Hibah membawa maksud Pemberian Hak atau Harta secara sukarela, tanpa dipaksa atau terpaksa daripada satu pihak kepada satu pihak yang lain dengan niat dan tujuan yang baik, tanpa ada sebarang syarat, imbalan atau balasan.
Barangkali, perkataan ‘Hibah’ ini jarang-jarang kita dengar dan ketahui. Namun, hakikatnya ia mempunyai banyak keistimewaan, kelebihan, hikmah dan manfaatnya kepada kita, jika kita mampu melaksanakannya.
Ia merupakan pemberian secara suka sama suka dengan syarat di dalamnya tidak ada hak-hak orang lain yang diambil misalnya, seperti hak insan-insan yang dizalimi atau dianiayai.
Pemberian hibah ini cuma dilakukan ketika seseorang itu masih hidup dan sihat sahaja. Hibah tidak akan berlaku sekiranya si pemberi hibah itu cuma sekadar berhasrat dan berura-ura sahaja, tetapi kemudiannya dengan takdir Allah SWT pula, si pemberi telah meninggal dunia tanpa diduga. Maka dengan itu hibah ini tidak akan berlaku kerana hukumnya telah berubah daripada hibah kepada wasiat.
Harus difahami sebaiknya, agar kita tidak terkeliru dengan istilah ini. Hibah hanya akan berlaku ketika seseorang pemberi dan juga penerima hibah itu masih hidup, ketika proses perlaksanaan pemberian dijalankan. Begitulah halnya yang perlu kita fahami dan ketahui.
Siapakah pemberi ‘Hibah’ dan siapakah pula penerimanya?
Orang yang layak memberikan hibah tidak kira siapa atau kepada siapa pun. Asalkan masing-masing berhak dan layak memberi serta menerimanya.
Sebagai contoh :-
- Jika seseorang itu merupakan ahli perniagaan yang Berjaya, kemudian memiliki pula harta yang banyak tetapi tidak mempunyai anak atau waris, maka dia berhak untuk memberikan sebahagian daripada harta miliknya itu kepada sesiapa pun yang dia senangi, dengan sewenang-wenangnya tanpa ada had dan batasan jumlah yang perlu ditentukan.
Selain itu juga ianya tidak ada sebarang imbalan balik kepada si pemberi daripada si penerima. Pemberian dan perjanjian itu hanya sah selagi kedua-duanya, iaitu si pemberi dan si penerima hibah itu masih hidup.
[Bersambung di “Hibah – Pengertian Dan Kelebihannya (Bahagian 2)”]
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Peranan penting dalam hibah ialah keikhlasan kerana ia memberikan sesuatu kepada orang lain pada waktu masih hidup tanpa meminta ganti dan juga…
Dari Ibnu Abbas dan Ibnu ‘Umar bahwa Nabi Muhammad SAW bersabda :
“Tidak halal bagi seorang lelaki untuk memberikan pemberian atau menghibahkan suatu hibah, kemudian dia mengambil kembali pemberiannya, kecuali hibah itu dihibahkan dari orang tua[2] kepada anaknya[3] Perumpamaan bagi orang yang memberikan sesuatu pemberian kemudian dia rujuk di dalamnya (menarik kembali pemberiannya), maka dia itu bagaikan anjing yang makan, lalu setelah anjing itu kenyang ia muntah, kemudian ia memakan muntah itu kembali”.
hibah untuk isteri