Ingin menjadi speaker pakar? bhg 3

SOALAN: Apakah perkara yg sesuai untuk kita bicarakan di saat awal memberikan talk? Ya lah, takkan terus ke isi topik, mesti ada pembukaan dulu. Pengalaman saya dalam bagi talk ni, part yg sukar sikit adalah pada masa nak mula tu. Ada tip atau panduan untuk membuatkan mukadimah talk kita powerful dan bertenaga?

Sebenarnya mukadimah lah yang paling penting sekali. ramai yang inginkan intro yang powerful dan bertenaga. nasihat saya, sekiranya “style” anda bukan powerful dan bertenaga, tidak perlu anda cuba jadikan powerful dan bertenaga. fikirkan style anda sendiri. mungkin style anda adalah lebih kepada memberi nasihat secara dari hati-ke hati. maka, tidak perlu powerful dan tenaga… nasihat secara slow & lembut pun boleh.

cuma, bila mukadimah, sebaiknya naikkan kredibiliti anda terlebih dahulu sekiranya anda tidak dikenali. contoh, kalau dato fadzillah kamsah bagi talk, sudah tak perlu mukadimah untuk naikkan kredibilitinya, sebab semua orang mengenalinya.

so, langkah pertama, tingkatkan kredibiliti dengan berkongsikan pengalaman atau cerita mengapa peserta harus mendengar anda berbicara untuk 30 minit, atau sejam… atau 2 jam… atau sehari suntuk.

langkah seterusnya, dalam mukadimah, beri overview apa yang anda akan kongsikan. cerita dalam bentuk “hook”, iaitu, beri sedikit-sedikit dan beri mereka looking forward kepada talk anda. Contoh, “… dalam masa 1 jam ini, saya akan kongsikan teknik bagaimana untuk anda menjana idea-idea yang lebih kreatif dengan hanya mengikuti 4 langkah mudah.”

memberi overview adalah teknik yang baik supaya audience juga tidak rasa kehilangan arah talk anda. mereka akan tahu apa yang mereka akan pelajari dan dari awal lagi akan membuka minda. tiada elemen yang mengejutkan!

SOALAN: Apakah persediaan awal & akhir yg perlu dibuat utk menjadi speaker?

Banyak persedian perlu dilakukan. Kalau dalam Internet, mesej saya adalah PROMOSI, PROMOSI dan PROMOSI. kalau sebagai profesional speaker, ianya adalah PERSEDIAAN, PERSEDIAAN & PERSEDIAAN.

Sebaiknya, apa yang anda sediakan adalah 75% lebih daripada apa yang anda dapat sampaikan. Ini bermakna, anda mempunyai 75% lebih banyak ilmu daripada apa yang disampaikan. Bersedia dengan lengkap dan banyak! Ini akan memberi keyakinan kepada diri anda dan memberi kepakaran yang lebih pada diri anda.

SOALAN: Apakah faktor yg perlu diambil kira supaya audience berminat & mberi perhatian dgn ceramah yg kita berikan?

Isi kandungan yang boleh “MENGUBAHKAN” gaya fikiran audience. Apa yang anda perluΒ  beri adalah “WOW” faktor. adalah sesuatu yang audience akan rasa terkejut bahawa apa yang difikirkan selama ini tidak betul sehingga anda menunjukkan dalam talk anda. Ini mengubahkan gaya fikiran mereka kearah atau dengan cara yang lebih baik daripada sebelum mereka menghadiri talk anda.

Sekiranya anda berjaya mengubahkan fikiran audience, anda pasti akan mendapat minat & perhatian audience.

SOALAN: Bagaimanakah cara utk kita mengetahui yg audience benar2 faham dgn ceramah kita?

  1. lihat mereka mengambil nota yang banyak
  2. mereka angguk atau respon dengan anda. eye contact anda adalah penting untuk melihat mereka angguk dan memberi response.
  3. dapatkan feedback mereka (lihat soalan seterusnya)

SOALAN: adakah perlu kita mdptkan feedback dr audience selepas mberikan ceramah & bagaimanakah caranya?

Sebaiknya, di awal karier sebagai speaker, anda perlu mengambil feedback untuk memastikan bagaimana audience rate anda. selalunya dilakukan dengan borang feedback yang sedia dengan soalan2 yang anda ingin tahu mengenai sesi anda. apabila menjadi profesional speaker, borang feedback tidak lagi diperlukan. namun,Β  bila anda cuba memberi topik baru, sebaiknya anda lakukan feedback ini untuk memastikan topik yang anda ingin sampaikan benar2 berkesan.

SOALAN: Apakah tools yg kita perlu gunakan utk ceramah kita?

Bergantung kepada style anda. kebiasaannya flip chart & power point. ada juga perlukan roctum (tempat berdiri tu seperti penceramah). ada juga tidak suka ada pentas dan suka berjalan sana sini (seperti saya). Ada juga perlu props. Bergantung kepada style & gaya anda…

Moga tip 2-3 hari lepas dapat membantu sedikit sebanyak mereka yang ingin berkecimpung dalam bidang ini! Selamat berjaya di arena public speaking! Sekiranya anda benar-benar serius untuk memasuki bidang ini, banyak-banyak baca buku-buku yang berkaitan. Buku apa sahaja pun boleh, lagi banyak baca, lagi baik πŸ™‚

Bulan hadapan saya dijemput mengendalikan satu sesi talk di PWTC sempena Gerak Usahawan Nasional 2007 “Sesi Bersama Dr. Irfan Khairi”. Majlis pelancaran di lancarkan oleh Pak Lah, PM kita. Bagi anda yang ingin mengikuti talk tersebut, boleh daftar secara percuma di laman MECD.

ps: Masih lagi memikirkan isi kandungan yang sesuai untuk disampaikan…

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

9 thoughts on “Ingin menjadi speaker pakar? bhg 3

  1. saya masih lagi teringat saat pertama kali berdiri di khalayak ramai ketika itu saya menceritakan pengalaman saya sebagai usahawan OKU …

  2. sewaktu zaman persekolahan,saya pernah pergi ceramah motivasi yang disampaikan oleh Syukri Abdullah.Beliau menggunakan pistol air untuk membangunkan peserta yang tidur ketika beliau berceramah.Tak sangka pistol air tersebut membuatkan pendengar menjadi terkejut dan sentiasa teruja untuk melihat siapa yang akan terkena tembakan pistol airnya.

    Dengan gaya melawak dan bersahaja menjadikan peserta bersemangat dan ceria mendengar ceramah beliau.Sehingga sekarang saya masih ingat sesi ceramah beliau.Keunikan menjadikan beliau diingati walaupun sudah lebih 10 tahun berlalu. πŸ™‚

  3. owh, saya walaupun tak pernah jumpa Shukri Abdullah, tapi bercita-cita mahu berjumpa dengan dia ..

    – Shueqy @ Shukri Abdullah –

  4. Saya sangat mengkagumi kejayaan sehingga menjadi seorang JUTAWAN. Persoalan saya bagaimanakah saya dapat mengikuti langkah sedangkan perniagaan saya dicabang yang lain iaitu tailoring dan bukan di bidang Internet.

  5. erm…saya sedang mempelajari selok belok perniagaan…masalah saya skarang… di mana saya hendak memulakan langkah saya sebagai seorang peniaga?

Leave a Reply

Your email address will not be published.