Ingin menjadi speaker pakar?

Bila baca comment pengunjung, nampak seperti ramai juga yang ingin menjadi pakar motivasi/memberi ceramah motivasi. Berikut, saya sertakan 3 tip bagi anda yang ingin menceburkan diri dalam bidang ini…

  1. Guna “style” anda tersendiri sekiranya anda ingin memberi ceramah. Tidak perlu mengikut style orang lain. Ini kerana, gaya anda adalah unik. Menggunakan gaya tersendiri, akan membezakan anda dengan peceramah motivasi yang lain. Sekiranya anda berbeza, ia memberi peluang yang lebih luas untuk ramai mengenali anda.

    Sekiranya anda pernah melihat saya memberi talk, anda akan dapat melihat cara saya yang simple- dari pakaian hingga ke gaya tutur. Sesuatu yang agak baru di Malaysia terutamanya, oleh kerana sering kali apabila memberi talk, penceramah tempatan mengenakan kot & tie.

  2. Isi ceramah anda adalah yang paling penting. Ramai menyangka, untuk menjadi penceramah hebat, perlu bijak membuat lawak. Buat lawak, memang perlu, tetapi tidak dimestikan. apa yang utama adalah isi. Anda perlu mendapatkan attention audience dengan isi dan bukan sekadar lawak.

    Sekiranya anda boleh masukkan elemen lawak, hiburan, cerita, fakta, contoh dalam talk anda, maka, ia memberi kesan yang lebih mendalam.

  3. Keep it simple! Mudahkan talk anda. Sering kali kita akan merasakan, lagi banyak yang kita beri, lagi baik. Sebenarnya, lagi banyak kita beri (sekiranya ia tidak dipermudahkan), ramai yang akan lupa.

    Satu strategi adalah, ketika memberi talk, anda perlu fikirkan, selepas 1 tahun, apakah 3 isi penting yang anda ingin peserta anda ingat. 

Sekiranya anda bercita-cita ingin menjadi speaker pakar & mempunyai soalan, kali ini saya buka sesi soal jawab 🙂 Harap2 dapat membantu!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

29 thoughts on “Ingin menjadi speaker pakar?

  1. Assalamualaikum

    Untuk menjadi penceramah yang hebat kita sampaikan apa yang kita telah biasa buat dan amalkan.(talk the way).Bercakap apa yang kita amalkan dan bukan mengambil apa penceramah lain buat untuk nampak hebat dan mendapat sanjungan pendengar.Bercakap dari hati apa yang kita mahir dan tahu setiap kelemahan serta kekuatan apa yang kita sampaikan.
    waulahua’lam.

    Wassalamualaikum.

  2. kadang2 terpikir, boleh ker nak jadi speaker pakar? apakah kejayaan kita…dan juga apa yang di miliki oleh kita, kalau dulu boleh lah..masa study dkt U, balik kampung jadi speaker untuk sekolah menengah tempat belajar….sekarang…takder sesuatu yang boleh di banggakan lagi untuk menjadi speaker?

  3. Perlu tak mengakui kelemahan kita sendiri tentang topic yang kita sampaikan kepada pendengar?

    Minta Doc. jelaskan..:D

    Hisham;
    P2..DotCom Founder

  4. Paling penting untuk jadi speaker ini adalah untuk membuat pendengar supaya tidak rasa mengentuk. Seperti yang cakap, kita kene selitkan dengan beberapa unsur humor tapi tidak lari dari tajuk yang kita cakapkan.

    Untuk membuat audience rasa bersemangat untuk mendengar, kita cakap berdasarkan pada pengalaman. Kalau orang tu dah berjaya, memang ramai orang ingin mendengar kisah / pengalaman sepanjang perjalanan untuk berjaya.

    Err, bagaimana pula kalau kita yang masih belum berjaya, tapi ingin memberi talk supaya orang bersemangat untuk mendengar?

