Bagi usahawan yang baru hendak memulakan perniagaan, sememangnya untuk mendapatkan pelanggan pertama terasa agak sukar.
- Mana nak cari pelanggan pertama?
- Siapa nak beli produk saya?
- Siapa nak gunakan perhidmatan aku ni?
- …dan seribu satu lagi persoalan bermain di fikiran.
Ketika baru memulakan perniagaan, memang terasa berbagai bagai persoalan yang timbul dalam minda. Ada yang positif, tapi ada juga yang negatif mengganggu. Langkah pertama untuk usahawan baru yang boleh saya berikan adalah untuk bertenang.
Tidak ada gunanya kelam kabut dan fikir terlalu banyak perkara. Lebih banyak yang difikirkan, nanti lebih banyak yang tidak menjadi. Ambil langkah demi langkah satu persatu. Bak kata mat salleh, take baby steps. Beri peluang kepada diri sendiri untuk bertenang dan bersabar oleh kerana penyelesaian kepada cara mendapatkan pelanggan dengan pantas mungkin ada di depan mata kita sahaja. Cuma, oleh kerana kita terlalu fikir ke depan, dan fikir yang sukar sahaja, benda yang mudah pun akan menjadi susah.
Anda ingin tahu caranya mendapatkan pelanggan pertama anda dalam masa 24 jam? Tentu sekali bukan?
Pada malam ini, JUMAAT 10hb APRIL 2015, saya akan mengendalikan webinar LIVE secara percuma pada jam 9.00 malam sehingga 9.45 malam.
Dalam webinar ini, saya akan kongsikan teknik “Cara Mendapat Jualan dalam Masa 24 Jam Tanpa Sebarang Kos” – caranya adalah agak mudah, tetapi ramai yang belum mencuba! Khusus untuk anda yang berminat untuk memulakan perniagaan, atau yang sudah menjalankan perniagaan, pastikan mengikuti sesi seminar online ini pada MALAM INI JUMAAT, 10hb APRIL, jam 9.00 malam-hingga 9.45 malam.
Kali ini saya tidak menulis artikel, tetapi saya ingin menyampaikannya secara LIVE kepada anda malam ini ok? Sekiranya anda berminat untuk mengikuti sesi webinar ini, layari http://www.IrfanKhairiLive.com dan daftar secara percuma.
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021