Kadang-kadang saya berasa amat kecewa dengan sesetengah sikap usahawan-usahawan baru yang selalu mahu kaya cepat! Apa yang menarik minat mereka di internet adalah iklan-iklan yang mengatakan anda perlu mengeluarkan modal paling rendah dan akan mendapat pulangan keuntungannya paling tinggi, malah 10 kali ganda lebih tingginya!
ITU ADALAH SATU PENIPUAN! Semua itu angkara khianat mereka yang menjalankan skim cepat kaya sahaja… sesungguhnya, setiap pekerjaan memerlukan kerja keras dan usaha yang berpanjangan untuk berjaya. Dan jika kita mahu jadi jutawan, maka hasil kerja kita itu kenalah lebih dari seorang jutawan.
Tidak ada istilah, “Mula bisnes Internet dan duduk goyang kaki di rumah dengan mendapat keuntungan beribu-ribu ringgit!” – INI SEMUA TIPU! Tiada orang yang berjaya itu hanya duduk berehat di rumah, goyang kaki, makan sedap-sedap tanpa buat kerja! Semua kerja KERAS!
Tetapi, sememangnya ada cara-cara yang boleh memudahkan perniagaan internet kita. Dan apabila kita mengaplikasikan ke dalam perniagaan kita, ianya boleh menjadi seolah-olah pernigaan internet itu, berjalan secara automatik dan mendatangkan banyak untung sekiranya kita selalu berusaha mencari pelanggan serta membuat iklan.
Pernah saya ditanya,“Bagaimanakah caranya untuk kita boleh menjalankan perniagaan internet secara 100% automatik?”
[Bersambung di “Internet Biz, Bolehkah 100% Automatik? (Bahagian 2)”]
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021