Instagram dan Facebook saya kena BLOCK! :(

Hari ini saya menerima panggilan telefon “emergency” dari seorang rakan saya yang baru bermula berniaga di Internet sejak awal tahun ini.
Katanya agak kelam kabut…
“IK… Facebook saya kena block! Tak dapat masuk dah 2 hari!”
Sudah tentunya masalah sebegini bukan pertama kali saya dengar. Tak terkira berapa banyak kali keadaan yang sama sering saya dengar di internet, dan juga dari followers saya. Mungkin anda juga pernah dengar keadaan di mana…
Facebook saya kena block! Instagram saya kena block!
Bayangkan, sedang menjalankan perniagaan online melalui Facebook dan Instagram, dan tiba-tiba ianya di block. Pastinya kita pun akan kelam kabut dibuatnya!
Tetapi, mengapa di block?
Ada terlalu banyak sebab mengapa sesuatu Facebook dan Instagram di block. Malahan, jika terlalu banyak anda melakukan promosi di Facebook ANDA dan juga di ruang komen Facebook ANDA… ini juga merupakan sebab Facebook anda di block!
Namun, bukan sebab ini saya ingin kongsikan. Apa yang saya ingin kongsikan, mungkin agak “pedas” di dengar tetapi ianya adalah hakikat.
Salah siapa jika perniagaan kita terhenti atau tergugat akibat Facebook atau Instagram di block?
Bagi saya, salah pada USAHAWAN.
Bukan pada Facebook. Bukan pada Instagram.
Sebabnya, Facebook dan Instagram BUKAN MILIK KITA. Ianya milik syarikat Facebook dan Instagram. Maksudnya, terpulang pada mereka untuk block (ataupun unblock anda). Ianya bukan di bawah kawalan anda.
Tambahan, jika anda mempunyai followers di Facbook atau Instagram juga, bukan semuanya akan melihat mesej anda. Reach kini adalah semakin rendah. Walaupun jika anda mempunyai 1,000 followers, yang dapat lihat posting anda adalah 50 orang sahaja!
Sebabnya?
Kesemuanya adalah di bawah kawalan Facebook dan Instagram. Bukan anda!
You are not in control.
Dan inilah masalah usahawan yang sering saya lihat.
Ramai hanya bergantung pada Facebook dan Instagram sahaja dan sebarang perubahan yang dilakukan oleh mereka, seperti REACH yang semakin jatuh, HARGA IKLAN yang semakin mahal… higgakan Facebook atau Instagram kena BLOCK….
Untuk berjaya dalam perniagaan internet, jangan mengharapkan Facebook dan Instagram sahaja. Ini adalah sangat penting lebih-lebih lagi tahun 2020 ini.
Ianya adalah di luar kawalan anda.
Contohnya mengumpul database email di mana 100% ianya adalah dibawah kawalan anda. Ataupun mempunyai blog dan menggunakan teknik SEO (bawa laman web anda di hadapan Google tanpa sebarang bayaran) yang juga dibawah kawalan anda!
Sebagai usahawan yang lebih bijak, jangan hanya fokus pada Facebook dan Instagram. Anda perlu gunakan teknik dan strategi lain juga.
Dan kesemua ini dan LEBIH lagi saya sampaikan dalam Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial…
The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published.