Up selling = menambahkan LAGI keuntungan anda

Dua hari lepas kita sentuh mengenai back end product. Bererti, kita menjual “follow up” produk selepas pelanggan membuat belian pertama, mungkin terus selepas belian, 2-3 hari selepas buat belian, 1 minggu selepas buat belian, sebulan selepas buat belian, atau bila masa sahaja.

Up selling pula adalah apabila anda mempromosikan produk tambahan sebelum pelanggan membuat belian. Sebagai contoh,apabila pelanggan membeli buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar, mereka diberi pilihan untuk “upgrade” dan beli sekali CD Rom Langkah 1-2-3 Membina Laman Web Perniagaan Internet.

Produk yang sama boleh dijadikan untuk up sell atau back end (produk yang berbeza pun boleh!). Bezanya hanyalah waktu produk tersebut dipromosikan, sama ada sejurus sebelum pelanggan membuat bayaran (upselling). Ataupun selepas pelanggan membuat belian (back end).

Gabungkan cara promosi upselling dan back end untuk menambahkan keuntungan perniagaan anda oleh kerana kini, pelanggan sudah yakin dengan perniagaan anda dan sedia untuk berbelanja lebih untuk perniagaan anda.

ps: sepatutnya topik ini didahulukan sebelum topik back end produk!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

20 thoughts on “Up selling = menambahkan LAGI keuntungan anda

  1. Betul tu. Biasanya bila kat restoran makanan segera pelayan di kaunter akan offer ‘nak tambah fries ?’ air dan lain – lain.

    Cara ni pun boleh diaplikasikan pada lain – lain perniagaan.

  2. apa yang saya nampak,setiap pendapat yang diutarakan oleh semua macam cakap betul, dan mengiyakan..macam sebelah pihak jer ader feedback. cuba matangkan sikit fikiran tu..cuba letakkan penambahan sikit jgn asyik jadi pak turut jer..barulah ruangan ni meraih, kadang2 kita kena cabar sikit tu barulah dia berikan lebihkan lagi tips – tips. tul tak.Hari2 saya masuk ruang ni.. macam sebelah pihak jer. kalau cam tu tak der gunanya ader ruangan komen.Ayuh kita cabar sikit dengan tips2 beliau.

  3. Betul kata topic nie sepatutnya didahulukan sebelum backend product. Sebab saya jadi keliru plak! (Tau aje la, baru agi)

  4. Tips ini saya selalu amalkan, sebab bila customer dah beli product tu kita offer satu lagi product sebagai upgrade daripada product tersebut dengan harga yang berpatutan…Contohnya kita akan bagi tahu dia kalau beli asing2 harga dia mahal sikit berbanding dengan offer yang ditawarkan.Customer mesti tertarik dengan package yang ditawarkan, sebab product itu juga sebagai pelengkap kepada product yang pertama tadi.

  5. saufi: betul tu. kalau boleh, tambahkan tips… beri contoh pengamalannya di perniagaan sebenar… kongsi pengalaman. kalau ada tip yang bunyinya tak kena, counter balik pun bagus juga. ini akan menimbulkan pemikiran yang lebih kritikal. which is good.

    Apa kata kalau for example saya timbulkan isu, upselling ni akan menghilangkan fokus pembeli. Contoh, pembeli sudah bersedia membeli prodk anda, kemudian didedahkan pula dengan beberapa option untuk upgrade.

    Ini akan menghilangkan fokus pembeli, daripada bersedia untuk beli, kepada berfikir “hmmm… nak beli ke taknak. Sebab kena tambah belian pula nanti!”

    Macam mana pula tu?

  6. To () Irfan dan kawan – kawan :

    Upselling nih biasanya dikenakan selepas pembeli memilih produk kemudian ditawarkan produk lain. memang ada kebaikan dan kelemahan.
    tetapi apa yg lazim berlaku, kelebihan teknik ini mengatasi kelemahannya.

    walaupun fokus pembeli mungkin berubah (seperti kata Irfan) tetapi ianya tidak lari dari matlamat asal perniagaan.

    ‘Value Added ++ ‘ yg diberi sebenarnya memberikan keserasian terhadap produk yg asal (original) tanpa memaksa pembeli. Hanya mencadangkan sahaja.

    Apapun akhirnya ianya terpulang kepada pembeli.
    Nak beli ke tak nak. Kalu ada duit lebih dan dirasakan perlu bolelah beli.

  7. fokus pembeli akan hilang..tp harus ingat 🙂 cuma sekejap sehaja.Macam mana nak kembalikan fokus pembeli supaya beli barangan tadi. Biasanya saya buat explaination detail sikit. contohnya.
    ..”Kalau encik beli camera ni, encik digalakkan membeli printer image ni, sebab configuration sudah autodetect tak perlu penambahan memory untuk cantikkan image dan etc…dan printer ni tak ada dijual di tempat lain..dan bagi juga contoh2 pengguna (Testimoni)”.
    .Tips untuk menyakinkan pembeli adalah penting dan kita mesti “MESRA” penjual untuk UP selling product kita.

