Fikir di luar kotak

Kebolehan untuk fikir diluar kotak adalah kebolehan yang sukar untuk diajar, namun, sekiranya anda dapat menguasai kebolehan tersebut, perniagaan anda akan menjadi semakin maju.

Berfikir diluar kotak adalah untuk anda menggunakan kreativiti anda untuk menyelesaikan sebarang masalah atau isu dalam perniagaan anda. Fikir di luar kotak juga merujuk untuk menggunakan pendekatan yang unik.

Satu ketika dulu, syarikat 3M dalam proses mencipta sejenis gam menemui kegagalan apabila gam yang dicipta tidak dapat melekatkan kertas sepertimana yang mereka inginkan.

Dengan menggunakan pendekatan fikir diluar kotak, syarikat tersebut tidak terus membuang formula gam yang tidak menjadi itu. Mereka mencipta kertas pelekat popular yang kini dkenali sebagai “Post-it”ย menggunakan formula gam yang tidak menjadi itu!

Ketika saya merancang untuk menyediakan BLOG ini, saya menghadapi satu masalah- tidak mempunyaiย banyak masa untuk menulis blog (selalu blog dikaitkan dengan hasil tulisan panjang lebar). Dengan menggunakan konsep “Fikir di luar kotak” saya hasilkan idea “Tip Satu Minit”. Bertemakan SATU MINIT, ia memudahkan saya menulis sedikit sahaja setiap hari! ๐Ÿ™‚

Kongsikan kisah “fikir di luar kotak” atau “think outside the box” yang anda ketahui untuk manfaat bersama…

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

32 thoughts on “Fikir di luar kotak

  1. Mungkin ramai yang tahu mengenai seorang pelajar yang bernama Alex Tew yang menggemparkan seluruh dunia dalam tahun lepas. Ya, dengan ideanya yg unik iaitu http://www.milliondollarhomepage.com, dia telah berjaya mendapatkan wang untuk pengajiannya. Malah, lebih daripada itu, dia juga mendapat publisiti yang tidak disangka-sangka.. Beliau menjadi jutawan dengan idea yg begitu unik!! Anda taip sahaja namanya di enjin carian, seluruh dunia bercerita mengenainya… ๐Ÿ˜‰ Itulah kelebihan berfikiran di luar kotak..

  2. Think out of the box!!!..sy cukup suka approach ni.Buku Mike vance(think out of the box) mmg sesuai utk dibaca oleh kita.(tak sia-sia ia jd salah satu subjek sy…hehe) Ia bukan sekadar teknik tapi ade alat dia juga..Sblm kita menguasai teknik tersebut,kita kena tau apa itu alat dia.
    Think out of the box kebanyakannya benda-benda yg very simple, ade dkt keliling kita.cuma tak perasan dan kene adjust sikit je ;). Jika org kita semua berfikiran mcm ni..Insya-Allah,majulah negara kita.

    Azhar Alias
    Kuala Terengganu
    http://www.kenanganbudiman.blogspot.com

  3. masalahnya, bagaimana nak membolehkan kita “berfikir di luar kotak” tu?

    pembacaan yg banyak? tahap ketajaman pemikiran yg superb? atau bagaimana?

    dan adakah ia boleh dibentuk/dipupuk atau ia adalah gifted?

  4. Selepas saya menerima newsletter bulan lepas mengenai kewujudan blog saya juga terpanggil kenapa saya sendiri tidak menggunakan blog untuk menarik pelawat ke website saya. Saya mendapat ilham dari tips satu minit dan hasilnya.. kenapa tidak saya membuat ulasan berkenaan perkahwinan di dalam blog saya. ๐Ÿ˜‰

  5. thinking out of box.. setiap perkara ada hikmahnya…

    saya teringat kisah angkasawan2 america semasa pergi ke angkasa lepas sekitar tahun berapa ye tak ingat tapi zaman2 apollo dulu . dekat angkasa baru mereka perasan yang pen mereka tidak boleh digunakan disebabkan ketiadaan graviti…

    balik sahaja dari angkasa team NASA pun buat kajian untuk dapatkan formula supaya pen boleh digunakan di angkasa lepas walaupun dengan ketiadaan graviti.. hampir US250,000 telah dibelanjakan, bayangkan duit sebanyak itu pada zaman apollo..

    yang paling best sebenarnya…angkasawan russia pergi ke angkasa hanya membawa pensel sahaja..

    the magic of thinking out of box…

  6. Asalamualaikum,

    Ni kali kedua ni, sebab yang pertama tadi tak boleh submit. Katanya “empty file” kenapa ?

