Formula yang pasti menjadi

Saya amat suka dengan movie animasi seperti Toy Story, Finding Nemo, Cars, Monster’s Inc, Wall-E dan lain-lain daripada syarikat PIXAR. Pixar mempunyai satu formula yang pasti menjadi untuk perniagaan mereka (perniagaan bikin filem).

pixar.jpg

Formulanya adalah…

Karakter di tempat asal > karakter sesat > karakter ingin kembali ke tempat asal

Hampir kesemua movie Pixar menggunakan konsep formula ini…

  • Toy Story: Mainan (Buzz Lightyear) yang sesat di ingin mencari jalan pulan ke angkasa lepas
  • Finding Nemo: Anak ikan sesat dan bapanya ingin cari jalan membawa pulang anaknya (nemo)
  • Cars: Kereta racing yang sesat di sebuah pekan Radiator Springs dan ingin pulang ke perlumbaan
  • Monster’s Inc: Budak kecik yang sesat di alam monsters dan dibantu oleh 2 monster untuk kembali ke dunia benar
  • Wall-E: Robot sesat di angkasa dan kemudian bantu manusia pulang ke bumi

Kesemuanya menggunakan formula yang sama. Formula yang dijumpai oleh PIXAR untuk sebuah movie animasi yang berjaya.

Dalam perniagaan juga, anda perlu mencari satu formula yang yang pasti menjadi untuk perniagaan anda.Apabila anda telah jumpa formula tersebut, anda hanya perlu ulangi formula itu dalam keadaan-keadaan yang berbeza dan segala usaha anda pasti akan menjadi 🙂

Tahukah anda Pixar juga adalah syarikat Steve Jobs (Apple). Beliau apabila di Apple berjaya membawa Apple mencapai kejayaan yang amat hebat… dan di Pixar juga melakukan perkara yang sama. Beliau mempunyai “formula” perniagaannya tersendiri!

Adakah anda mempunyai formula yang pasti menjadi untuk perniagaan anda? 🙂

ps: Tak lama lagi filem Pixar terbaru “UP” akan ditayangkan… cuba kita perhatikan kot-kot menggunakan formula yang sama 🙂

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

31 thoughts on “Formula yang pasti menjadi

  1. Hi,

    Agaknya sometimes susah juga ya nak ada formula yang work to. Anyway, thanks for sharing about Pixar’s formula. Definitely an eye opener

    Ling

  2. org yg create formula akan berjaya jual formula dan org yg ikut formula akan berjaya mengikut formula itu

    Apa2 pun mmg perlu ada formula cuma secara terang atau tidak langsung.

    pepun thnks for info

  3. Tips yg penting.. Thanks IK.. KEna pikir FORMULA RAHSIA untuk menjadi JUTAWAN mcm IK.

    FORMULA ini membuat IK terus kekal hingga sekarang dan semakin meningkat…

  4. Salam IK n Friend,

    Fuh.. Nie antara sebab aku masih lagi perlu menilai fan mengkaji FORMULA ‘Secret’ nie..

    Thanks kerana membuka minda kami..

  5. Tahniah IK kerana merungkap formula terungkai Pixar. Steve Job memang power, masuk balik ja Apple trus Apple naik. Tapi saya masih x nampak sangat aplikasi formula ni dalam biznez. Bleh x bagi satu contoh formula dalam biznez.

  6. kalau dalam novel pula…
    watak utama lelaki mesti handsome..
    watak perempuan biasa sahaja..tetapi menarik
    watak perempuan tambahan mesti sedikit jahat..
    😛

  7. orang yg berjaya, pergi ke mana pon boleh berjaya kan..
    mcm Steve Jobs yg IK sebutkan tu..
    kat epal berjaya, kat pixar pon berjaya.

    kita pon perlu jadikan diri kita mcm tu..

  8. emm.. baru tahu.. nmpak gaya kena cari formula yang berkesan untuk perniagaan,
    kedian ulangi nye..nak dapatkan formula tu kena byk wat kajian dan percubaan lah nmpak nye..
    anyways, terima kasih byk2 IK selama ini tahu tgk aje filem2 tuh.. tak perasan plak tentang strategi diorg..

  9. Baru perasan lah formula Pixar ni. Maknanya kita pun kena ada satu formula sendiri dlm perniagaan yg kita buat. Thanks IK, petua yg IK berikan setiap hari jadi panduan bg saya

  10. Menarik tentang post tersebut. Gunakan formula yang sama. Tetapi adakah kita perlu mencari formula yang berbeza untuk perniagaan kita IK?

  11. yup, filem2 pixar memang favourite saya! 🙂

    ok, contoh kepada perniagaan lain seperti restoran fast food. Perasan tak bahawa restoran fast food pun emmpunyai formula dalam memilih tapak perniagaan.

    Formulanya?

    Pilih lokasi sesuai > bukan kedai berdekatan dengan pesaing 🙂

    Sebab tu juga anda selalu perasan, mana ada Mc Donalds, di situ ada Burger King… atau A & W… atau Pizza Hut… atau KFC. Mereka masing2 mempunyai formula dalam membuka kedai seterusnya…

    -ik

  12. Assalamualaikum. IK memang seorang yang teliti, dapat melihat apa yang orang terlepas pandang. Tahniah. Sesuatu yang bermanfaat untuk dikongsi.

  13. bukan ke IK ni memang minat giler ke kat kartun2 ni.ingat tak lagi IK cerita sal dia jumpa wife dia mase same2 tengok toy story kat uk..

    hehe..sweet ah IK and his wife ni..

    ade satu lagi IK tak list sal crite2 yg negtop yg guna cari jalan balik ni..

    Zathura(betul ke tak eja ni)..dorang pon
    cari jalan balik dari kapal angkasa..

    huhu…

    konsep same tapi soundtrack dengan watak yg berlainan.. 😛

  14. Sama macam citer ultraman, power rangers, cybercop, maskman, semernya guna formula yang sama dan kebanyakan citer dan episod base kepada rangka cerita yang sama .

    Bestnya kena tipu masa kecik dulu hehehe

  15. Bercerita ttg formula,alhmdllah saya da ada formula terbaik untuk perniagaan saya.Anda tak nak try ke tgk formula saya ni.??heheh..anyway idea saya bertambah-tambah bila bc artikel IK ni.Good jOb!

  16. betul la Ik..bijak sungguh..cerita Up dgn Toy story 3 memang gunakan konsep yg sama..

    smue nak pulang balik ke tempat asal..

    so formula kene sama cume penyampaian saje beza..

    maknanya jalankan apa saja bisnes kene guna cara promosi yang sama..camtuke?

Leave a Reply

Your email address will not be published.