Iklankan informasi dalam perniagaan

Zaman sekarang terlalu banyak iklan diluar sana. Kebanyakan masanya manusia dah tak lut dengan iklan. Dalam sehari secara average, kita terdedah kepada lebih 500 iklan. Tetapi kita tak pernah perasan kan?

Pernah saya travel dari KL ke KLIA, sepanjang highway nak menghala KLIA tu, saya kira lebih dari 100 papan tanda iklan (billboards). Kalau tak kira, for sure saya tak perasan punya sampai seratus lebih papan tanda… (takde kerja kira billboard)

getfit.jpg
Contoh iklan yang kurang efektif

Anyway, tip saya hari ini adalah iklan adalah amat penting zaman ini. Tetapi dengan terlalu banyaknya iklan di luar sana, orang ramai pasti sukar untuk perasan iklan yang kita lakukan.

Oleh itu, zaman sekarang, iklan boleh dikatakan sebagai kurang efektif. Zaman ini, adalah zaman informasi. Untuk menarik minat orang ramai, kita berikan informasi.

Ini kerana, manusia masih lagi lut dengan informasi.

fatb.jpg
Iklan yang lebih efektif berbentuk informasi!

Dalam iklan yang kita lakukan, muatkan informasi-informasi menarik seperti masalah yang produk kita selesaikan, jaminan produk kita, testimonial pelanggan, manfaat produk kita kepada orang ramai.

Zaman ini, informations sells. Oleh itu, bukan ikan semata-mata iklan. Tetapi, iklankan informasi perniagaan kita 😉

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

26 thoughts on “Iklankan informasi dalam perniagaan

  1. Iklan sekarang memang sangat banyak dan bersepah2.. Sampai orang ramai jadi keliru nak pilih yang mana satu..

    Kadang-kadang rasa menyampah pulak, kalau dengar Radio, asyik iklan saja… TV pun same..

  2. Yerk.. saya sangat setuju dengan IK apa yang diterangkan mengenai iklan. Zaman sekarang merupakan zaman mencari maklumat (informasi) kerana bagi mereka ilmu amat penting. Tidak kira iklan secara offline atau online kita hendaklah menerangkan kebaikkan produk dan testimoni pengguna..

    Betul tak??? 🙂

  3. Betul tu, setiap hari pun kita boleh tengok iklan kat mana-mana, tv, radio, billboard dan macam2 lagi..Manusia semakin bijak…bukan sekadar membeli tapi juga nak tau manfaat sesuatu produk sebelum membelinya..

  4. Iklan. Hmmm…
    Macam pakcik-pakcik kat kedai kopi selalu cakap la.

    “Can’t live with them, can’t live without them.”

    (Dah pakcik tu terer speaking, nak kata apa, ya tak? 🙂 )

  5. Sememangnya kita selalu didedahkan dengan banyak iklan setiap hari dan kita semakin sussah untuk menentukan yang manakan terbaik untuk dibeli.

    Rasanya sekrang ni ramai yang ingin melihat bukti sesuatu produk atau servis itu baru orang ramai percaya.

  6. Dengan persaingan iklan zaman moden ni, kita perlu lebih kreatif..kena cipta iklan yg ada ‘spark’ dan rasa ingin tahu orang ramai..baru produk dpt dipasarkan dengan hebat…

    Jadikan Al-Quran Sentiasa Di Sisi Anda

  7. bro Irfan, thanks for the info!

    Dari apa yang saya lihat kat internet, ada banyak iklan banner yang flashy dan iklan camni le yang orang elakkan.

    So saya tukar cara mengiklan, iaitu dengan menggunakan artikel pendek, dalam 3 perenggan gitu. Nampaknya berkesan, seperti yang bro Irfan cakapkan – iklankan informasi.

  8. Setuju dengan IK, ramai orang melayari internet bukan untuk mencari iklan, tapi untuk mencari informasi. Walaupun tujuan kita untuk meng’iklan’, tp kita harus hiasinya dengan informasi2 yang relevan dan menarik perhatian pengunjung.. Belajar dr buku adsense ni, hehe..

  9. Betul…betul…

    Dari pengalaman sendiri pun memang cara guna informasi memang berkesan.
    Kadang2 orang dah muak kalau semua dok promote program masing2 dapat jana 5 angka.
    Ni kalau kes bisnes internet lah.

    Kena guna cara indirect…

  10. hmm..kalau berbentuk produk ik dh beri tips informasi..kalau jenis perniagaan berbentuk perkhidmatan..bagaimana pulak? sbgai cth,saya buat servis design & printing..apa yg boleh dimuatkan dalam iklan/brochure saya?
    boleh dpt pendapat semua??

  11. Hm…Tips berguna untuk beriklan dan mempromosi sesuatu produk. Memang diakui informasi memang diperlukan dan disukai oleh semua orang. Setakat iklan gambar serupa tayang gambar kat surat khabar,majalah,tv dan internet. 🙂

  12. Sekarang ni banyak gak iklan kutuk pesaing,macam TELEKOM dengan P1…Mendapat perhatian jugak tu.Iklan bersambung-sambung pun ramai juggak penonton dia.

  13. tapi bagi saya kerana iklan jugalah kita kenal sesuatu produk.. pendek kata mahu atau tidak iklan itu mesti ada tak blh tak ada.walaupun kadang-kadang iklan itu indah kabar dari rupa hebatnya pengaruh iklan memang tak blh nk cerita.

  14. sokong apa yang dikatakan Irfan…

    iklan informasi adalah alat mekanisma yang boleh digunakan untuk menarik orang ramai untuk membaca atau mengiingatkan orang ramai…membosankan kalu just letak gambar macam biasa je …

    tambahan untuk itu saya rasa Corporate Sosial responsible (csr) advertising yang meletakkan nilai-nilai murni dalam iklan lebih medapat tempat

    Kalau ada yang pernah tenghok iklan TV3 seorang bapa yang sudah berusia bertanya berkali-kali kat anak dia ” Burung apa ‘? lalu dijawap anak dia burung Murai abah…

    ‘burung apa’? …burung Murai …. “Burung apa”?…

    bengang anak dia nak jawap …Si anak marah pun ada bila si bapa ni tanya berkali-kali macam main2 plak ke nyanyok dah ….tapi bila disorotkan coretan diari Si ibu yang bapanye semasa mudah tak pernah jemu melayan anaknye “Burung apa “….dengan sabar Si ayah menerangkan burung Murai nak ..’burung apa … Burung murai nak… tanpa jemu…

    Disini kita dapat lihat bertapa mendalamnya iklan ini kepada kita untuk nilai teladan dan murni dan memberi image yang baik semesti kepada tuan punya syarikat yang buatnya 🙂

    sekadar pendapat …….

  15. pengalaman saya iklan tu penting sebagai agent pemasaran untuk meningkatkn jualan produk. Iklan adalah agent paling penting dan perlu dibuat secara berterusan..macam syarikat gergasi di malaysia pun walaupun dh dikenali tapi masih beriklan dengn bnyknya..ini sebenarnya adalah bagi selalu memperkenalkan produk dan mempengruhi minda separuh sedar pembeli…sebab itulah banayk company gergasi sanggup keluarkan modal besar untuk iklan dan lain2 untuk mendidik pengguna tentang barangan kelurn mereka. Sedikit ilmu untuk dikongsikan bersama..Panduan membina hubungan dengan duit free untuk pembaca semua http://magnetrezeki.com/ekursus/

Leave a Reply

Your email address will not be published.