Harga Printer lagi murah dari harga Katrij?

Nak dibuatkan cerita, printer kat rumah saya ni rosak… so, saya pergi ke kedai komputer untuk beli printer. Sebab selalu print documents sahaja, so, beli yang murah je…

Belek punya belek, last-last, decide beli printer ni HP2560 harga RM118

hp.jpg

Dah beli printer, kena la beli katrij kaler & hitam putih. kalau tak, nak print macam mana… So, perlu beli katrij yang ni…

hpcart.jpg

Harga katrij? RM120 untuk warna & hitam/putih….

Aik? Printer RM118… Katrij untuk print RM120? Lagi mahal katrij dari printer! pandai betul HP… macam batu cincin 🙂

Anyway… keadaan ini adalah salah satu strategi perniagaan juga.

Maksudnya, pihak HP tidak cuma mengira keuntungan pada jualan pertama, iaitu printer sahaja. Tetapi, pihak HP telah mengira keuntungan jangka masa panjang- katrij-katrijnya. Dengan memberi produk pertama pada harga murah, mereka dapat menarik lagi ramai pembeli dan keuntungan dijangka akan terima dalam jangka masa panjang.

Sebagai contoh, kata la saya gunakan printer ini selama 3 tahun. Setiap bulan (untuk memudahkan pengiraan) saya perlu ganti kedua katrij. Oleh itu, selama 3 tahun, harga katrij sahaja adalah RM4320 (RM120 x 36bulan). Tambah harga printer (RM118), jumlah jualan keseluruhan jangka hayat printer ni adalah RM4438

So… kiranya not bad lah jualan RM4438 untuk HP. Bukan setakat RM118 harga printer sahaja!

Cuba anda fikirkan perniagaan lain yang menggunakan strategi ini? Bolehkah anda menggunakan strategi ini untuk menggandakan keuntungan perniagaan anda?

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

32 thoughts on “Harga Printer lagi murah dari harga Katrij?

  1. The major source of income for HP ialah daripada ink printer, “consumable product”, walaupun mereka mempunyai banyak product lain. Memang konsep “consumable product” ialah salah satu konsep business yang simple sahaja untuk memastikan jualan dimana pelanggan tidak ada pilihan lain, kena beli juga kecuali guna ink imitation. Tapi bagi saya, cuma pandangan peribadi, harga ink HP mahal sebab brand. Kalau ink dari Canon lagi murah…:)

  2. Konsep perniagaan ini juga diguna pakai dalam bisnes kedai optikal.Jual bingkai cermin mata dengan harga yang murah tapi harga kanta mahal sedikit.Perkara ini berlaku kerana para peniaga sedar akan wujudnya kebergantungan antara sesuatu produk yang dijual.Seperti yang IK cakap, kita sudah membeli printer jadi terpaksalah beli juga katrij walaupun mahal.Kalau tak, macamana nak print kan?

  3. Assalamualaikum IK,

    Lain kali belilah printer Canon. Model yg pakai dakwat suntik. Harga pun murah tak jauh beza dari hp, lingkungan dalam rm230++. Boleh scan dan print skali.

    Dakwat dia jauh lebih murah dari harga katrij. Ada macam2 warna dakwat yg dipasang.

    Jenis yang pakai dakwat ni bila habis cuma tambah dakwat saja. Kalau katrij pula kita terpaksa buang dan beli yang baru, sebab tu la lebih mahal. Lagi pun sambil berjimat kita boleh selamatkan alam sekitar.

    Jenama canon juga tahan lasak berbanding dengan jenama lain. Dan juga lebih senang dibaiki- spare part mudah dapat.

    Ini semua kami survey dari Plaza Low Yat…:)

  4. Eh IK sama la printer kita yer.Masa nak beli dulu pun terkejut gak tengok harga printer HP ni murah,tapi ink dia lak yang mahal.Memang ink HP ni mahal jika compare dengan Canon.Another simple tips from IK

  5. Semuanya tentang strategi kan…
    Tapi printer jenama lainpun guna strategi yang sama. Dalam hal ni trend pun memainkan peranan…

  6. haa, betul tu harga katrij lebih mahal dari harga printer, pelanggan sememangnya akan beli jugak katrij tersebut sebab nak guna. Cuma ada satu lagi alternatif pengguna boleh pilih, iaitu “refill” ink tersebut. Dengan menambah ink yg telah habis dalam katrij tadi, printer akan dapat diguna semula, walhal katrij yg asal masih elok lagi, cuma isi dalam katrij tu jer yg dah habis.

    pssst ? Harga refill ink utk black dan colour adalah murah skit berbanding katrij.

  7. Salam ceria sihat, kaya, bahagia,
    Buat kerja sekali untung seumur hidup…. Itulah yg sepatutnya kita ‘FOKUSKAN’. Nak cpt lagi guna sistem ‘KUASA GANDA’.(pastikan sentiasa yg ‘sah’ dan ‘benar’ sahaja).
    Semoga Taufik dan HidayahNya sentiasa mengiringi kita. Amin

  8. Perniagaan lain yang lebih kurang sama strateginya.

    Perniagaan apa ye?

    Perkhidmatan servis motosikal. Sebab jual motosikal dan beri waranti servis setahun. Selepas setahun biasanya pelanggan kembali mendapatkan servis ke kedai motosikal yang sama.

