Sememangnya mudah untuk berfikir kecil dan mempunyai sasaran perniagaan yang kecil. Tetapi, kita akan mencapai lebih banyak dan besar apabila kita berfikir BESAR!
Dalam kejayaan, mindset memainkan peranan penting. Begitu juga untuk usahawan, untuk berjaya dalam perniagaan dan kembangkan perniagaan ke tahap yang lebih besar, kita perlu ubahkan mindset untuk berfikir besar.
Mungkin apa yang kini kita capai dalam perniagaan, bagi kita sudah mencukupi. Ataupun bagi kita, keadaan kita kini boleh dikatakan membanggakan. Tetapi, “mencukupi” dan “membanggakan” adalah berdasarkan perbandingan dengan apa?
Adakah berdasarkan dengan pendapatan kita yang kini sudah lebih, atau pendapatan usahawan hebat lain yang mungkin berjuta-juta RM? Adakah berdasarkan pesaing-pesaing yang kecil di sekeliling kita, ataupun pesaing berjenama besar di Malaysia atau serata dunia?
Untuk mencapai sesuatu yang lebih hebat dan lebih besar, pastinya perlu mula dengan mindset berfikir besar dalam perniagaan.
Membaca kisah-kisah usahawan jutawan dari serata dunia, kesemuanya mempunyai visi dan misi yang besar pada awal penglibatan perniagaan. Walaupun masih tidak mempunyai apa-apa atau walaupun perniagaan masih di tahap baru, matlamat yang besar itu membawa mereka ke tahap yang lebih tinggi.
- Sekiranya kini anda mempunyai perniagaan tudung kecil-kecilan, pernah kah anda terfikir untuk menjadi jenama besar di Malaysia atau jenama tudung muslimah popular dunia setaraf Vera Wang, Donna Karen, Jimmy Choo?
- Sekiranya anda mempunyai perniagaan bakery atau membuat cookies, pernahkah anda terfikir menjadi jenama besar seperti Famous Amos yang terkenal serata dunia?
- Sekiranya anda berniaga burger kecil-kecilan sekalipun, pernah kah anda terfikir akan menjadi McDonalds, Burger King atau Wendys?
Mungkin kita tidak pernah kerana berbagai alasan seperti, mereka boleh la, aku mana boleh. Aku takde ilmu. Aku dakde modal. Aku tak ada contacts. Aku tak ada ini… aku tak ada itu…
Maka, di takuk lama lah perniagaan kita dan tidak akan berkembang.
Kebanyakan usahawan-usahawan jutawan juga bermula tanpa ilmu, tanpa modal, tanpa contacts. Apa yang mereka lakukan adalah berfikir besar untuk MENCARI ILMU, MENCARI MODAL dan MENCARI CONTACTS.
15 tahun lalu ketika saya memulakan perniagaan, saya juga tidak mempunyai ilmu, modal dan contacts. Tetapi hari ini, perniagaan saya dan contacts saya telah capai ke luar negara. Semuanya kerana berfikir besar 15 tahun lalu!
Start SMALL, tetapi think BIG!
*Sekiranya anda berminat untuk menjalankan perniagaan internet, lawati http://www.OpenEdu.com.my untuk melihat bagaimana kami boleh membantu perniagaan anda. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Must think big and big