Ini satu tip untuk mencari idea perniagaan dengan mudah, tetapi efektif…
Cari sesuatu masalah, kemudian berikan penyelesaiannya dalam bentuk perniagaan. Apa jua perniagaan yang berjaya adalah perniagaan yang menyelesaikan sesuatu masalah.
Lihat disekeliling anda dan perhatikan peluang perniagaan melalui masalah-masalah yang timbul. Satu cara adalah baca akhbar! Sebahagian besar berita di dalam akhbar adalah berteraskan masalah. Contoh masalah: Jerubu. Untuk menangani masalah ini, ada usahawan yang mengambil peluang menjual topeng muka. Contoh masalah: Kes kecurian motor yang tinggi. Untuk menangani masalah ini, jual ‘stoplock’ motor yang sukar untuk dipecah. Contoh masalah: Kes remaja dibuli di sekolah… adakah anda mempunyai idea untuk ini? Mungkin menulis sebuah buku mengenai “Masalah Remaja Yang Terganggu dan Bagaimana Menanganinya”? Saya harap anda mempunyai idea sekarang bagai mana mencari idea perniagaan 🙂
Idea perniagaan ada di mana-mana. Setiap hari, mungkin anda sendiri menghadapi sesuatu masalah. Mungkin juga beribu-ribu orang lain menghadapi masalah yang sama. Apa kata anda ambil peluang perniagaan daripada masalah itu?
When there’s a problem, there’s an opportunity! Cakap omputeh sikit 🙂 Terasa macam David Beckham.
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
“Cari sesuatu masalah, kemudian berikan penyelesaiannya dalam bentuk perniagaan”
Masalah kebanyakan orang ialah WANG. Penyelesaiannya… masih belum ada. Ramai yang mencadangkan jalan untuk menjadi kaya… tapi yang nyata ia tak semudah disangka. Tak apa, teruskan berusaha. Ini adalah kesempatan yang tak harus dipersia. Cuba dan terus mencuba…
Asalamualaikum,
Bila cakap pasal MASAALAH. Saya cuba belah dua perkataan ini dan susun semula.
Jadilah MASA dan SALAH. Kita sering menyalahkan masa yang telah berlalu yang tidak kita lalui dengan seronok dan menyusahkan.
Samada sedar atau tidak, kebanyak manusia termasuk saya, mengalami masaalah dan melibatkab masa. Jadi nak sedapkan hati selalunya salahkan masa dan keadaan juga nasib.
Rupanya kata masaalahlah punca ujudnya perniagaan. Jadi lagi banyak masaalah lagi banyaklah peluang niaga kita. Mulai hari ini mari kita selesaikan masaalah dan jadikan peluang niaga.
… Demi masa, manusia itu berada dalam kerugian, melainkan mereka yang sabar dan berpesan-pesan denga kebaikan. ( sedutan maksud ayat WALA’S).
kebanyakan masalah bersumberkan wang..
seperti tips yg lepas saya gunakan ‘bootstraps’ saja.. modal pun dalam 200-300 sahaja.. gunakan apa yang ada pada isi rumah dan diri sendiri..
tidak mustahil mesin blender ibu saya boleh membantu saya kearah impian saya dan impian semua rakan usahawan disini..
impossible is nothing..
just do it 🙂
Menarik idea ni…
Like Zoomer said…sttuju dgn ape yg dikatakan,seperkara lagi yg nampak jelas sekali ialah penjelasan di atas kertas dgn formula2 memang mudah di perkatakan yang hanya membangkitkan semangat sseorg tetapi kenyataan dan praktikalnya gagal di laksanakan dgn cemerlang.Jesteru itu adakah pendekatan cara y
g lain boleh dikongsikan bersama??Biarpun bgtu..peluang memperbaiki diri dan pengalaman org lain harus diambil sbg iktibar ke arah kecemerlangan diri seterusnya.
yup…ambo setuju sangat…
just do it .. 🙂
One sound idea is all that you need to achieve success.
-Napoleon Hill
Dimana ada masalah di situlah ada permintaan cara untuk menyelesaikan masalah tersebut.bila ada saja permintaan disitulah ada peluang.gunakan peluang tersebut dengan bijak.