  9. Dulu, saya pun hairan kenapa la katrij lagi mahal drpd printer tu sendiri. Tu yang saya buat mcm yg dhzul sebut kat atas tu.

    Refill jer. Lepas dah 3 kali refill, barulah saya beli katrij baru. Dapatlah berjimat. 🙂

  10. yes!!cara ni yg saya pratikkan dlm bisness on line saya hasilnya sangat hebat.sebelum ni pun ik dah bg tip ni dlm workshop.rugi sesiapa x join workshop ik pasti anda dapat sesuatu yg amat berharga.boleh buit duit punyaa!!

  11. Salam!

    Senyum spontan saya dengan artikel kat atas tu. Maklumlah orang perempuan pun selalu ngeluh bab tempah jahit pakaian. Beli kain murah tapi bila dihantar tempah lebih pulak dari harga kainnya (tambah tempah dibutik). Lagi mahal kain lagi tinggi upah sebab perception daya mampu bayar pemilik butik terhadap pelanggan yang menempah. Jadi ramai juga yang memilih beli yang siap. Ikut keselesaan dan kemampuan.

    Wassalam.

  12. dlm buku RJJIT ada sebut mengenai repeat customer…
    HP melakukan perkara yg sama utk memberikan keuntungan yg berlipat kali ganda…
    🙂

    – aizat kamal –

  13. itulah..dulu printer harganya memang mahal. dan mungkin disebabkan mula wujud pelbagai syarikat besar yang menghasilkan produk yang sama(printer), maka teknik ini digunakan. bole dr cadangkan ke contoh produk biasa yang orang2 biase boleh aplikasikan teknik ini dalam bisnes.. 🙂

  14. Huhu.. Biasalah tu IK, saya juga guna brand HP gak… Tapi Canon pun guna strategi yang sama..
    Kalu untuk beli cartridg tu, saya lebih rela guna refill je lebih kurang ok gak kaler dia. Sebenarnya nak refill ada teknik gak supaya cartridg tahan lebih lama …hehehe… Rahsia…
    Dalam bisnes terdapat banyak teknik yang di guna pakai, yang penting kita kreatif bermain psikologi.. 🙂

  15. IK,

    Pasal printer HP ni, saya dah tak nak pakai. Kualiti dia kureng skit. Dah 2 biji pakai, tapi tak sampai 6 bulan macam2 problem. Sekarang saya pilih jenama Canon, so far puas hati.

  16. Ermm … menarik gak strategi nie 🙂

    By the way, saya pun gunakan printer HP model yang sama … Harga asal RM118 tapi dapat RM108 (diskaun RM10).. hehe

  17. rasanya semua jenis printer menggunakan stategi yang sama iaitu harga printer murah tapi harga katrij lebih mahal….mungkin canon lebih murah sedikit harga katrij nya..Tetapi konsep yang digunakan sama.

  18. Thanks IK,

    walaupun semua orang beli printer dan katridge. saya rasa tak semua yg berfikiran macam IK. yela, setiap masa berfikir..
    macam saya..tak perasan pun strategy HP nie..bila dah IK tulis baru terpikir..huhu

  19. Beli printer murah sekali je.
    Tapi beli katrij mahal berkali-kali.
    Org tertarik nak beli sebab murah,
    tapi terperangkap utk terus gunakan kena beli katrij yg mahal…

    Pak Aji Leha,
    Susahlah nak apply. Tapi cuba fikir macam ni.
    Printer = kerusi meja atau ape benda kat kedai pak aji
    katrij = order nasi ayam setiap kali org berkunjung

    sekadar nak brainstorm aje.. 🙂

  20. sorry coz dlm ruangan ni aku masuk cuma nk bantu korang sume je…

    kalo korang sume dh pening pala pasal katrij ni.. xperlu penung2 lagi… korang jual je la katrij kosong tu… dapat gak duit balik… walopun harga yg kosong tu beberapa ringgit je.. korang ada gak la duit.. drp buang baik jual.. so kalo korang rasa nak jual contact le aku ek.. 012-6346882(bob).. aku beli semua jenis toner & katrij x kira dari apa model pun.. yg penting model tu msh ada hrga lg.. so cba try dulu tengok…

  21. Sy ingin Membeli Ink printer kosong terpakai HP,CANON,SAMSUNG,LEXMARK,BROTHER DLL..sesiapa yg mempunyai ink
    ori masih dalam keadaan baik (tidak calar pada jalur magnet)yg telah habis jgn buangkan,anda boleh buat duit dgn menjualkn kepada sy bolehlah email ke shinasuka1352@yahoo.com, sms sy nizam di 0143309088,
    Sy akan pergi kepada anda,contoh ink hp21,hp22,hp28,canon pg40 dan canon cl41

  22. eheem.. aku pon beli printer hp 2540 ink 678. so far dah dkt 7 bln pakai smooth jer ink pon murah rm28. nasib tahu harga market rm28,ritu p TS dia ckp rm60. triple bakk hangg.. haha last beli ink on9 jer sbb nk pakai utk biz printing kat hostel. masyukkk wakawaka

  23. Assalamualikum..sy nak tnya ada xsapa2 yg tahu dekat mna ada jual printer CODE SOFT TP 3160 sy tinggal area kulim kedah..xkisah la kedai 2 area penang sngai petani atau alor star

Leave a Reply

Your email address will not be published.