  8. Kalau saya gunakan teknik One-time-offer macam didalam butterfly marketing, adakah ia sama dengan upsell. Mana yang lebih bagus OTO atau upsell…please explain

  9. Hi
    Saya nak tanya sikit pada Semasa memulakan Internet Biz adakah berseorangan atau secara berkumpulan.

    Ini kerana saya mempunyai idea untuk memulakan perniagaan internet tetapi saya perlukan rakan perniagaan kerana saya rasa saya tak larat nak buat sorang…TETAPI…apabila saya ceritakan idea kepada kawan saya..ianya tidak bersamaan dengan idea beliau. Seolah-olah kami tidak sependapat…saya cari lagi kawan lain…tak sependapat juga…

    kadang2 saya rasa biar saya tengelamkan sahaja idea saya,,, dan biarkan ia berlalu.

    So please advice.

    P.s : selepas saya datang kursus dan beli buku dari Corey Rudl..ternyata saya lebih advance dari rakan-rakan saya. Sebab itu kami selalu berselisih faham ttg internet marketing kerana level of pemahaman adalah lain. So please advice me

  10. Macam pengalaman saya pergi praktikal kat pusat servis kereta.Bila pelanggan datang untuk servis kereta,serta merta kami menawarkan khidmat cuci kereta dan mengesyorkan produk kereta yang lain.
    Tapi bagi saya,upselling ni membuatkan pelanggan membeli dalam keadaan serba salah dan tidak berapa merelakan sebenarnya.

  11. setuju jgk dgn pendapat Rosley. Mungkin pelanggan akan terpaksa atau terus menyampah. Macam saya akan rasa menyampah kalo banyak sangat tanya. Saya nak burger jer, tak nak fries…hehe.

  12. mansorsapari: cuba jelaskan apa maksud butterfly marketing untuk manfaat rakan-rakan bersama.

    soalan ke dua; saya mulakan perniagaan internet sendiri 100%. Bila lakukan sendiri, kita lebih flexible dan dapat ikut rentak sendiri dan idea sendiri. seperti saya, saya selalu buat kerja laju… kalau ada partner, perlu sama laju & sama perform. tetapi, tak salah kalau ada partner. kalau kena dengan partner yang betul, ia akan membantukan perniagaan anda di mana kelemahan anda mungkin adalah kelebihan partner anda.

    tepuk dada, tanya selera. 😉

  13. hang tengok iklan SEGERA FOOD pasal sorang budak tu nak buat pilihan yang mana nak beli? dah selesai pilih nak beli yang mana… timbul pulak dalam kepala minda dia nak pilih untuk makan yang mana dulu…

    alahai banyaknya pilihanraya nak makan.

    banyak sangat nak buat pilihan belian ker? sukar nak pilih mana yang cantik menarik tertarik.

    buat pilihan yang tepat.

  14. Hi
    thanks for your nasihat.

    Mulai hari ini saya akan cuba ‘jalan’ seorang dan membuat ‘laju’ seperti lakukan.

    Mengenai ‘Butterfly marketing’ dan One-Time-Offer(OTO) ia menggunkan konsep FREE e-book dan membina mailing list.

    Contohnya…saya menjual software yang boleh membuat laman web adsense secara automatik dengan harga $47usd.

    stepnya seperti dibawah

    1.Pada sales page, saya tidak terangkan mengenai software saya…tetapi saya memberi e-book mengenai adsense secara percuma…contohnya
    ” Download adsense ultimate guide here!! Yours FREE but limited to first 50 subscriber only !!!

    2.Untuk download secara percuma mereka mesti tinggalkan nama dan email address…

    3. Apabila mereka isikan nama dan alamat email dan klik butang download…saya bawa mereka ke ‘salespage’ kedua yang menjual software saya dengan tajuk…”One time offer!!! buy this software for $47 for today only! you will see this page once in your lifetime…

    4. Mereka mempunyai pilihan samada membeli atau tidak. Mereka tetap boleh bdownload buku tersebut.

    Begitulah lebih kurang…

    P.s: teknik butterfly marketing dapat meningkatkan senarai ‘mailing list’ kita. Amat baik jika kita mempunyai BACKEND

    P.s.s : hanya pendapat 2sen dari saya

  15. Thanks .tips yang bagus…kite kene sentiase follow-up pelanggan kite dengan produk baru,info baru..yg ptg dapatkan pelanggan baru..hehe

  16. salam..

    saya dan suami baru ingin membuka satu tempat cuci kereta untuk menambah pendapatan sampingan kami. boley yak cik irfan memberikan saya tip2 menarik pelanggan ke tempat kami dan contoh kertas kerja untuk memulakan perniagaan cuci kereta.

    saya ada satu cara untuk menarik pelanggan. saya ingin buka satu pakej cuci kereta dengan harga RM50=8 kali cuci dalam masa sebulan.jadi pelaggan akan datang ke pusat cuci kereta kami kerana sepatutnya untuk 8 kali cuci pelanggan akan dikenakan rm64 tetapi dengan pakej yang saya tadi pelanggan akan untung rm14. teta[i pakej saya tadi hanya untuk sebulan dari tarikh pelanggan memohon. selepas sebulan perlu renew untuk tarikh baru.

    adakan cara saya menarik pelanggan tadi cara yang betul..
    boley cik irfan email kan ke alamat saya miss_deanna22@yahoo.com

    salam..

Leave a Reply

Your email address will not be published.