Di mana letaknya fokus anda

Teringat satu kisah saya terbaca lebih kurang begini…

Ada satu kilang ni, tiba-tiba terhenti segala jentera/peralatan kerana mengalami masalah peralatannya. So, pemilik kilang ini pun terpaksa panggil seorang expert/pakar untuk periksa seluruh peralatan, saluran elektrik, paip-paip dan segalanya. Bila pakar tersebut sampai ke kilang, beliau pun periksa, dengan hanya sebuah notepad dan pen sahaja berjalan dan menjenguk saluran elektrik dan paip…
Masuk hari kedua, sambil berjalan-jalan dalam kilang (sambil diperhatikan oleh pemilik), beliau bersuara…

“Aha! ni lah masalah dia!” sambil mengambil kapur dalam poket seluarnya, dan menandakan “X” pada salah satu saluran paip.

Pemilik kilang pun, berterima kasih, kerana kini beliau tahu masalahnya dan boleh memanggil engineer untuk memperbaiki paip tersebut.

Keesokan harinya pula, pemilik kilang terkejut kerana menerima bil daripada pakar tersebut. Bil nya menunjukan RM20,000!

Ha!??? Dengan hanya menandakan X pada satu saluran paip, aku kena charge sampai RM20,000!

Tak puas hati punya pasal, pemilik kilang minta pakar ni beri pembahagian bayarannya kerana, sudah pasti, takkan sebab taruh pangkah X je dah kena charge RM20,000.

Keesokan harinya, pemilik kilang menerima pembahagian bil. Dalam bil tersebut tertulis:

  • Harga kapur untuk menandakan X                            RM 1.00
  • Harga mengetahui di mana meletakkan X                  RM 19,999

🙂
Motif cerita…

Dalam hidup, untuk berjaya dalam perniagaan/hidup/kewangan dan apa sahaja, kita kena tahu di mana kita perlu letakkan X kita. Ini adalah kunci kejayaan yang paling utama.

Anggap kapur tersebut adalah apa yang kita ada (kepakaran/kewangan/motivasi/ masa atau apa sahaja). Dan X adalah di mana kita meletakkan apa yang kita ada di tempat/keadaan yang sebaiknya.

X adalah fokus kita dalam hidup. Kebolehan anda untuk memilih waktu yang sesuai, tempat yang sesuai, dan aktiviti yang sesuai untuk meletakkan X anda supaya memberi impak yang TERBAIK dalam hidup anda adalah kunci untuk mengoptimakan hidup kita sendiri.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

33 thoughts on “Di mana letaknya fokus anda

  1. Amat menarik menggunakan teknik X. Mcm helicopter juga ya ada tanda X dan di mana kita meletakkan fokus dan keadaan, destinasi yang betul. Kalau mcm 2 bawa helicopter RM 19,999 dan meletakkan landing yang tepat dan X pulak ada RM 1.00. Sebab bukan semuanya org boleh bawa helicopter. Jadi situasinya ini sama dengan post IK kali ini. hehehe!

  2. Hahaha!! 😆 Nak sangat breakdown…nah aku bagi kau breakdown :-

    Harga kapur untuk menandakan X RM 1.00
    Harga mengetahui di mana meletakkan X RM 19,999

    Hahahahaha…kelakar tul, you know me lah Sifu, i like funny stories.

  3. cam ni tak nak letak X la…letah huruf lain….

    key lah…tul lah tu,
    akan saya ingat sampai biler2..
    Hidup jenama X…

  4. Salam.

    Satu persoalan : Bagaimana kita nak tahu
    i. kita telah memilih waktu yang sesuai ?
    ii. tempat yang sesuai ?
    iii. dan aktiviti yang sesuai ?

    …Kerana saya masih lagi berteka-teki dengan pekerjaan saya yang baru sekarang ini masuk tahun ke – 2.

    Adakah saya telah membuat pilihan yang tepat ?

  5. IK,masalahnye, di dalam keadaan kegawatan zaman skang ni, semua benda kita rasa kitanye X. Ndak2 kite mmg penah buat macam2 benda. Lahabau betul.. Am stuck!! Am dead!!!

  6. “X” adalah simbolik titik fokus.

    Ini bermakna, segala niat, gambaran
    mental dan niat kita hendaklah bersatu
    membentuk ‘Laser Beam’ yang boleh memotong
    dan mencatas segala halangan untuk…

    …kita menuju ke arah matlamat kita.

    Perniagaan, kejayaan mahupun Cinta,kita
    hendaklah fokus ke arah penyelesaian lebih
    daripada permasalahan.

    Nice post IK 🙂

  7. Salam,

    Walaupun X sudah dikenal pasti tapi kekadang orang terlupa nak pastikan yang kapur tu dah cukup bagus ke belum dari segi keputihannya dan keterangan bila digunakan. Kalau kapur tak bagus tanda X akan samar jugak.