    Pasal fikir luar kotak ni biasa lah kita dengar , terutama mereka yang biasa terlibat dengan jualan, MLM, Insuran dan takaful dan pelbagai jenis pemasaran.

    Disini saya nak kongsi pengalaman orang lain sikit. Cerita ni dari forum kawan kita En M. Tazilan, melalui web http://www.ideaBISNESluarbiasa.com

    Sorang hamba Allah baru berniaga jual air kelapa muda. Muram je, sebab tak berapa laku dan banyak saingan. Beliau mintak nasihat kawan kita tu ( murid jugak bekas Peserta Workshop Jutawan Internet).

    Beliau katakan- Carilah kelainan pada produk awak. Buat perasa i’cream vanila ke, atau apa-apa rasa yang lain dari yang lain.

    Peniaga ni pun buatlah pelbagai percubaan campuran dengan air kelapa bersama isterinya. Setelah beberapa minggu En Lan kita ni tegok banyaklah lori berhenti di tepi jalan berderet-deret minum air kelapa peniaga yang dinyatakan tadi. Tersenyum penjual air kelapa tengok beliau datang. Terima kasihlahhhh!…..idea awak telah membantu perniagaan saya. Kini saya dah ada cawangan lain saya jual AIR KELAPA LIMAU NIPIS.

    Itulah ceritanya….hasil pemikiran luar kotak yang saya baca. Maaf En Lan, kalau tak 100% tepat. Saya nak support awak je, semoga sahabat bertambah popular hendaknya.

  7. Salam

    Fikiran di luar kotak
    Perlukan imaginasi yang tinggi dan seseorang yg kreatif. Bagi Darin ia merupakan anugerah, tak semua memilikinya. Boleh di miliki tapi memerlukan ruang masa.

  8. Fikir diluar kotak bermaksud diluar jangkaan.. Seperti syarikat 3M, syarikat itu turut mengeluarkan software yang boleh org ramai menulis nota ingatan(Reminder Note)..

    Dengan menghasilkan sesuatu yang baru, yang memberi hasil yang berlainan. Cuma promosi, promosi, promosi..

  9. salam,
    wah fikiran luar kotak..best juga ni.Saya selalu fikir diluar rumah ๐Ÿ˜€ .fikir(tafakur) sesaat untuk lebih baik daripada solat sunat seribu rakaat. Ini bukan bermakna tak buat solat sunat.Maksudnya untuk menunjukkan ketinggian daya fikir manusia

  10. too much effort dlm sesuatu perkara akan membuahkan hasil…jika di’apply’kan dengan teknik2 yang simple…?

    agak2nye camtu ke maksud tips hari ini ?

  11. Saya ada satu kisah yang boleh kita kongsi bersama.

    “Ada dua buah syarikat kasut jenama terkenal yang bersaing sesama sendiri dalam menguasai pasaran kasut di Malaysia.Pelbagai strategi dan pendekatan digunakan untuk menarik pelangan membeli kasut dari syarikat mereka.Sehinggalah pada suatu hari setiap pengurus syarikat bertanyakan pada Jurujual masing-masing.

    Pengurus Syarikat A :”Pasaran Kasut sekarang sudah tepu tidak ada lagi pasaran yang boleh kita terokai kecuali kawasan penempatan orang asli di pendalaman, apa yang harus kita lakukan?

    Jurujual Syarikat A :”Saya rasa lebih baik kita menumpukan pada pasaran yang sedia ada.Kebiasaannya orang asli di pendalaman tidak memakai kasut.Skop jualannya adalah kecil, rugi dan membuang sekiranya kita memasuki pasaran tersebut.”

