Sempena hari merdeka ini, apa kata kita “curi” idea dari negara penjajah 🙂
Apa kata anda ambil idea-idea perniagaan yang wujud di negara luar dan implimentasikan di Malaysia? Sekiranya ini dilakukan dengan betul, amat sukar untuk perniagaan anda gagal.
Di negara luar, telah lama perkhidmatan penerbangan kos rendah dijalankan seperti Easy Jet dan Ryan Air. Kini, dengan konsep yang sama diimplementasikan di Malaysia, wujud Air Asia.
Di negara luar, Robert Kiyosaki, Suze Orman, Aaron Hill adalah pakar kewangan peribadi terkenal. Kini, dengan konsep yang sama diimplementasikan di Malaysia, wujud Azizi Ali.
Di negara luar, Corey Rudl, Ken Evoy, Rosalind Gardner adalah Internet marketer yang telah lama bertapak. Kini, dengan konsep yang sama diimplementasikan di Malaysia, wujudlah Irfan Khairi 🙂
Dulu kita di jajah negara luar, apa kata kita jajah pula idea negara luar dan implementasikan di Malaysia. Jika idea perniagaan tersebut boleh berjaya di negara luar, besar kemungkinan ia juga boleh berjaya di Malaysia!
Selamat menyambut hari kemerdekaan! 🙂
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
MERDEKA!!!!
MERDEKA!!!!
MERDEKA!!!!
Apa-apa Yang Baik..
Tak Kira Dari Mana..
Tak Salah Tiru..
Demi Untuk Kebaikan….
Betul tue, kita jajah negara luar agar negara kita dan diri kita maju.
byk idea luar yg boleh kite gunekan….
kite kena survey yg kena dgn jiwa kite dan mendapat permintaan di pasaran…
n’way…SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA..
MERDEKA!!!MERDEKA!!
😀
Merdeka merdeka merdeka….
Tak semua itu bagus, tak semua itu indah… Budaya songsang juga menyusup masuk …
Kita perlu bijak memilih apa yang mengalir masuk….
jika mereka pandai ‘menjajah’…sepatutnya kita lebih pandai ‘menjajah’..belajar dari kesilapan lalu…
SELAMAT ‘MENJAJAH’ !!
MERDEKA !
Salam Merdeka dari Team My-Name-Card.
Saya memang mengamalkan budaya meniru. Tapi bukan ketika peperiksaan dulu. Meniru amat bagus walaupun dari musuh kita. Buat sedikit perubahan untuk disesuaikan dengan iklim dan budaya kita serta pasaran dan permintaan sedia ada.
Bagi yang pernah belajar oversea, lagi mudah mendapat idea hasil dari pengalaman. Kalau ada duit, bagus juga berjalan ke tempat orang dan melihat suasana dan perniagaan yang boleh dibawa masuk. Deligasi Kerajaan Malaysia yang selalu buat lawatan ke luar negara juga sentiasa mengamalkan sikap melihat peluang2 perniagaan yang boleh di bawa masuk.
Merdeka jiwa! merdeka kehidupan!
Salam Merdeka!
Yes, tepat sekali Hayat…
Meniru, buka nbermaksud 100% tiru sampai anda sendiri tidak mempunyai personality tersendiri.
Sebenarnya, tiru “idea” dan “konsep”. Jangan sampai warna, logo, laman web, dan sebagainya pun ditiru.
Ada satu buku ni dipanggil “Copycat Marketing” menceritakan cara-cara meniru mereka yang telah berjaya.
Kalau tiru sampai ke personality dan tiada originality, yang meniru itu akan hilang credibility. Amat bahaya untuk perniagaan. 🙂
Note* : Kami amat berbangga dengan Hayat yang memulakan perniagaan di http://www.my-name-card.com . Peserta Workshop Jutawan Internet! 🙂
Saya adalah pelanggan http://www.my-name-card.com yang amat berpuas hati dengan khidmat yang diberikan. Saya sokong 100% bumiputra yang ikhlas dan jujur dalam menyediakan khidmat terbaik buat pelanggan mereka. Semoga kejayaan berterusan menjadi milik kita, insyaAllah.
Emm.. memang benar tu Irfan. Sebenarnya, kalau nak diikutkan, ramai yang dah jadi copycat kat malaysia ni..
Setuju, byk yang boleh diadaptasikan dari negara luar, tapi kena perkenalkan citarasa Asia, atau lebih tepat lagi, citarasa orang Malaysia yg berbilang bangsa, berbilang agama, ie. budaya, both online and offline culture.
Kalau direct copycat, memang banyak yang susah nak berjaya. Misalnya, tak boleh buat amazon.com exactly like its US operation, everything thru mail order. Or tak boleh bring eBay exactly as it is. Lelong.com.my juga yang menjadi pilihan disregarding the muscle and money from the US auction giant. Tukar nama ke BuySell pun tak berjaya, inikan pula tukar konsep atau proses dagangan.
Setakat ini, belum ada portal yang betul-betul mencerminkan cita rasa Malaysia — kesemuanya GAGAL termasuklah TMNET BlueHyppo, Cari, Catcha etc. sebab nak copycat from US-based Yahoo, Google, MSN etc. Kenapa tak berinovasi dalam hal sebegini — cuba ikut contoh portal-portal di Jepun, China, India, Filipina dsbnya yang berjaya mencetuskan identiti sendiri.
Itu je dulu kot… Lain-lain IA saya karang kat blog saya bila ada masa…
boleh copycat takde masalah langsung.. copycat dan sesuaikan dengan citarasa dan suasana Malaysia. Saya lihat perkara ini bukan saja berlaku dalam perniagaan Internet, bahkan perniagaan offline juga mengikuti perkembangan terutama dalam bidang francais restoran makanan segera.
betul kata , kena dengan cara dan dilakukan dengan betul, perniagaan tersebut sukar untuk mengalami kegagalan.
saya sangat berpuas hati…bagus2…
Irfan…
boleh you comment sikit pasal monsun.biz yg di bawa oleh pn nora? ramai menasihatkan supaya berhati-hati. tolong jwb sikit supaya bumiputra yg nk dibantu nya tk keliru atau tertipu.
terima kasih.
askum irfan..
monsun.biz sy tlah bayar deposit sbyk RM5K.
Tp hampa nampaknye. bleh komen tentang monsun.biz pn nora yg kononnye ingin bantu org yg mahu ubah kehidupan susah agar senang mcm sy krn nk mnyara kluarga. 1 lg sy bkn mahu jd kaya raya mcm nora je, tp sy suke, ingin tahu, minat ya bkobar2 utk jd org yg bjaya dlm bidang ini sperti irfan,nora n dll. tp nora n monsun.biz tlah mghancurkn impian sy n pserta2 monsun yg lain. harp irfan sudi bantu sy krn sy tak mahu bhenti dcni krn sy ingin bjaya sperti irfan.