Iklan menjadi tidak efektif apabila terlalu banyak iklan di sesuatu medium yang sama
Maksudnya, untuk perniagaan Internet, sekiranya sesuatu laman web mempunyai 20 iklan (banner atau teks link), mana-mana iklan di laman tersebut tidak efektif berbanding dengan laman web yang mempunyai 5 iklan sahaja.
Untuk perniagaan bukan Internet pula, contoh, sesuatu majalah (100 muka surat) itu mempunyai 50 muka surat iklan, ia adalah tidak efektif berbanding dengan majalah yang hanya mendedikasikan 10 mukasurat untuk pengiklanan.
Apabila memilih tempat anda mengiklankan perniagaan anda, pertimbangkan perkara ini. Iklan anda menjadi tidak efektif apabila terlalu banyak iklan yang lain di medium tersebut.
The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Terlalu banyak iklan akan membosankan pembaca. Tujuan asal pengguna ‘access Internet’ untuk dapat maklumat bukan untuk membaca iklan. Regards, Sharifah Azran Alam.
i agree. for example, WANITA have published miscellaneous of cosmetis products, etc.so they difficult to attrack people to interested for their product.
Ermm.. Saya pun setuju. Thats why Google pun tak benarkan Adsense bercampur dgn ads lain dalam satu-satu web/blog page 😉 .
Salam
Saya setuju dengan pendapat Iklan yg terlalu banyak dalam satu2 muka surat tu mmg kurang effektif. Mana taknya para pengiklan terpaksa compete diantara satu sama yg lain dan keberkesanannya pula tak pasti.
Zahiruddin
p/s: Hari tu saya tak sempat jumpa di Yayasan Ilham Budi.
Terlalu banyak iklan pun nampak berserabut.
oooh,mcm gituu.tip yg bagus dan macho
pepatah melayu berbunyi, sambil menyelam, minumlah sedikit air.
ertinya spt blog , pelbagai tips harian diberikan, setiap hari ramai yg melawat dan membacanya, sambil selitkan dgn iklan produk2nya. dan yg penting sekali, iklan di sini tidak berserabut/banyak sangat. so, dah buat “2 in 1 work in 1 website”, betul ka pendapat saya ni?
Terima kasih tip yang baik..Saya selama ni tak perasan pulak . Ingatkan lagi banyak lagi bagus. TQ
Irfan dan rakan-rakan usahawan yang dihormati….
Saya nak membuat sedikit research tentang perniaagan dobi. boleh tak tolong saya untuk mengetahui lebih lanjut lagi bagaimana dan di mana saluran atau ruangan untuk mengiklankan business perniagaan dobi serta info2 yang berkaitan.
terima kasih di atas segala kerjasama dan bantuan dari kalian. wassalam…
Nice .iklan yang banyak menyebabkan masing2 nak compete….memamng kurang efektif..blog pun x banyak iklan….hehe…Thanks
good idea, tak sangka macam tu rupanya,,,
Saya agak kurang setuju. Seperti contoh yang diberikan , sesuatu majalah (100 muka surat) itu mempunyai 50 muka surat iklan, ia adalah tidak efektif berbanding dengan majalah yang hanya mendedikasikan 10 mukasurat untuk pengiklanan.
Bagaimana dengan The Star? Rasanye lebih banyak iklan dari info. Tetapi akhbar tersebut lebih efektif dan top ranking antara akhbar berbahasa inggeris di Malaysia. Dan ramai pengiklan2 mengiklan di akhbar tersebut.
Bagi saya cara mengolah teknik pengiklanan penting. Contoh, 1 laman web mengiklan 50 iklan secara random dengan 5 iklan dalam 1 muka lebih efektif berbanding mengiklan 50 iklan dalam 1 muka.
rafhan, tip ini adalah mengenai iklan sama ada iklan tersebut efektif atau tidak. bukan media yang efektif atau laris. jangan lupa, ramai pengiklan tidak bermaksud iklan mereka efektif. selalunya ia adalah sebaliknya seperti tips hari ini.
SAYA bersetuju dengan tips itu…paling ketara yg dpt dilihat ialah di media elektronik iaitu radio era…terlalu banyak iklan sehingga boleh dikatakan radio khas untuk pengiklanan…tu yg ramai buat alternatif ke radio lain especially hotfm…
salam
kalo nak buat majalah iklan plak cemane nak efektif sebab semuaaaanya iklan mmmm…
IK tolong advise sket.tq
hello
Ni nak kongsi pengalamanla. Sayatu benci sangat kalau buka website yg terlalu banyak iklan. Maksud kita suff web tu sbb nak tengok apa yg ada (info) pada web tu, bukan nak tengok iklan. Banyak masa terbuang dan ‘hanyut’. Pas tu saya pun bye-bye laa..
So I think Mr IK, u r absolutely correct!