Jawapan dari soalan pop quiz semalam…
Untuk melipatkali gandakan keuntungan perniagaan anda, tidak kira perniagaan Internet ataupun perniagaan bukan Internet, anda perlu beri tumpuan promosi kepada mereka yang MUNGKIN MAHU ATAU TIDAK produk dan perkhidmatan anda (jawapan:2) – ramai dapat betul.
Sebenarnya, tidak sampai 10% daripada pasaran anda yang akan membeli daripada anda. Ini bermakna, lebih 90% daripada pasaran anda sudah sedia TIDAK MAHU produk anda (kategori 3). Kategori ini adlaah yang paling ramai!. Sebab itu dalam perniagaan, terdapat lebih banyak rejection daripada mereka menerima produk anda. Dalam perniagaan, perlu tabah hati menghadapi rejection tersebut.
Bagi kategori 1 pula, mereka yang sedia MAHU produk anda, tidak perlu memberi tumpuan promosi di sini. Oleh kerana, dengan hanya promosi satu atau dua kali sahaja, mereka akan membeli produk anda.
Beri tumpuan promosi kepada mereka yang MUNGKIN MAHU ATAU TIDAK untuk maksimakan keuntungan perniagaan anda. Soalannya, bagaimana hendak mengenal pasti kategori ini?
Sekiranya perniagaan Internet, mereka adalah yang subscribe kepada Newsletter anda.Sebab itulah newsletter adalah penting dalam perniagaan Internet. Sekiranya anda belum menyertai Newsletter RahsiaInternet.com, klik di sini!
Sekiranya perniagaan bukan Internet, anda perlu menyediakan “loyalty program” seperti yang disediakan oleh perniagaan-perniagaan besar, POPULAR CARD, MPH MEMBER, JUSCO CARD, ENRICH MALAYSIAN AIRLINES, dan sebagainya… loyalty program seperti ini adalah untuk mengketegorikan pengguna kepada mereka yang mungkin mahu dan mungkin tidak mahu. Dengan memperolehi maklumat ini, perniagaan berkenaan dapat memberi tumpuan promosi untuk mendapat pulangan berganda!
Pelajari lagi cara melipatkali gandakan perniagaan Internet anda di Workshop Jutawan Internet.
terima kasih atas nasihat dan maklumat yang bagus ini
saya baru menjalankan perniagaan mlm dan mendapati lagi ramai yang reject produk yang saya jual ni berbanding dengan yang beli. terasa nak give up pun ada. baru saya tahu yang 90peratus pasaran kita dah memang TAK NAK produk kita. jadi tak boleh la kecik ati merajuk. selalu memang kecik ati pun.
kena cari lagi 10peratus yang mungkin nak produk mlm saya ni. jangan putus asa!
Oh..begitu rupanya!
MMM… BARU KUTAHU..
macam mana nak tukar X MAHU jadi MAHU?
saya nak jual apa?
yahoo, saya pun dpt jawab dgn betul. tapi, kena gak belajar mcm mana nak tarik hati mereka utk beli produk kita.
tq di atas nasihat
Alhamdulillah.. Jawapan saya betul..
eiza Says: macam mana nak tukar X MAHU jadi MAHU?
jawapan: pengajaran tip ni sebenarnya untuk anda jangan buang masa dengan mereka yang sedia tidak mahu
Thanks ..walaupun saya jawab ketiga-tiga..kebarangkalian boleh berlaku…jawapan yang paling tepat adalah 2…mungkin dengan belajar tentang rejection…peratus akan meningkat
Jadilah orang yang berpengetahuan dalam mempromosi barangan anda@jualan.
jumpa lagi,
caucincau…
aikk, dah bekali i bagi pendapat tapi tak nampak pun… mana kot hilang ke?