FUSSHHH.. TIP HARI NI MEMANG ANTARA YG TERHEBAT, KALAU TGH CONFUSE, KINI DAH NAMPAK JAWAPANNYA.. KATA PEPATAH ‘OMPUTEH’, DON’T JUSTIFY THE BOOK TRUE ITS COVER.. CONTOHNYA KALAU KITA TENGOK SEORG POMPUAN ‘FULAMAK SEMPOI’ TAPI ‘PERFORMANCE..?’NYA BELUM TENTU LAGI.. APA YG PASTI JADIKAN DIRI SENDIRI SBG UJIKAJI TERHADAP SE1 PRODUK YG NAK DIKETENGAHKAN.. BARU BOLEH AYAT ‘KAW2’.. TAK GITU –..? HEHEH GURAU AJE.. JGN MARAH..!
hai,
tip yang paling saya suka setakat ni!
bila ada masalah kita cuba selesaikan… betul kata papa saya, kita buat bisnes ni niatkan untuk membantu insan lain … jujur dan sabar pasti tak rugi (surah al-asr)
p.s dulu papa saya buat bisnes telefon awam, dekat area JB, duit syiling dia tuka dengan gerai depan rumah kitorang (dua kali tolong orang… alhamdulillah)
Salam.
Dik Mal lebih suka beri fokus pada permasalahn yang berkaitan dengan pendidikan, ‘self improvement’, tapi buat masa sekarang, penumpuan pad teknik menujlis dan cuba mengukuhkan kedudukan dalam alam siber.
p.s : Cakap omputeh terasa macam David Beckham yer IRfan :p
THanks
DIk Mal
AMpang, Selangor
http://norakmal.blogspot.com
idea yang menarik “MASALAH ADALAH PERNIAGAAN”.. tentu mak saya pun boleh praktikkan 🙂
YOUR NAME BEING ONE OF THE FAMOUS NAME IN MALAYSIA. HOPE WE CAN MEET ONE DAY.
I WLOUD LIKE TO JOIN YOUR TALK ONE DAY.
GOOD LUCK TO ALL OF US.
em impian ad tp………
impian ada tapi duit tak ada lah mcmc mana
Antara idea bisnes dari rumah yang saya terfikir:
1. Internet business – internet marketer or affiliate program
2. Tourist guide
3. Personal Tutor
4. Photographer
5. Translator / interpreter
6. Writer
7. Fashion designer / taylor
So, pilih mana yang sesuai… brainstorm! brainstorm!
_______________________________________
ladyct – http://www.familyshop2u.com
Geng,
Apa kata start to do info product bussiness. I mean jual produk-produk maklumat. This is the good time to do right away. Contohnya masalah kenaikan harga minyak. Turn the bad situation into money generation. Buat research how people can face this problem by whether how they can cut cost and bring extra income.
Satu contoh buku yang pernah saya baca “How to present your kids with toys without buying one” cara2 buat permainan guna bahan terbuang contohnya guna botol mineral dengan bola tennis untuk buat permainan bowling.
p/s – saya ada tulis artikel ni dalam blog saya please free to read it. Klik http://infomarketingfanatics.blogspot.com
kurang la pa yang kami nak kan…nak lebih lagi tentang tips-tips perniagaan…harap anda bole membantu kami dalam menyelesaikan masalah kekeliruan ini..
Tak mengapa saya boleh bantu, seriusly, dulu saya menggangur. lama gak.
sekarang tak lagi, memang saya percaya ada bisnes dari rumah. kalau anda siswazah menggangur, nantikan e-book Rahsia Buat Duit Dengan Tuisyen E-xra dari saya.
boleh pergi di blog ini, ada ketarangan lanjutnya;
http://www.adikgenius.blogspot.com
Sekarang ni.. saya dah terpaksa nak jadi kaya! terpaksa terima duit berlambak-lambak, takut customer lari beb!!!
Saya seorg kontractor binaan bgunan sudah lbih dr 25thn…sekrg nk cuba buat bisnes lain tp xtau ape yg sesuai..alhamdulillah n in shaaAllah modal xjd msalh cuma xtau nk wat bisnes ape..sbb slma ni tau tntg binaan logam, batu bate, besi, aluminium dan yg sewaktu dgnnya..hrp bole beri sedikit cadangn n nasihat…trima ksh