Internet Biz, Bolehkah 100% Automatik? (Bahagian 2)

[Bersambung dari “Internet Biz, Bolehkah 100% Automatik? (Bahagian 1)”]

Sebenarya, sepanjang karier saya menjalankan perniagaan di internet, ramai yang saya lihat mempunyai tanggapan yang salah di mana, perniagaan Internet yang dijalankan secara automatik memerlukan 100% automatik. Tidak semestinya!

Sebagai contoh, menjual ebook secara online, boleh dikatakan automatik (100%) di mana pembeli melakukan order online menggunakan kad kredit, dan kemudian boleh download ebook secara terus. Namun di Malaysia terutamanya, untuk menjalankan perniagaan 100% automatik adalah agak sukar oleh kerana masih ramai pembeli prefer melakukan bayaran menggunakan cara tradisional seperti bank-in, wang pos atau online banking, yang memerlukan interaksi manusia dalam pemprosesan order.

Tetapi, bagaimana pula menjual barangan online, dan  anda mengupah seseorang untuk melakukan proses pengambilan order, pembungkusan & penghantaran? Walaupun ianya bukan 100% automatik, namun bagi anda (pengusaha), ini pun boleh dikira automatik juga oleh kerana anda telah sediakan satu sistem di mana kesemuanya dijalankan secara automatik untuk anda.

penghantaran produk

Sebagai contoh, produk keluaran saya sendiri iaitu, CD Rom 1-2-3, memerlukan seseorang mengambil stok, mengambil order, membungkus & membuat penghantaran. Dari segi zahirnya, bukanlah automatik kerana ia memerlukan campur tangan manusia. Tetapi, bagi saya yang mengusahakannya, saya sudah sediakan sistem dan krew kami yang proseskan kesemuanya. Jadi, bagi saya, ia masih lagi automatic. Ini disebabkan terdapat satu sistem yang telah tersedia dan cuma perlu ikuti satu persatu langkah pemprosesan itu sahaja.

Contoh seterusnya adalah apabila kita mempunyai apa saja perniagaan internet dan bertambah ramai pula pelanggan kita. Sampai suatu masa anda akan mendapat banyak soalan—soalan lazim dari para pelanggan baru. Di mana anda seharusnya menjawab soalan-soalan mereka demi memastikan anda mendapat jualan.

Secara am, anda kelihatan mempunyai perniagaan internet, secara automatik di mana setiap pelanggan boleh melayari website perniagaan internet anda dan ketahui tentang produk yang dijual secara lebih detail, tanpa campur tangan anda! Meskipun banyak informasi diberikan tentang produk anda di website itu, namun seperti biasa, masih ramai lagi yang ingin bertanya tentang produk anda. Di sinilah khidmat nasihat anda diperlukan. Boleh dikatakan ini adalah perniagaan separa automatik, bukan 100% automatik.

Jadi, tak semestinya dalam jual beli online, ianya harus dilakukan 100% automatik. Ada yang 100% automatik tetapi mungkin kurang interaktif dengan pelanggan membuatkan perniagaan anda merosot. Dan pastinya ada yang separa automatik yang mana masih memerlukan campur tangan manusia atau kerjasama dengan seorang lagi manusia.

Sekiranya kita ciptakan sistem di mana perniagaan itu boleh dijalankan dengan campur tangan minima, dan waktu kita bebas melakukan perkara lain, ia juga merupakan aliran wang automatik kepada kita sebagai usahawan.

Salam Inspirasi Kejayaan.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

2 thoughts on “Internet Biz, Bolehkah 100% Automatik? (Bahagian 2)

  1. Assalamualaikum tuan IK,

    Terima kasih atas perkongsian artikel ringkas, tetapi padat di atas.

    Saya yakin ramai yang inginkan kebebasan masa apabila melakukan perniagaan, selain kebebasan kewangan.

    Jadi, tidak kiralah smada perniagaan offline mahupun online, pengurusan yang betul akan memudahkan pemilik perniagaan itu mendapat dua kebebasan yang saya sebutkan di atas.

    Saya juga sedang mencuba untuk mencapai kedua-duanya 🙂

  2. Sifu IK, Terima kasih atas perkongsian. Saya setuju sukar untuk jadikan 100% perniagaan internet kita automatik. Customer lebih suka bercakap dengan manusia berbanding cakap dengan komputer 🙂

    Lagi satu, minta tips macam mana nak kekalkan momentum mengemaskini blog ni? kejap suam-suam kuku kejap semangat tinggi..

Leave a Reply

Your email address will not be published.