  8. Rugi woo…kalau xfokus…last cuba banyak bnda habuk pn xde….sng cite kuantiti bukanlah jaminan tetapi kejyaan terletak paad kualiti kerja yang dibuat…

  9. Salam semua… tajuk kali ni memang makanan saya… hahahaha… 🙂 sebab saya asalnya seorang juruteknik iaitu dari engineering department.
    Tapi yang tak best nya saya tak dapat RM20,000 tu, cuma dapat RM2000 sahaja kerana gaji telah dipersetujui semasa saya minta kerja dahulu…
    Lain hal pula jika pekerja kontrak dari bidang tenaga mahir, mereka memang dapat lebih dari saya…
    Rumusannya kita perlu lebih bijak merebut peluang untuk dapat yang lebih hebat! Itulah fokus yang semestinya kita utamakan. Kerana di sebabkan fokus, bukan sahaja usahawan, malah sesiapa sahaja mampu menempa kejayaan dan mendapat hasil yang hebat! 🙂
    http://glowglokal.com/blog

  10. cerita yang sangat menarik…tersirat satu mesej yang sangat2 penting dalam kehidupan..boleh diaplikasi dalam setiap aspek kehidupan.

  11. YES. I selalu buat macam tu sebab i sorang jer tahu.Walaupun harga mahal dia orang still continue the contract.

  12. Salam ols,
    let me guess …ehehehhe
    rasanya mesej IK yg hendak disampaikan ialah semua persediaan dah ada cuma perlu pastikan hala tuju yg kita kehendaki berada dilaluan yg betul. 😉
    Sekadar pandangan!!!

  13. Thanks , Irfan satu pengajaran yang sangt berguna , untuk menonjol dalam apa yang kita lakukan memanG perlu FKTOR X.

    Baik kerja makan gaji atau kerja sendiri, apa yang saya lihat jika di pejabat , mereka yang senang mendapat kenaikan adalah mereka yang ada faktor X, walaupun secara kasar kita lihat kualiti kerja mereka sama aje dgn yang lain.

  14. Menarik cerita ni… satu motivasi buat saya.. sejak kebelakangan ni, saya hilang fokus… insyaAllah saya akan try untuk mengelakkan situasi macam ni terjadi atau setidak2nya meminimumkannya..

  15. Salam IK,

    [Quote]X adalah fokus kita dalam hidup.[/Quote]

    Thanks.. Lepas baca story ni saya dah buat keputusan masak2.. Resign insya-ALLAH.

    Heeee.. Buat sementara ekonomi yg gawat nih cari alternatif, insya-ALLAH.

    Keroje ngan mesin senang sket.. ragamnya cepat kenal.. Tapi ragam orang, haii.. bro.. boley sakit jiwa.. 🙂

    Sumber: Utusan Malaysia 10/12/2008
    [Quote]Bagaimanapun, statistik pencari kerja yang berdaftar dengan JobsMalaysia Online di negeri ini dari Januari hingga Oktober lalu adalah seramai 10,934 orang,” katanya.[/Quote]

    Kilang sekarang banyak transfer ke China..
    Nampak gaya macam trend IT e-commerce & mlm akan ambil tempat.. Insya-ALLAH.

    Ada rezeki, insya-ALLAH saya reg. Anyway newsletter rahsia jutawan mmg best! AlhamdulilLah..

    — MiL

  16. Untuk fokus dalam sesuatu perkara perlukan kesabaran dan displin yg tinggi. Contoh blog ni, kalau IK tak fokus jawabnya …paham2 sendiri…=)

    Nice post..thanks bro..

  17. fokus memang penting dlm apa jua aspek kehidupan. Saya pun ala-ala blur jugak nak digest cerita Irfan tu.. ehehe.. Kot nanti lain maksud yg nak disampaikan, lain lak yang kita faham.

    Tapi, isi pentingnya adalah tentang fokus. Itu yg paling utama. Kalau kita ada semua kepakaran, motivasi, minat dan sebagainya, tapi kita tak FOKUS dlm mencapai apa yg kita inginkan, maka semua tu tak berjaya membawa kita ke arah kejayaan. Jgn jadi mcm “Jack of all traders, and master of none” – buat macam2 tapi satu pun tak menjadi!

    Errr… betul ke apa aku cakap ni? Aku pun dah blur… 😉

  18. So… ini bermakna kita perlu sentiasa berada di masa dan tempat yang sesuai untuk meletakkan potensi diri kita yang sebenar 😉

    Macam dalam cerita MAHMUD BAGINDA. Jalil Hamid cakap “Fokus !… fokus !

  19. setuju dengan cadangan bro IK
    🙂
    kita mesti menetapkan matlamat kehidupan kita
    baru boleh berjaya
    insyaallah
    🙂

  20. Satu cerita yang bagus! Amat bersesuaian dengan golongan profesional yang memang kena charge mahal sebab kemahiran, bukan semata-mata peralatan yang digunakan.

  21. Pada pemahaman saya, IK maksudkan supaya kita tahu ‘apa’ yang kita perlu fokuskan. Kita kena mengenali kelebihan kita dan di situlah kita letakkan nilai sebenar kerja kita.

    Sudah tentu kita perlu fokus dalam kerja untuk dapatkan keputusan optimum tapi kalau kita fokus pada yang salah maka kita akan lambat bergerak kehadapan.

    Thanks IK for reminding me.

Leave a Reply

Your email address will not be published.