  5. memang bukan senang nak jadi speaker, apa lagi nak bagi orang kusyuk mendengar maklumat yang kita berikan. Kena ada ilmu dan pengalaman.
    Itu kena tanya lah macam mana nak jadi hebat.

  6. Assalamualaikum…

    pada pendapat firadila…untuk menjadi speaker yang baik adalah melalui pengalaman yang dilalui sendiri dan mendalami perasaan di atas pengalaman orang lain…bila dah menghayati dan menyampaikan kepada audience dengan cara kita sendiri…masti mereka akan simpan di dalam minda mereka….sebelum tu mesti tahu teknik untuk bercakap serta berucap dihadapan orang ramai..dan speaker mestilah seorang yang bersemangat dan belajar menempuhi sebarang halangan sebelum berjaya…sanggup ke tak?

    Dan perkara yang penting sekali….ialah….

    senyum selalu…

  7. Hehe, ramainya pembaca hanya bagi pendapat. mintak soalan tu bagi jer lah. 😀 Rugi tak tanya…

    So kat sini saya ada ada 1 soalan jer, kalau banyak ambil masa lak.

    Soalan: Apakah perkara yg sesuai untuk kita bicarakan di saat awal memberikan talk? Ya lah, takkan terus ke isi topik, mesti ada pembukaan dulu. Pengalaman saya dalam bagi talk ni, part yg sukar sikit adalah pada masa nak mula tu. 🙂

    Point kat sini ialah, mukadimah kita tu boleh buat audiences terus nak dengar dan berminat sampai habis talk. Sebab kadang2 ada pendengar ni mereka menilai pada masa kita mula bercakap.

    Kononnya mereka hebatlah nak menilai di saat awal kita bagi talk, “sekilas ikan di air dah tahu jantan betina…”.

    Jadi, ada tip atau panduan untuk membuatkan mukadimah talk kita powerful dan bertenaga?

  8. tq atas ksudian irfan mberi tunjuk ajar. Sy ingin tahu
    1-apakah persediaan awal & akhir yg perlu dibuat utk menjadi speaker?
    2-apakah faktor yg perlu diambil kira supaya audience berminat & mberi perhatian dgn ceramah yg kita berikan?
    3-bagaimanakah cara utk kita mengetahui yg audience benar2 faham dgn ceramah kita?
    4-adakah perlu kita mdptkan feedback audience selepas mberikan ceramah & bagaimanakah caranya?
    5-bagaimanakah utk kita mengetahui bahawa audience betul2 memahami ceramah kita?
    6-apakah tools yg kita perlu gunakan utk ceramah kita?

    Tq irfan, selamat maju jaya…!

  9. asslamualaikum….

    Semua pendapat dan pandangan komentar2 diatas semuanya boleh diambil pengajaran buat kita semua samada yang ingin menjadi speaker atau tidak. pakar atau tidak… sebab kita semua sentiasa berhadapan dengan semua orang setiap hari…. cuma untuk menjadi speaker yang pakar ni tentu sekali lah dengan ilmu yang mencukupi tentangnya… tidak boleh sembarangan bercakap…. kadang2 ada ilmunya pun kalau tidak praktiskan, macam mana nak jadi semua tu kan…

  10. Terima kasih Saya subgguh tertarik dengan idea selepas 1 tahun isi apa yang akan orang ingat.hehe..kena memerah otak lah macam ni.=)

  11. bagus juga kalau dapat jadi speaker pakar,berada di pentas politik,pentas ilmu dan lain lain pentas menjanjikan pendapatan lumayan dan jadi jutawan hanya bemodalkan air liur dan ilmu pengetahuan.
    insyaallah izul jutawan jadi speaker pakar

  12. Assalamualaikum ,

    Sebelum ini saya selalu beri talk kepada org ramai. Namun begitu, ats sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, saya tidak dapat beri talk selama setahun. Setelah sekian lama tidak berdiri di hadapan orang ramai, saya rasa kurang yakin untuk memulakannya lagi.

