Minggu lepas saya baru pulang dari bercuti di Australia. Jauh perjalanan luas pandangan. Antara sebab saya suka melancong (selain bercuti dan berehat) adalah mencari idea-idea perniagaan di luar negara. Ketika mencari idea perniagaan di Gold Coast, terdapat beberapa perniagaan yang menarik minat saya. Sekadar berkongsi apa yang bermain dalam fikiran saya, berikut adalah beberapa contoh…
- Mini Golf. Rasanya di Malaysia belum ada lagi mini golf course. Padang golf dan driving range yang besar-besar tu memang ada. Tetapi, mini golf ni, adalah seperti taman golf kecil rekreasi untuk seisi keluarga. Bermian golf di taman kecil bersama keluarga adalah sesuatu yang menghiburkan! Satu idea yang menarik untuk di bawa ke Malaysia. Klik di sini untuk laman web mini golf di Australia
- Mesin Sewa DVD. Sebabkan saya minat menonton DVD, mata aya terpaku dnegan satu mesin sewa DVD ketika berjalan-jalan di Surfer’s Paradise. Ya, seperti mesin Coca-Cola dan minuman gas di Malaysia, di sini, terdapat Mesin sewa DVD! Pengguna boleh pergi ke mesin tersebut (saiznya lebih kurang sama seperti mesin air berkarbonat), dan memilih DVD yang ingin di pinjam. Apabila selepas menonton, boleh pulangkan kan DVD tersebut di mesin itu. Hmmm… mungkin idea yang baik di Malaysia kerana 1.DVD adalah mahal untuk dibeli 2. Untuk mengelakkan cetak rompak DVD, pilihan menyewa DVD original pada harga yang rendah adalah satu pilihan yang baik!
- T-Shirt kelakar. Rasanya di Malaysia sudah ada, tetapi, masih belum meluas- iaitu Baju T yang ditulis jokes atau lawak jenaka. Satu baju T yang saya terbaca adalah “My Friend Went To Gold Coast and all he bought me is this lousy T Shirt”! mungkin saya boleh belikan T Shirt ini untuk kawan-kawan saya di Malaysia nanti… ;)Mungkin juga Baju T kelakar berbahasa Malaysia juga belum meluas lagi di pasaran. Oleh kerana lawak jenaka adalah suatu yang universal, ia merupakan sesuatu yang boleh diterima oleh semua orang. Siapa yang tidak suka ketawa bukan?
Sememangnya jauh perjalanan, luas pandangan. Memang banyak idea-idea perniagaan yang saya dapat di sini dan boleh di bawa ke Malaysia. Mungkin satu hari nanti saya akan kongsikan banyak lagi dengan anda.
Tetapi, dengan zaman yang serba canggih hari ini, tidak semestinya kita ke luar negara. Seperti contoh-contoh saya di atas, ianya boleh didapati melalui Internet! Jangan jadikan alasan sebagai penghalang mencari idea. Hendak seribu daya, tak mahu seribu dalih. Idea perniagaan ada di mana-mana… di keliling anda ketika ini, ataupun di Internet!
Alhamdulillah beberapa idea perniagaan yang saya dapat di sana akan di bawa ke Malaysia (bukan yang tersenarai di atas!). Insyaallah dengan sedikit perancangan, saya akan umumkan tak lama lagi 😉
ps: Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan tetapi tidak tahu caranya, Revolusi Media Sosial akan membantu anda cara memulakan apa sahaja perniagaan dan menggunakan Internet untuk mempromosikan perniagaan anda. Tahun ini, Revolusi Media Sosial dijalankan di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuala Terengganu. Klik di sini untuk maklumat lanjut dan daftar sebelum tempat dipenuhi!
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Berjalan sambil berfikir untuk mengambil iktibar. Kebaikannya untuk kita juga. Dan iktibar itu jangan dibiarkan berlalu begitu sahaja, barulah kita mendapat kebaikannya.
Aiseyman…apasal tak bagitau datang GC, kalau tak memang compom dijemput BBQ kat rumah saya. Best tak GC? saya setuju mmg banyak idea bizz yg boleh bwk balik Msia…
Benar, jauh perjalanan luas pandangan.
Pengalaman saya merantau ke negara orang memang banyak mencetuskan idea-idea perniagaan.
Satu contoh idea menarik yang ingin saya kongsi berlaku ketika saya di Sepanyol 3-4 tahun lepas. Saya ternampak minuman panas yang dijual dalam tin seperti minuman bergas.
Kebiasaannya minuman dalam tin itu untuk minuman sejuk, tetapi ia adalah minuman panas (seperti hot chocolate, cappucino dan lain-lain). Walaupun ia minuman panas, ia tidak panas ketika ia disimpan. Waktu saya beli pun ia tidak panas.
Dia hanya panas ketika kita bersedia untuk meminumnya. Bagaimana?
Sebelum minum kita hanya perlu tekan bahagian bawah tin itu dan dalam masa beberapa minit minuman itu akan menjadi panas dan sedia untuk diminum.
Teknologi ini begitu menarik perhatian saya dan selepas itu saya melakukan sedikit kajian. Sebenarnya ia adalah akibat dari tindakbalas kimia air dengan kalsium oksida yang menghasilkan haba dengan sendiri, seterusnya memanaskan minuman itu. Sains di sebaliknya sangat mudah.
Di kala itu saya terlintas untuk menghasilkan di Malaysia kerana ia berguna untuk penggemar minuman panas yang mahu ia tersedia untuk diminum bila-bila masa (contohnya dalam kereta).
Tetapi saya tidak membuat susulan atas idea ini kerana ada keutamaan lain. Mungkin melalui perkongsian saya ini ada yang berminat?
Anda boleh baca satu artikel mengenainya di sini: http://news.bbc.co.uk/2/hi/uk_news/england/1603391.stm
Wassalam,
Aaron Imran / CapaiMatlamat.com
Saya juga ada terfikir kenapa di Malaysia tak terdapat mini golf macam tu. Ramai peminat golf dikalangan orang pertengahan. Bukan semua mampu membayar yuran kehlian yang sudah pasti menelan belanja harga sebiji kereta.
Bagus sekiranya ada usahawan di Malaysia yang memulakannya. IK juga boleh mulakan.
Terima kasih atas perkongsian menarik ni…:)
Chef Kamarul di GC? Aiseyman…. melepas… 😉
Perkongsian yang menarik. kadang-kadang idea yang bernas datang semasa kita bercuti dan lari dpd tugas harian.
good idea…
Saya pergi Pasar Seni dan beli baju T yang ada lambang BMW.
Maksud BMW yang tertulis – Bloody Mahal Wheel 🙂
YuP IK….dah lebih 3 tahun berkampung disini. Insyallah next year saya balik Msia for good, bolehlah kita organise BBQ baik punyer hehehe. Have a good one mate!
salam,
cadangan saya pasal “Mesin Sewa DVD” tu kalau bawak ke malaysia. dia orang akan sewa dan copy di rumah and then pulangkan balik ke masin. so mereka akan dapat cetak rompak dengan mudah. melainkan rakyat berubah sikap dan bersopan.
Very informative blog. I like.
Rasa mesin sewa dvd kalau letak kat pulau pinang tak laku sebab harga dvd cetak rompak di pulau pinang serendah RM3 ke RM5 sekeping juga mudah dijumpai merata ceruk dari pulau sampai seberang perai.Kalau mini gold dan t shirt boleh jalan kot heheh
Good idea. Suka baca tulisan macam ini.
idea terbaik