Innovative = Ubah 10% sahaja

Innovative bermaksud mengubah sesuatu yang sedia ada menjadi baru. Kreatif pula bermaksud mencipta sesuatu yang baru.

Kebanyakan perniagaan yang berjaya dalam era ini adalah perniagaan yang inovatif oleh kerana terlalu banyak perniagaan yang sedia ada di pasaran. Dulu-dulu, perlu kreatif ketika persaingan adalah kurang.

innovative_21.jpg

Rahsia untuk menjadi innovative, senang sahaja. Iaitu, hanya ubah 10% sahaja daripada “original’. Tidak perlu ubah terlalu banyak.

Perniagaan yang berjaya ketika ini adalah mereka yang hanya mengubah 10% sahaja dari model asal. Contoh:

  • Model asal adalah kedai gunting rambut biasa. Model inovatif adalah kedai gunting rambut pantas 15 minit (contoh: X-Cut)
  • Model asal adalah kedai kopi. Model inovatif adalah kedai kopi berprestij (contoh: Starbucks)
  • Model asal adalah menjual tudung. Model inovatif adalah menjual tudung yang berharga tinggi (contoh: tudung Ariani)

Mengubah terlalu banyak sesuatu model perniagaan akan mengelirukan pengguna- dan menyukarkan promosi anda. Mengubah sedikit sahaja (10%), tidak akan mengelirukan pengguna oleh keranaย pengguna agak biasa/familiar dengan model asal.

Bila anda melakukan perniagaan, tidak kira perniagaan Internet atau bukan Internet, fikirkan bagaimana anda boleh bezakan diri anda dan pesaing dengan hanya 10%!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

25 thoughts on “Innovative = Ubah 10% sahaja

  1. Ada contoh jual tudung yang berharga tinggi … Sri Munawwarah Design. Tudung-tudungnya mahal … I sometimes think they are overpriced tapi masih beli. The way they market the tudung makes you want to wear them right away! Irresistable. I guess that’s the power of marketing and promotion.

  2. saya amamt setuju dengan IK…..sedikit sahaja perubahan boleh meningkat kembali keuntungan…saya baru memahami Product Life Cycle…apabila sampai peringkat decline,company just ubah sedikit saja untuk mendapat profit walaupun mengguna product yg sama….contoh mudah PROTON….Proton akan ubah design ke,tambah aksesori ke @ ape je tp still guna kereta yang sama…so,akan tambah lagi untung…caya la IK…tips ni bagus kita apply…

  3. Melakukan inovasi terhadap bisnes kita menjadikan kita unik sekaligus mengeluarkan kita daripada persaingan sengit antara pesaing yang sedia ada.Melakukan inovasi nilai merupakan salah satu langkah dalam Strategi Laut Biru.

  4. Contoh lain seperti kedai donat, sebelum ini hanya Dunkin Donuts je yang monopoli pasaran, tetapi kini ada Big Apple dan J.Co yang menampilkan konsep yang lebih eksklusif dan pilihan yang banyak dan lebih kreatif.

  5. saya tambah satu lagi contohnya KFC…asalnya hanya ayam goreng sahaja…
    hehe sekarang siap ada pakcik kfc lagi tu.. ๐Ÿ˜›
    Ya memang perlukan kelainan jika inginkan sesuatu yang lain perspektifnya ๐Ÿ™‚

  6. Lagi contoh yang baik adalah AirAsia dengan konsep penerbangan tambang murahnya.Lihatlah bagaimana ia berkembang ๐Ÿ™‚

  7. I absolutely agree with you,sometimes we are thinking too much on how to increase business volume,actually we can add a bit function on the product such as the outlook or features.

  8. Tp kalau kurang 10% bleh dikatakan meniru/ciplak ke? Sbb saya pun selalu ubah produk orang jd produk sendiri…kadang kala xbyk yg saya ubah sbb semuanya perfect seadanya…

    ~ecaros~

  9. Emmm ….. Mengubah 10%.
    Salah satu contoh Kaizen ( Continuous Improvement ).
    Bagus idea tu.

  10. kalau ada bisnes dobi,ape agak2nya perubahan yg inovatif yg sy boleh applykan…ada cadangan tak,IK?

  11. to odie,
    Bagi tip penjagaan kain baju..cth sutera camno nak jaga, lepas tu penggunaan pelbagai hanger yg berbeza utk seluar, skirt, lagi satu psl silk tie punya penjagaan. Baca women’s weekly byk tip2 tu, ada, ko buat cut out page utk kupon diskaun ke..lepas tu ko bubuh le reader survey utk tahu ko punya perkhidmatan(boleh improve kat sini-kajian kepuasan pelanggan).Mana-mana yang ko rasa ok, ko bagi le free dobi 5 helai baju ke sebagai hadiah. Service oriented business ni orang nak kena nampak professional, hidup dan layan semua pelanggan mcm raja!Ko buhlah juga tip2 berfesyen, ko ceduk je kat majalah mana-mana yang ko beli dan baca tu..

  12. Tips yang bagus, marketing yang kreatif dengan perubahan sedikit boleh meningkatkan minat, terima kasih IK kerana berkongsi maklumat yang berguna ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.