    Boleh berikan tip dan inspirasi untuk saya mengembalikan semula keyakinan diri?

    Saya perlukan “magic word” dari ..

    Terima kasih 🙂

  13. jadi speaker pakar? saya rasa bukan sesuai dengan saya, sebab saya gagap(tapi hitler pun gagap jugak).. biarlah org lain jadi speaker…
    (nak asah benda yg boleh asah)

  14. Saya bersetuju dengan gaya ringkas dan bersahaja dalam memberi talk. Kerana pendengar akan cepat bosan jika kita terlalu menekankan sangat isi sehingga lupa sebenarnya pendengar kita mahu enjoy dengan talk kita.
    galeriebuku.com akan mempelajari teknik-teknik dari Irfan Khairi. Selamba dan bersahaja.

  15. . saya terpaksa mengadakan satu sessi program..
    apakah perkara yang bagus dan saya rasa tak nak laa bercakap jee..sebab saya lemah dalam public speaking..
    kalu bleh nak buat game.?
    tapi macamana..

  16. Assalamualaikum…

    Bagi saya ceramah yang berkesan ialah dengan mengemukakan soalan terhadap ceramah yang disampaikan. Berdasarkan soalan tersebut pendengar akan tertanya 2 dan menimbulkan persaan ingin tahu terhadap tips yang akan disampaikan seterusnya.

    Paling penting selitkan unsur motivasi. Sudah tentu pendengar tidak akan lupa dan pendengar sentiasa bersemangat mendengar ceramah tersebut. Contohnya cara Irfan gunakan dalam Tips satu minit.

  17. salam

    soalan saya:

    apakah ciri2 utk menjadi speaker?
    requirement dari segi; academic, working experienced, etc..

    thank u

  18. Salam,

    Pada pendapat saya, untuk menjadi speaker yang hebat, ada beberapa langkah untuk menjadi tersebut:

    1. Membentuk karisma: Cara pemakaian, cara pertuturan (menjaga tone agar tidak terlalu tinggi dan menggunakan bahasa yang sopan), postur badan, ekspresi muka
    2. Be well prepared: bahan yang cukup, isi tersusun, tidak gabrah, menjaga contact eyes, yg terpenting, BE HONEST TO YOURSELF DAN AUDIENCE, jangan menipu, jika nk memberi cerita atau contoh, berilah yang boleh diterima akal.
    3. Tutup speech anda dengan meminta maaf, mengulangi point2 yang penting sepanjang speech anda, BERSALAMAN DENGAN SEMUA PERSERTA yang di persekitaran anda sahaja (mcm YB).
    4. Unsur humor, cerita boleh diletakkan dan senyum selalu. Sekiranya anda ingin menegaskan sesuatu, buat muka serius. Tidak membontotkan penonton.
    5. Sampaikanlah speech sebagaimana anda ingin orang lain menyampaikan speech kepada anda (caranya)

  19. Untuk menjadi speaker perlukah prosuder berdaftar atau dapatkan sijil yang mengesahkan kita boleh menyampaikan sesuatu ceramah atau motivasi?

  20. Esok saya ada sharing dgn adik pelajar seramai 0 org..dan ini adalah kali pertama..saya jenis yg suka gugup..panik dan hilang fokus..hehhehee..saya jenis yg sukar bercakap dihadaaan microphone sbb gementar,kurang keyakinan diri dan pemalu..aduhaii..tapi sebenarnya saya suka nak jadi pengara..saya lemah apabila semua mata tengok saya bercakap..saya suka bergurau..tapi tulaa..Keyakinan dan Malu tu yg meneballl…huhuuuuhuu..Mr bean adalah idola saya..

    macamana nak atasi masalah ini..

  21. Instead of saying be yourself i like to said be your best self sbb kalau jadi diri kita sendiri macam semua baik buruk kita usung bersama tapi kalau be your best self kita cuba untuk jadi diri sendiri yang terbaik

Leave a Reply

Your email address will not be published.