    Manakala di syarikat B juga pengurus syarikat bertanyakan soalan yang sama seperti pengurus syarikat A pada jurujualnya.

    Jurujual Syarikat B:”Saya rasa adalah bagus sekali untuk kita memasuki pasaran orang asli di pendalaman,mereka tidak mempunyai kasut.Inilah masanya untuk kita menjual kasut kepada mereka.Saya yakin pasaran kita besar di situ”

    berdasarkan cerita ini rakan-rakan sekelian pasti tahu antara jurujual A dan jurujual B siapakah yang berfikir di luar kotak?

  12. assalamualaikum semua
    pertama sekali terima kasih kepada irfan dan juga semua yg telah memberikan komen di ruangan ini. banyak juga cerita yg dikongsikan yer.
    cuma masalah saya kat sini ialah macam mana nak think out of the box?

    ada sesiapa boleh bagi tips ker???
    http://www.oh-so-natural.blogspot.com

  13. ADUH…BANYAK NYER KOMEN..TAK LARAT NAK BACA..

    ANYWAY, TQ FOR THE COMMENTS…DAH BEKU KEPALA NAK TULIS KOMEN..

    APA2 PUN JPER ESOK LA..

    BYE

  14. apasalah.. kasi free je kasut kat diorang..nanti anak2 diorang nak pegi sekolah boleh beli kasut ๐Ÿ˜›

  15. eh..(menarik juga post dari shah di atas). berkenaan jurujual dua buah syarikat pengeluar kasut.

    apa kata kita sama2 berikan komen dan pendapat berkenaan kedua2 jurujual tersebut. anggap ia sebagai latihan untuk ‘think out of the box’.

    Pendapat saya :
    penjual B, jika dia berfikir lebih sedikit untuk mendapatkan cara-cara menarik minat orang asli untuk memakai kasut. ataupun jika dia dapat memikirkan bentuk dan jenis kasut yang dapat menarik minat orang asli untuk memakai kasut keluaran syarikat mereka dan idea tersebut memang terbukti berjaya, bermakna dia telah berfikir ‘out of box’.

    tapi untuk jurujual B, tak nampak pulak dia berfikir ‘out of box’.

    apa pendapat rakan2 lain?

    http://www.oh-so-natural.blogspot.com

  16. Cerita nadzate mengenai angkasawan mmg menarik.. USD250,000 tu kalau bagi dekat kita lagi bagus, kan!
    Mgn cerita kasut pula, jwpn muktamad ‘B’..
    Kadangkala untuk menjawab sebarang persoalan berbentuk ‘perangkap’ juga, memerlukan jawapan yg terhasil daripada mgk ‘fikiran luar kotak’ juga..
    Maka terhasillah magic words, magic touch dan lain2 magic lagi.. 1 minute magic tip..? Formula IRFAN, syabas…!

  17. salam buat sahabat,

    sekali imbas membaca komen2 daripada sahabat2 lain di atas, berfikir di luar kotak ni kena kreatif dll.

    ade yg kata, pemikiran begini memberi penyelesaian tak terjangka.. rasanya semua setuju eh… (em.. pagi nanti itali vs german..) eheh.

    dulu pernah ambil course “critical thinking” – salah seorang tokoh terkenal dalam hal critical thinking ni Edward De Bono lah kan.. tp asik mengantuk je dalam kelas ni. tp memandangkan saya ni seorang yg bermasalah.. (hahahaha.. dah lain tu maknanya), lama kelamaan baru tersedar – ade gunanya kelas critical thinking tu.

    sekadar berkongsi daripada pengalaman hidup (mcm dah tua je cara cakap- eh muda lagi tau), “kalau kita ade masalah, keluar dari bulatan masalah tu, dan lihat masalah tu dari luar” – baru kita boleh nampak option2 lain utk selesaikan masalah tu.

    hidup ni indahh.. hehehe..
    http://www.youtube.com/watch?v=doYIBDOXWJA

    saiful shahza,
    shahza@gmail.com
    shah alam.

  18. Jawapan kepada cerita shah:

    Jawapan yang pasti ialah jurujual B. Samada orang asli mahu beli kasut ke tak itu bukan soalnya. Soalnya jurujual B telah berfikir di luar kotak.

