti mengetahui namanya contohnya,ia adalah satu perkara yang amat menarik,tertarik..the boom!!mungkin x mampu utk mengenali semua nama tapi jika dpt kenal yg duduk kat depan2,belakang2 atau kat tepi2 pun kira sudah sangat bagus….sebab nya bila nama disebut terasa lebih mesra dan alert dengan apa yang disampaikan oleh penceramah…

  14. wah…dah masuk brunei pula…syabas

    pendapat saya… motivator perlu memberikan maklumat yang menarik, selain itu penyampaian tidak membuatkan orang mengantuk..penumpuan akan diberikan bila suasana menjadi seronok

  15. Asalamualaikum!

    I’m one of the audience at your talk session yesterday… I’m preety impress dengan your presentation tuh…Saya cadangkan that if pihak IK sdn bhd esp. Mr.Irfan sendiri untuk mengadakan progrm or sesi khusus like what you’re doing today @KK, Sabah. I’m confident and very sure that young and freshies bruneians yang truly benar2 wan to berjinak2 ngan internet enterpreneurship nih akan datang punya to your talks nih….

    There’s a lot of oppurtunities in Brunei esp. in this e.sme business nih…

    Btw I and other org2 brunei ingin mengucapkan ribuan terima kaseh segala informasi2 berguna yang telah dismpaikan sepanjang program Pesta Kerjaya 2008 Kali-2 Negara Brunei Darussalam. Hope2 ada net enterpreneur tempatan brunei yang maju dan gigih lahir dari kesungguhan IK berceramah sepanjang progrm PK 08 berlangsung.

    Diharap IK dapat pergi ke Brunei 4 hosting talks again and again after this…….

    Congrats to Labour Dpt of NBD for organising such a happening and very2 useful progrm….tahun ane…Diharap PK akan diadakan dngan lebih membina dan produktif dimasa akan datang…

    Brunei Darussalam
    The Kingdom of Unexpected Treasures

    Tahun Melawat Brunei 2008

    31st May 2008, Saturday
    Royal Brunei Armed Forces Birthday.

  16. Tahniah IK,itu yang di namakan malaysia boleh,bagus..

    mari kita beramai-ramai sokong IK mengharumkan nama negara dengan lebih jauh lagi..mudah-mudahan rakyat malaysia dapat manfaat dari apa yang IK buat…

    anak-anak muda atau sesiapa yang ingin mempelajari bidang perniagaan belajarlah dari blog ini..saya jamin anda gerenti puas hati 😉

  17. Salam,

    wah, lama sudah saya tidak melayari laman ini kerana begitu sibuk dengan pelajaran kolej. Namun hari ini ada peluang yang besar untuk saya menghantar komen.

    Nampak gayanya Tuan Ik sudah terbang ke Brunei, begitu membanggakan!

    Dan apa yang penting diSini hendak saya perkatakan adalah tentang kata2 tuan Ik untuk menjadi seorang Speaker yang:

    1)ORIGINAL

    2)PAKAR DALAM SESUATU BIDANG

    dan

    3)INTERAKSI DENGAN AUDIENCE

    ya, walaubagaimana pun, dari apa yang saya lihat Tuan IK, memang ada GAYA yang tersendiri.Tahniah Sifu!

    Terima Kasih untuk tips Tuan IK.

    Salam,
    Faruqi Jeniri
    http://www.ShockingHomeBusiness.com/blog

  18. Tahniah IK. Kini dah jadi international speaker gitu…Jadi diri sendiri lebih mudah dari cuba jadi orang lain…

  19. Assalamua’laikum!

    Tahniah buat IK yang dah sampai ke Brunei dgn tugas motivator. Bangga dgn kejayaan anak Melayu Malaysian macam IK. Supaya lepas ni boleh ‘go Asian’ pulak. Lepas tu ‘go international’ lagi. Insyaallah yakin dgn kebolehan IK.

    Saya admire pada speaker/motivator yg buat audiencenya tak sedar masa berlalu dan sentiasa ingin mendengar. Butir-butir percakapan yg diberi biarpun biasa didengar, namun disampaikan dgn cara/trademark yg tersendiri. Selain tu pastinya ia seorang yang ada direct interaction/connection dgn audience dan bukan ala-ala cakap sesorang je.

    Semoga IK terus success!

    Wassalam.

  20. A’kum,

    I’m one of your fans in Brunei. Was quite upset tak aware of your attendence here last week. Clearly it was not promoted to the public about your talk as it might be for Labour Department’s invited guest only.

    But I am happy that you will be coming back soon. Will contact Mr Faris for more details.

    Hope to meet up with u.

    Zee.

Leave a Reply

Your email address will not be published.