Duta produk untuk melonjakkan jenama perniagaan dengan cepat

Salah satu cara membina keyakinan dan kepercayaan kepada sesebuah perniagaan adalah dengan mendapatkan seorang duta/jurucakap yang dikenali ramai mewakili sesuatu perniagaan itu.

Duta perniagaan juga befungsi sebagai “muka” kepada perniagaan atau produk tersebut dan memberi personaliti untuk mencipta hubungan antara perniagaan (sesuatu yang tidak hidup) dan juga pelanggan.

Selain daripada tarikan peminat atau followers, duta/jurucakap perniagaan boleh berfungsi dalam membina keyakinanan untuk sesebuah jenama apabila kaitan antara perniagaan dan duta produk tersebut adalah tepat- dan ini akan berjaya menarik sasaran pasaran dengan lebih sempurna dan amat cepat.

skhan.jpg
Shahrukh Khan, Duta Colgate dan banyak lagi!

Sebagai contoh, Shahrukh Khan merupakan duta kepada Colgate- pastinya membina lagi jenama Colgate di pasaran. Sasaran pasaran juga adalah amat tepat mungkin di kalangan peminat-peminat filem hindi yang merupakan golongan ibu-ibu yang mementingkan penjagaan gigi anak 😉

becks.jpg
David Beckham, Duta Gilette dan banyak lagi!

David Beckham pula merupakan duta kepada syarikat Gilette. Di mana pasaran peminat bola sepak majoriti besarnya adalah lelaki, maka, ikon bola sepak terkenal David Beckham digunakan untuk memasarkan pisau cukur jenama Gilette.

Di Malaysia juga kita boleh melihat artist dan ikon tempatan sebagai duta perniagaan, seperti Dato Lee Chong Wei (Duta Anti Virus Kepersky), Dr Fazley (Duta kamus elektronik Besta), Fahrin Ahmad (Duta jenama pakaian UNIQLO), Lisa Surihani (Duta Garnier), dan ramai lagi ikon dan personaliti tempatan menjdi duta produk-produk kesihatan.

profilepicture.jpg

Saya juga telah menjadi duta kepada beberapa perniagaan sejak 2008 termasuk uMobile Impiana, MIBO, dan terkini Litness (Minuman Sarang Burung) dan juga program Executive Diploma in Internet and Social Media, Asia eUniversity.

Sekiranya anda memiliki perniagaan dan ingin melonjakkan jenama perniagaan anda dengan lebih cepat, mungkin caranya adalah untuk anda mendapatkan duta/jurucakap yang paling sesuai dengan perniagaan anda!

ps: Ada yang tanya, bagaimana hendak mendapatkan IK sebagai duta produk- Bagi perniagaan yang ingin mendapatkan saya sebagai Duta atau Jurucakap perniagaan mereka untuk menaikkan jenama perniagaan, boleh hubungi 03-77292277 untuk berbincang.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

4 thoughts on “Duta produk untuk melonjakkan jenama perniagaan dengan cepat

  1. Saya ada bisnes tapi perkhidmatan kewangan dan bukan produk fizikal. Harap IK boleh bagi tip bagaimana nak naikkan jenama.

  2. Salam IK,

    Saya berminat untuk tahu lebih lanjut tentang Executive Diploma in Internet and Social Media Marketing? Bilakah pengambilan pelajar untuk tahun 2012 ini?

Leave a Reply

Your email address will not be published.