    Ini satu lagi cerita:

    Saya pernah terlibat dengan mlm tradisional jual Vita C. Untuk tujuan latihan dan test market, saya telah menyuruh 2 orang leader saya untuk pergi ke 2 kampong yang berbeza yang berada jauh di pendalaman – penduknya orang miskin.

    Leader pertama saya kembali dengan laporan berikut: Susahlah..penduduk di sana terlalu miskin, budak-budak tak berselipar dan berbaju, cuma berseluar pendek yang dah koyak. Tengah hari mereka cuma makan biskut kering atau ubi kayu . Mereka hanya akan makan nasi sebelah malam apabila ibubapa mereka balik dari kebun pada waktu petang. Bagi yang bersekolah, ada yang berkasut buruk dan ada tidak berkasut. Badan mereka kurus kering. Tak mungkin ibubapa mereka mampu nak beli vita c untuk anak-anak mereka.

    Leader kedua juga mendapat gambaran yang sama tentang penduduk yang dilawatinya di kampung yang satu lagi. Cuma dia rasa sedih dan berkata ‘kesian mereka, tak ada vita c untuk dimakan, inilah tempat yang sesuai untuk kita tembusi.

    Selepas itu kami terus buat perancangan untuk pergi membuat jualan ke kawasan pendalaman setiap hujung minggu. Ternyata mereka memang memerlukan vita c. Setelah diberi penerangan tentang pentingnya kesihatan, para ibubapa di sana sanggup mengeluarkan belanja untuk anak-anak mereka. Rupa-rupanya mereka banyak simpan duit dalam bilik, hasil jualan produk tani mereka!

    Moral: Pemikiran di luar kotak (kebolehan melihat peluang di sebalik masalah) telah membuahkan hasil.

    P/S Selepas ini ramai yang akan Afrika, menjual coli ๐Ÿ™‚ .

  19. Kekawan saya teruja dengan Bill Gates, dia ni memang bijak, berfikir diluar kotak, kalau lah saya ni pandai buat software, belum tentu saya pandai nak market software saya tu. Teknik Bill Gates smart, siapa-siapa nak ciplak software dia, ciplak lah, dia macam tak kisah je, mungkin dia tahu susah nak tangkap pengguna individu ni. Akibat dari budaya ciplak ni lah Bill Gates jadi bilionaire. Betul tak? Tapi mengapa ekk??

  20. kisah penjual tu!!!!

    1. jual kasut kat diorang dengan cara SISTEM
    BARTER. he…he..he
    pernah anggota tentera melakukan sistem
    barter dengan orang asli.
    beberapa bungkusan rokok untuk seekor
    kijang.
    dia susah nak beli rokok, kita pulak susah
    nak tangkap kijang…sistem barter menjadi
    perantaraan…..

  21. think out of box!memang bagus tetapi bukannya semua news yang disiarkan.Kalau ada gambar baguslah sikit!Macamnya jawapan itu ialah b.kau orang bagilah sikit tips umtuk cari internet.

  22. Macam mana nak hafal warna pelangi?michele jackson kene halau balik india utara,betul ke?
    ada apa apa tips lagi? macam mana nak hafal urutan kedudukan bumi.

  23. ramai orang rasa seperti dah dapat sesuatu bila di beritakan dengan teknik BERFIKIR DILUAR KOTAK tapi sedar tak sebenarnya kita tak dapat apa apa pun kalau tangan tak mula bergerak ..ramai orang bangga cerita pengalaman orang lain ( kawan aku tu begitu , begini hebat ..! )bila hebat bangga mengaku kawan ./cepat mulakan sesuatu macam sifu kita IRFAN KHAIRI ..supaya kita boleh cerita kejayaan kita dengan bangga …!!

    kalau korang perasan …bila kita nak mula kita tak tahu dimana nak mula ..!!

  24. sifu irfan ..cuba buat komen terbaru duduk kat atas …supaya kita baca benda baru dahulu ..( cewah ..seolah olah nak suruh komen aku duduk kat atas he he jgn marah sifu )

Leave a Reply

Your email address will not be published.